Sari
Salam semua...
Dah last minute ni baru nk join...xper, smpat lagi nih...


Contest daripada PUAN LINDA yang comel...

Syarat2 semua ble terjah kat SINI jer

Hadiahnya MiStErI tau...

Tarikh tutup 31/12/2009 pukul 12 mlm

So ni la gmbor NOTTI-FACE nya..


Namanya : Amni Zafirah bt Paker Mohamad
Nama maknya : Saribanon bt Abdullah Saffari
T/Lahirnya : 16 Mac 2008
Umur sekarang : 1 tahun 9 bulan

Gambar ni masa Amni 5 bulan...mmg time umur ni dia suka buat mcm2 memek muka cuma maknya yg xbrape rajin nak amik gmbor... apapun ada gak terselit notti face Amni ni yg dpt dicaptured..harap2 ader rezeki last menet..heheh

Gud luck Amni!!!


Sari
Salam semua...

Ada tahun baru punya giveaway dari tuanpunya blog Almari-Adel



Memang sonang sangat tau...x caya jom klik2 kat situ

Macam2 ader juai kat sana tau,
ble cuci mata n klau ader yg berkenan sambor jer..

Ada hadiah misteri nusantara menanti kita..(wah saspen giler nih)

Tarikh tutup 20/01/2010 (cantik jer angkanya)...

Jom ler join...





Sari

Salam semua...

Jualan CD satu harga untuk semua jenis kembali lagi
[Babylain plain, babyland printed (spongebob, bluemonkey,pink retro n black retro), Coolababy pocket n Coolababy AIO]

Macam biasa harga RM 28.00

Pada yang nak buat pre-order pun boleh...cuma deposit RM10.00 untuk satu CD, klau 2 CD RM20.00 dan seterusnya ...Dah abis bayar baru la dapat CD2 tu ...

Pada yang nak oder bebanyak n rasa nak buat ansuran pun boleh jugak..cara bayaran tgok kuantiti CD yang di oder...abis bayar smua baru diposkan CD puan2 tu...

Pada yang nak oder dulu n bayar time gaji pun xde masalah...bisa diatur..bayar separuh dulu (50%) n bila dapat gaji bayar la separuh lagi n pastu CD yang dihajatkan akan dipos yer...

Bolehlah pakat dgn kengkwn kat opis atau jiran2 utk kongsi2 beli...klau dah beli byk, harga boleh diskaun lagi tau...buat ala2 skim main kutu pun boleh gak..

So tunggu apa lagi...jemput2 la kontek kak sari ekk..
smua boleh dirunding, hihi...

Tawaran sah selagi stok masih ader...



Sari

Salam smua...

Terjumpa info ni kat satu blog...mmg x terpk pun psl tong gas punya tarikh luput...asyik tau guna jer... bila tgh masak gas abis baru ler sibuk2 nak carik no. tepon pakcik gas tu..hihi

Apapun jom kita kongsi sesama maklumat yg berguna ni...penting juga kita tau menda2 ni sbb klau brlaku insiden yg xdijangka kesannya mmg la menakutkan...

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D
diikuti dua digit, contohnya D06.


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),
B utk June (Suku kedua),
C utk Sept (Suku ketiga),
&
D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Bolehlah diwar2kan kpd kengkawan untuk kesedaran dan mungkin boleh menyelamatkan nyawa...

Apa lagi, jom kita ke dapur tengok tong gas masing2...



Sari

Lucky draw ni akan tertempek kat sini smpai 25 dis 2009
Nak tgok n3 baru scroll jer ke bawah ekk


Ni ada lucky draw dari tokey Medaistore

Mmg senang banget... just buat stickey mood, n3, jadi follower, msukkan dlm blog list n linkkan psl lucky draw ni kat tuan rumah balik
Hadiah?
3 pemenang bertuah akan dapat ni...


