Sari
Nikmat yang bukan mudah di jejak.
Hati tertinggal di tebing kemuncak.
Ingin tangan menggapai awan.
Melawan emosi.
Mencari diri.
#hikingily
#bukitkledang
#bukitbatuputih

Sari

Throwback.
First time masak, first time makan.
Sedap bak hang.
#butterlobster
#oleoledarimiribrunei

Sari

Buat ikut kemampuan
Bukan nak cantik
Bukan nak kurus
Sihat itu indah :D
#loveyourself
Indoor
  
Outdoor
Sari

Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza

Sari

4 hari berkampung kat Putrajaya.
10-13 Oktober 2016.
Konvensyen KIK Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Tak tau nak rasa apa bila nama kumpulan dipanggil naik ke pentas untuk tempat ke-2.
Macam-macam rasa ada.
Perjalanan yang penuh liku.
Hanya yang mengalami yang tahu.
Tempoh bertabah yang sangat menguji.
Tahniah semua.
Untuk kome ajer.

#KPKT
#PlanMalaysia@Perak
#Triplei2
#Apez

Sari

08.10.2016.
Merasa la jejak PICC Putrajaya.
Tak tau nak express rasa macam mana.
Becampur-baur.
Apapun sangat bersyukur diberi peluang olehNya menikmati detik ini.
Terimakasih ya Allah.
Moga kejayaan kakak menjadi inspirasi kepada adik-adik.
We proud of you dear.
#airmatagembira

Sari
Image result for syafakillah 

Moga tetap bertabah demi tugas :(

 

Sari

08.09.2016

Khamis yang manis dalam hati yang gerimis.

Tarik nafas dan bersyukur dengan ranjau duri dilalui.

Tahniah dan tepukan untuk diri sendiri wahai team KIK. Kita layan je 😀😀😀

#Apez
#Triplei2
#HariInovasi2016
#RoadToKPKT
#JPBDPerak

Sari

Throwback
31.08.2016
Ipoh again and again
Never miss it 😀

Sari
Image result for sibuk Ogos nak abis dah. Bulan yang super duper bizi.  Akan bertambah bizi sampai bulan Oktober.

Ala..orang lain pun bizi jugak kan. Ok, tak nak merungut. Just follow the flow.

Moga diberi kekuatan dan ketabahan mental juga fizikal.

Selamat Hari Merdeka.

#pinjambahu
#letitgo




Sari
Sabtu lepas ofis teman buat aktiviti kelab. Kali ni ke Gua Gendang, Pengkalan Hulu. Sebelum ni kami dah ke Gua Tempurung & Gua Kandu kat Gopeng.

Cuaca ok. Tak hujan malam sebelumnya so air dalam gua tak tinggi. Kalau hujan ayor naik & alamatnya hapus le teman yang tak cukup tinggi ni. : D

Ikutkan pakej yang kami amik makan masa lebih kurang 5 jam. Tapi sebab kekangan masa tak dapat la nak ikut pakej tu.  Kami pun sampai agak lewat (perjalanan Ipoh-Pengkalan Hulu) pun dah lebih 2 jam. Rasa jauh pulak bila naik bas. Kenapa kenapa...hahah

Tak puas jugak explore sebab dah rasa adventurenya masa masuk Gua Tempurung dengan Gua Kandu dulu. Tapi tak pe, kena ikut situasi plus nasihat pakar. 

Apapun, semua berjalan lancar & dipermudahkan. Dapat la dengor bunyi macam gendang dari dalam gua. ooooo, patut la dipanggil Gua Gendang.  : D

Yang penting seronok dapat merasai alam, mencabar & menginsafi diri. Keluar dari zon selesa & melihat kebesaran Ilahi. 

Turun gua guna tangga kayu goyang, randuk ayor, naik bukit, turun bukit. Gua yang gelap dan sejuk. Ada mata air yang boleh terus diminum. Nyaman. Eh, ader pacat. Dah mandi baru perasan kena sedut. Huwaaaa..

Keluar gua, pegi tempat mandi yang ader ayor paneh. Di hidang pulak dengan sayur lemak rebung, sambal ikan dan kerabu kerang. Perghhhh, sedap bak hang. 

Dah wangi, boleh la balik. Boleh tido nyenyak dalam bas. The next 2 and half hours journey.

Timakasih & tahniah semua. Next time kita jelajah lagi.

