virus rotavirus
Risau juga teman dengor berita n baca paper sehari dua ni...bayangkan ler..dalam masa sebulan lebih dah ader 2,236 kes dan 2 kematian di 2 daerah sahaja...Hilir Perak dan Batang Padang...
Kome tau apa ke menatang rotavirus ni? secara amnya rotavirus merupakan jangkitan yang boleh menyebabkan gastroenteritis parah (cirit-birit dan muntah teruk) di kalangan anak kecil...
Ni antara simptom @ tanda2 terkena jangkitan
Tanda2 lain ialah demam panas, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut dan loya
Masalah demam panas n muntah ni akan berlanjutan hingga 9 hari...sementara cirit-birit plak boleh berterusan hingga 3 minggu...bila muntah n cirit birit terlalu lama, masalah yang lebih besar n serius akan berlaku iaitu dehidrasi (kehilangan air dlm badan) yg akan membawa maut...
Selain itu, jika muntah n cirit-birit menjadi serius, ia akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan n kerosakan otak...
Penyakit ni mudah berjangkit melalui air n makanan..ia juga boleh tersebar melalui najis ke mulut iaitu berpindah dari sorang kpd sorang yg lain menerusi objek2 yg tercemar atau bagi kanak2 menerusi barangan mainan...virus ni lasak weh sebab boleh hidup berjam-jam di atas tangan atau kalau dalam persekitaran biasa boleh hidup hingga 5 hari...
Jadinya sebagai langkah cegah sebelum parah, sangat2 disarankan untuk memasak air sebelum minum, basuh tangan guna sabun n air sebelum/selepas makan, semasa sediakan makanan, semasa sentuh makanan dan selepas menggunakan tandas...
Digalakkan juga mengurangkan makanan mentah macam ulam-ulaman..bagi kanak2, jangan lupa bersihkan peralatan mereka dengan merebus dan membersihkannya dengan sempurna...
Harap kita sama2 dapat awasi simptom2 yg ada..jangan lengah2 ke klinik atau hospital yg terdekat kalo kome ader tanda2 tu...harap jugak wabak ni xmerebak ke daerah lain kat Perak ni...Tapah dengan Ipoh ni bukannya jauh bebenor...setengah jam je ikut highway...huhu
Tweet Follow @sarisaffari
kena jaga kebersihan. Insyallah boleh dielakkan.
nur~ kena latih anak2 utk amalkan bab2 bersih ni kan :)