1 CD BAMBOO BABYTODD
1 CD COOLABABY
1 WETBAG

Jom smua wahai org2 kampung..hihi
Klik jer kat blog Pn. Nik Hafizah

tarikh tutup 25 Disember 2009




Sari
Salam Maal Hijrah 1431

Lama x tgok pc so xtau apa citer blogger2 smua...sebabnya???
Ni gmbor (mata ke 2) kat bwh ble citer kenapa yer...



xnak pok pek pok pek sbb mmg tgh musim sakit mata so pada sesapa yg xnak kena ble amalkan doa kat bwh ni yer...



Prevention is better than cure...
Sari
Ada giveaway lagi dari blogger kita yg kreatif n inovatif
iaitu PUAN HANI

Sronok tgok rmai yg ader kebolehan n bakat yg boleh menjana pendapatan..

Macam saya yg keras n kematu tangan ni bolehlah menumpang bangga..

So sempena pelancaran produk baru Customized Felt Tshirt n sblum pembukaan rasmi, HANI telah brbesar hati buat giveaway ni utk kita smua...



Sesapa yg teringin nk menang baju ala2 mcm kat atas tu ble layan kat
TINIHANI ataupun kat SEWING N ME SHOPPE

Kalau ler dpt jadi salah sorang drpd 4 yg bertuah tu, saya nk buat t-shirt khas utk kami (me n en.abang) sbb slalunya buat utk anak2 jer...bagi chan la kat mak n abah korang plak ekk..

So klau ble nak design gambor lebih kurang camni cuma tulisan kat buku tu tulih ni jer

2GETHER 4EVER



Harap ini bukan demanding yer Hani...saje suka suki jer..hehe




Sari

Jom kita sokong tuanpunya blog yg sgt berbakat dlm felt...

ni ader 1st giveaway dari LYNN


Syarat2 mudah...hadiahnya pun meriah...utk 2 org lagik tau...

JOM KLIK KAT LITTELSTORECRAFT

Tarikh tutup : 20 December 2009

Sari


Salam...

Jom join giveaway dari ibtisamfarah...

do not hesitate to view all her creative work HERE

Hadiah mmg best sbb kita ble pilih nak buat apa dengan hadiah yg kita menang tu... Tak caya? jenguk kat blog TUANRUMAH

Kalau ler dpt rezeki menang tu igt nak mntak puan penganjur kita buatkan tote bag utk isi baju anak2 gi taska, siap tulih nama diaorg n nama taska lagi n klau fabrik tu ader lebih ble la buatkan juga mini tote bag utk mak diaorg (saya2) utk buat isi menda2 mekap plak (mekap ker?), masa tu mesti saya n anak2 senyum ikhlas mcm tag ibtisamfarah tu
"senyumlah seikhlas hatimu"









Sari


Untuk semua yg belum sempat nak grab harga promosi yg baru berakhir tu,
usah gusar ye..Ada jualan khas untuk 3 hari bermula

2 Disember hingga 4 Disember 2009

Harga yg ditawarkan masih RM28.00 tetapi kepada yang beli 5 keping dan ke atas akan mendapat voucher diskaun (bukan percuma) ke Taman Tema Air Lost World Of Tambun


Satu voucher ni boleh beli 6 tiket (maknanya 1 voucher ni utk 6 org ) dgn harga yg mcm kat atas tu utk 1 tiket... valid smpai 17 Disember 2009

Voucher ni ader 2 keping jer so cpt2 amik yer, musim cuti ni boleh la jejln kat Ipoh n mandi-manda kat theme park ni, ader petting zoo lagi tau...

Stok yang masih ader ble tgok kat bwh ni...

AIO- kuning 1, hijau 1, pink 1, oren 1, sky blue 1 dan biru 1
POKET - mint 1, merah 2, kuning 2, hijau 2, oren 1 dan biru 1



Moh kite ke Ipoh Weh...