Jom layan gambo yang diketik oleh abam gambo amatur. Tq shuben : P

 
#teamsukanekstrem
#kesubajpbdperak
 
Sari
Terobek jamuan raya ofis teman minggu lepas : D



 
Sari
Deko raya unit teman untuk tahun ni.
Konsep barang terpakai.
Tq semua.
#Skuad GICT
#syukuraidilfitri
#dekorayaofis
#shrmzb
Sari
Tiap tahun ini le kukis raya teman...eh tahun ni tambah satu, snow almond :D


#syukurselalu
#shrmzb
#coklatcip
#cornflakescoklat
#cornflakesmadu
#snowalmond 
Sari
Hari ni dah Isnin. 11.07.16. 06 Syawal 1437.

Ramai dah mula keje arini lepas cuti raya panjang. Huarghhh maleh naunau kan nak stat keje. Seminggu cuti macam tak cukup je. Mana taknya. Balik kampung, orang datang beraya, pegi jalan raya. Tau-tau udah jalan jem stat dari hari Jumaat sampai semalam. Memang kesian tengok orang stuck kat highway. Jalan lama pun sama. Rata-rata perjalanan 2 jam jadi 5-7 jam. Aduhai, taip kali raya cenggitu le kisahnya.

Camana raya kome. Ramai jugak yang tak sihat ye. Maklum le cuaca paneh. Tambah pulak makan macam-macam. Terkejut perut, terkejut badan, heheh. Takpe, raya sebulan kan. Boleh lagi cari lemang :D

Teman macam biasa le. Port berkumpui family belah hasben sebab tiap-tiap tahun mak mertua raya dengan kami. Menu wajib lontong, kuah kacang, nasi impit, rendang ayam dan popia cheese ketam. Tambah sikit ayam masak bali dengan sambal goreng tempe.  Tahun lepas buat daging dendeng dengan rendang kerang. Kali ni buat lain sikit kononnya. Hmmm memang ke laut sungguh diet iollsss kali ni, kuikuikui.

Ada yang dah stat puasa 6 ekk. Baguih-baguih. Yang penting buat puasa ganti dulu. Bayor hutang cepat-cepat. Settle yang wajib baru le buat yang sunat ye. Tak yah kompius-kompius dah pasal puasa ganti dengan puasa sunat Syawal (puasa 6). Aje mudah je nak faham ye dak.

Apapun, jangan lupa simpan gambor raya satu family. Wefie tu penting, hahaha.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Moga kita bertemu lagi di Ramadhan akan datang, inshaAllah.

#syukurselalu
#berikanmasa
#shrmzb



Sari
Dah 24 Ramadhan hari ni. Cepatnya masa.

Dah mula buat biskut ke? Cuti hujung minggu semerbak bau biskut dari rumah jiran. Menggoda betui. Tak zabar pulak nak mengukis. Setakat ni teman baru mengukis sejenis je...cornflakes coklat yang super senang tu. Hujung minggu ni inshaAllah boleh le marathon mewangikan dapor dengan sebekut.

Minggu ni kat opis hari-hari nampak orang bawak balang kuih time balik keje. Minggu membayor duit biskut gitu. Minggu depan dah ramai yang mula cuti. Seminggu straight away. Teman pun macam tu jugak. Amik je direct. Maleh nak melubang-lubang kan cuti. Amik 3 hari dapat 7 hari. Kalau nasib baik dapat cuti peristiwa Jumaat raya ketiga tu, jimat le cuti sehari kannnn...aaminnn

Time cenggini memang hadap mood raya je. Memasing badan je kat opis tapi kepala udah terobang mana-mana. Tambah kat opis ni tengah sibuk nak mendeko-deko, nak membubur lambuk...memang koje tu pandang sipi-sipi je. Ishhh macam tak biasa :p

Cumanya berpada-pada le dengan persiapan raya. Ingat pada Ramadhan yang dah nak pegi. Sedih. Masjid/surau makin susut saf. Tempat nyoping makin sesak. Pandai-pandai le seimbangkan. 

Moga ibadah kita diterima.
Moga Ramadhan ini penuh makna.
Moga Aidilfitri dirai bersama.

#salamramadhan
#salamlebaran





Sari
Topih hangat tiap kali Ramadhan.

"Masak apa berbuka hari ni?" 

"Beli ke masak?"

"I hari-hari masak, kat bazar tu tak sedap, mahei plak tu"

"I berbuka berdua je dengan hasben, beli lagi jimat kot"

Haha, itu le antara yang di ulang tiap kali bulan pose. Ater apa ke masalahnya kalau nak masak ke nak beli kat bazar ke. Lain orang lain sebabnya. Jangan sebab kita hari-hari masak dok kutuk orang yang hari-hari beli.  Semua benda ada pro & cont ye dak.

Mungkin yang masak tu masak untuk bulan puasa je. Sebulan dapur berasap. Bulan lain ikut rajin. Mungkin yang hari-hari beli tu sebab nak rehatkan dapur sebulan sebab dah 11 bulan berasap. So jangan  terus buat kesimpulan, orang beli tu malas masak. Membazir je. Ater kalau yang takat 2 orang je nak berbuka rasanya lagi elok beli. Satu untuk kau satu untuk aku gitu. Senang & jimat.

Yang penting ikut keperluan masing-masing. Opkos masak lagi bersih, lagi sedap, lagi banyak & lagi puas.  Tapi beli pun boleh jugak cari yang sedap, yang bersih, yang banyak, yang berbaloi. Beli kat gerai yang kita dah tau performancenya. Yang memang ada restoran, yang memang jual kuih, jual ayor. Tak kira masa Ramadhan ke idak. Bukan beli kat gerai yang meniaga sebulan bazar je. Tu yang kadang viral makanan basi, karipap oksigen, ayor masam & rege cekik tulang..heheh

Jadinya ikut suka kome le ye nak masak ke beli. Sukati le nak post menu buka ke menu sahur ke. Cuma caption tu jangan le ada unsur yang boleh buat orang rasa eeeeeeee...... Bulan mulia ni post pun kena murni-murni kannn...peace :D

Ok semua, selamat berbuka.

#ramadhan1437
#syukurselalu
#sayasukabazar
#sayasukamasak




Sari
Sedor tak sedor dah lama rupanya blog teman ni. Dah masuk darjah 1 dah. Bertahan la jugak walaupun update ikut rajin atau lebih tepat ikut mood.

Masa mula-mula buat blog main ikut orang je. 2009. Masa tu takde whatsapp takde instagram. Kiranya macam gah la bila ada blog sendiri. Gigih cari tutorial macam mana nak buat blog.

Bila dah ada blog, sibuk pulak nak cari followers. Cara paling senang buat contest. Syarat utama nak join contest kena follow blog kita. Memang tetiba followers jadi ramai. Habis contest followers jadi statik. Yang unfollow pun ada. Sedih kejap :(

Lepas tu kengkonon nak tambah followers lagi. Rajinkan diri berblogwalking. Tinggalkan jejak kat shoutbox & komen kat blog orang lain dengan harapan tuan tanah akan singgah kat blog kita & follow blog kita pulak. Dapat la tambah sikit. Tak tau kenapa masa tu nak sangat ramai followers. Tengok blogger lain dah cecah ribu-riban followers buat rasa down. Terus takde mood nak update, nak blogwalking. Buat dek kat blog. Sepi.

Lama-lama pikir balik. Kenapa buat blog. Baru sedar yang buat blog sebab suka menulis. Suka sangat buat karangan masa sekolah. Suka sangat bila sajak, cerpen masuk majalah sekolah. Sampai pernah ada cita-cita nak buat novel. Serius semua buku tulis sekolah habis dengan luahan hati. Wakaka

Sekarang dah tak rasa nak kejor apa-apa bila berblog. Tengok blogger buat income dengan blog memang rasa teruja tapi cepat-cepat sedor kemampuan diri. Tambah blog ni bukan spesifik topiknya. Caca marba dan ikut sukahati. 

Dari berazam nak update 3-4 post sehari, jadi seminggu sekali. Jadi sebulan sekali. Jadi banyak bulan sekali dan sekarang ikut suka berapa kali nak update, hahaha. 

Harapnya akan terus berblog. Walaupun followers tak sampai 500, post 1000 lebih, pageview 500,000 lebih je tapi syukur masih ada yang setia. Pernah merasa buat contest. Pernah jadi ala-ala sponsor contest. Pernah merasa menang contest.  Paling grand dapat hadiah percutian ke Bangkok. Paling biasa dapat hadiah coklat bar. Paling tak lupa dapat hadiah dari blogger femes Denaihati. :D

Apapun, teruskan buat apa yang kita suka. Biar sikit tapi berterusan. Istiqomah gitu. Asalkan memberi manafaat, tak ada yang salah semua & tak ada yang betul semua.

Salam 3 Ramadhan 1437H.
#7yearsblogger




Sari
Sekejap je dah nak puasa...seronoknya kan :D

Macam mana persiapan kome? Dah ready ke kurma, telur dengan sardin? haha menu sahur paling best tu sardin dengan telur dadar...ngapngapngap je walaupun mata terpejam..heheh

Apapun moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di sepanjang ramadhan ini..aaminnn

Salam Ramadhan semua dan Maaf Zahir Batin


Sari
Event semalam. Ipoh Star Walk 2016

Dah lama tak join Star Walk ni. Last join 2-3 tahun lepas rasanya. Dulu route lain, kali ni route lain pulak. Rasa macam jauh je kali ni. 7km. Jenuh jugak nak ngabihkan walaupun jalan je. Dekat 2 jam weh. Bergegor tulang keting : D

Peserta boleh tahan ramai. Dengarnya yang daftar 15 ribu tapi tak tau yang datang semalam berapa ribu. Pandang depan nampak sayup, pandang belakang pun nampak sayup. Ramai le tu kan, hehe 

Kebanyakan yang join muda belia. Budak-budak sekolah yang penuh. Terus fefeling macam budak sekolah kejap walaupun hakikatnya asik kena potong je. Hahah, mak tak kisah nak, mak nak jalan-jalan chenta je dengan hasben. Wekkkk

So semalam settle 7 km. Tak payah diet seminggu, hehe...Ini ajaran sesat : P

Tahniah semua yang join :D

#ipohcityawesome

Sari

Tiada hadiah yang dapat membalas segala budi dan jasa cikgu mendidik kami menjadi insan berguna.

Terimalah seadanya dari teman untuk cikgu-cikgu yang gigih menyebar ilmu pada anak-anak teman.

Terima kasih cikgu...moga dihalalkan ilmu yang dicurah. 

Selamat Hari Guru

Sari
Kena beli cutter jugak baru cun Q_Q
#brownieswalnutalmond 

Sari
Layan jugak pemanih mulut ni : D

Sari
Jom jalan sampai lebam : D

Sari
Pagi semalam ader staf Jabatan Kesihatan datang...rumah ke rumah...bagi tau ader kes denggi kat area taman perumahan teman..jadinya dia maklumkan yang petangnya akan ader semburan asap (fogging) so get ready le apa yang patut...

Dalam pukul 6 petang tu, dah dengor bunyi alat yang kuorkan asap...makin lama makin dekat...sebelum tu makanan semua dah tutup dengan kain..tingkap, pintu pun dah bukak semua...tunggu asap masuk je..sekali bila asap sampai, tu dia...dia punya sembor sampai tak nampak apa dalam umah...masuk sampai dalam pagor & belakang umah...bau pun semerbak gitu (serius bau dia tak best :p)...abih sembor dengan tangan, datang plak pikap sembor dari ateh pikap...tak tau le sembor asap yang sama atau lain tapi rasa macam lain je sebab bau pun lain...hahah

Sesak le jugak napeh weh...tapi tak pe...ader pencegahan...riso pulak bila ader kes denggi dekat-dekat kawasan umah, maklum le cuaca paneh, nyamuk aedes lagi galak keluor...moga yang kena demam denggi tu cepat sembuh, aamiinnn

Ok, hati-hati semua :D

Sari



Kome dah pegi ke nengok pameran MIHAS? dah abih pun ye pamerannya, hihi...
Teman sempat le pegi situ hari Khamis lepas...teruja jugak nak nengok produk-produk halal antarabangsa ni...

Teman sampai KLCC tu dalam 10 lebih so memang banyak masa le nak meronda...tengok dah ramai pun orang jadinya terus je terjah booth-booth yang 200 lebih tu :p

Mostly booth yang ader mempromosikan produk makanan dan minuman...hah, memang sesuai benor le dengan perut teman yang dah berkeroncong...macam-macam ader sampai tak larat nak rasa...ader produk yang memang brandnya kita dah kenal macam Maggi, Nescafe, Ayamas tapi banyak juga produk yang masih belum keluar kat pasaran ataupun pasarannya terhad kat Lembah Klang je...kalo nak beli on the spot pun boleh tapi kena tanya jual ke idak sebab ader yang just untuk promosi je...

Kiranya memang seronok le dapat rasa macam-macam menu antarabangsa..ader dari Thailand, Indonesia, Arab, Jepun.. dah caca-marba dalam perut dengan sandwich, dimsum, kurma, sambal hitam, mee tarik, biskut, kerabu, tempe, jagung, yogurt, latte, mocha, durian belanda...hoihhh, berselirat usus weh...kesimpulannya memang tak payah nak lunch dah, haha

Next time kalau ader masa kome pegi le pameran ni...tempat selesa, kemudahan banyak, produk baru banyak...janji larat jalan plus perut kosong & bawak duit untuk nyoping produk yang tak ader kat tempat kome...berbaloi-baloi #experiencehalal



Sari
Throwback kek guna magic pan..

Sebenonya nak beli je kek untuk besday si kecik ni tapi boleh pulak kedai kek tu tutup...dah le pegi lepas keje...memang takde pilihan le...balik-balik tu besday girl cakap, "takpe kalo kedai kek tutup, mak kan boleh buat kek"...hoho, makan dalam tuh :P

Anyway buat kan juga petang tu...first time guna magic pan sebab baru je pun ader menda ni...haha, kalo jadi jadi le, kalo tak kita makan nasi je le ganti kek..kikiki

Hasilnya memang jadi uollsss, guna resepi kek coklat biasa yang versi bakor punya...api guna yang paling kecik...pastu kalo rajin gerak-gerak kan le kuali tu ke kiri kanan...masa masak pun cepat sikit daripada guna oven...dalam 25-30 minit je...kira sesuai le kalo emergency nak buat kek

Apalagi kome, gunakan le semua keajaiban kuali tu..baru betui-betui magic :D

#kekbirthdayamni #160316 #8tahun


Sari

Salam Jumaat semua...

Cuaca  yang paneh ni memang serba tak kena kan...kat dalam ofis pun terasa bahangnya..aircond pun dah tak boleh support suhu sejuk untuk lawan suhu paneh kat luor...ayor paip pun rasa macam ayor dari heater...ni baru dugaan paneh dunia kome...huhu  

Apapun, banyak info yang dah diwar-warkan pasal cuaca paneh ni...boleh le kita ikut panduan tu untuk jaga kesihatan tambah-tambah bila semalam ader berita kematian disebabkan strok haba...haaaa, jangan main-main weh dengan strok haba ni...nampak tak serius tapi boleh bawa maut...

Ni teman nak share jugak pasal strok haba walaupun dah banyak yang tahu...moga dapat manafaat untuk kita dan keluarga...pesanan khidmat masyarakat yang dikopipes..heheh


 









 











Sari
Dalam minggu yang bizi, dapat jugak rezeki nak  join seminar dari pakar mata tersohor, Prof Dr Muhaya Mohamad.

Tengok dia berdiri depan mata terasa aura positif menerawang satu dewan... sungguh 'spontaneous' bila bercakap...macam ayor mengalir kata orang...smooth and inspiring...a lot :D

Masa dengor memang rasa berkobar nak reset minda...positif positif & positif...tapi ye la, bukan sekelip mata boleh twist hati kan...akan amik masa tapi tak mustahil boleh...yeahhh ucanduit...ekeke

Jadi apa tunggu lagi, moh kita sama² bergerak ubah hati, ubah minda ubah sikap...beri baik dapat baik...chewahh

Timakasih le Prof Dr Muhaya atas perkongsian ilmu...memang seorang yang super duper positif, tegas, berpendirian & penuh inspirasi...moga Allah membalas segala kebaikannya...Aaminnn

Tak rugi kita cari ilmu sebab lagi banyak kita belajar lagi banyak kita tak tau...apa je dugaan mengadu pada yang Esa bukan pada facebook...ni Prof kata ye bukan teman kata...heheh

#motivasidiri #sayabukanpoyo

Sari

Tak abih lagi fenomena aiskrim ye...teman pun terkejut tanjat nengok viewers post teman pasal aiskrim oreo & choki-choki kat SINI mencanak naik sampai dekat 600...walaweh, rasa macam anugerah meletop top top pulak, haha

Maap le teman tak share pun resepi aiskrim tu sebab rasanya ramai dah tau apa ke bahan-bahannya...google je, kompom resepi tu kuor ye dak..heheh

By the way, betui ke dengor citer abih semua sumi kat kedai/supermarket?...aje dasat kome...teman ader nak try buat aiskrim sumi tu tapi anak-anak teman tak gemor pulak makan sumi...tak kira sumi jenih camana, memang dema idak nak makan...kalo dapat kat umah orang kawin pun pakat bagi kat orang je le...kuikuikui

Tapikan tengah viral ni memang seronok melayan...kadang penuh pos grup masak-masak dengan gambor aiskrim je...macam-macam perisa baru dah muncui sampai ader yang letak buah-buahan terus dalam plastik aiskrim tu...kretipnya uollsss :D

Apa kata lepas ni kita viralkan pulak aiskrim yang guna stick, ala yang macam Magnum tu...lagi mengancam weh...meh kita usha gambo google...

Hadoii, meruntun kalbu betui ni :D


 
 











Selamat menukor viral,#aiskrimviralikutmusim