Sari
Salam semua...
Sronok tgok mak2 join contest, mmg aktif n penuh semangat gitu...

So mana tahan tgok jer kan, nak la join sekaki gak, tak kira...
giveawaynya berjudul
"Seindah Butterfly"Giveaway
Kategori B
yg dianjurkan oleh Puan Irma dan ditaja oleh Puan cUDa.

Tarikh tutup 6 Disember 2009



Syarat2 n hadiah boleh terjah kat blog tuanrumah n klau nak cuci2 mata utk pilih mana yg berkenan boleh la singgah plak kat blog penaja
Dah window shopping kat blog 'selumber mama' ,

cUDa
yakni sokrang tokey baju,
ni antara produk yg terlekat di hati :-


1) sticker yg ceria n unik..
dah ble bayang nk tepek kat mana..



2) baju t yg mcm2 design,
ni klau anak2 saya pkai msti meriah n happening



3) baju utk kapel yg sweet,
msti comel klau pkai masa aniverseri kitaorg bln ni
(ala2 serasi gitu)





Okey, skang tiba masa nk masuk 2 ketul gambor, ble kan?



Ni namanya Amni Zafirah, umur 1 tahun 9 bulan
mmg lasak, berani xingat, kuat makan n minum susu,
suka ckp
"mak busuk" (nnti mak tanya abah busuk ke x,opps.. hehe)
xble nak berkemas kat umah sbb dia akan carik jln
utk bagi suasana mcm kapal karam,
so biar je la smpai dia letih (jarang pun nak letih kecuali dah tido)..
part paling best dpt peluk n gigit pipi dia yg tembam tu..haha





Ni kakak Amni, namanya Afza Umairah, umur 4 tahun 10 bulan
punyai karektor brbeza dgn adiknya...
lembut hati, sensitif n slalu kena buli (actually kena gigit) dgn Amni
minum susu botol lagi la...prnah try bg kat dlm cawan yg ader pemegang tu,
dia bantainya baring smbil minum..pe lagi tumpah ler smua susu tu kat muka,
sabar je la
yang best bila nak tido msti peluk mak n ckp

"afza rindu mak",
so sweet...

Ok, gudluck utk anak2 daraku itu...
korang cukup kiut utk mak...mcm RAMA-RAMA yg berterbangan...

Sari


Salam...
Nak join contest yg paling senang, just copy paste jer..xder syarat2 bagai...
So, moh kita sokong ramai2...
Nak tau lebih detail ble klik2 kat SINI..
Hadiah mmg best

* outdoor shooting
* 1 sesi photoshoot selama 1-2 jam
* 100-150 shots (+ 50 edited pics) in CD
* location around Shah Alam & Putrajaya SAHAJA!

Alamak puan emma , kat Ipoh xble posing la ekk??Ipoh pun best woo, ader Stesyen Keretapi Ipoh, Gua Tempurung, Gunung Lang, Gerbang Malam, Memory Lane dan mcm2 lagi la...
Teringin la nak pose2 maut (gaya apa tu?) w/pun x fotogenik (fotogetik je kot, k

Tarikh tutup 6 Dec 2009 (11.59pm)


Sari

Walaupun agak terlewat, saya nak ucapkan TAHNIAH kpd pemenang contest anak daraku bertocang by sitisifir10 iaitu

si comel Dhiya Nabihah Binti Mohd Yusri dan si kiut Nur Aleesya binti Mohd Adzhar

Terimakasih kpd semua yg sudi join dan memeriahkan contest yg suka2 tu...

Semua tocang2 tu mmg mengancam tau...

Sari
This is a sticky mode
please scroll down 4 new n3


Penjimatan Berterusan

Tawaran Hebat dan Terhad Untuk Semua Ibu-ibu

Istimewa Untuk Si Manja Anda


Hanya RM28.00 setiap satu untuk semua jenis

Kini hingga 30 November 2009

Mari cepat order sebelum habis..jangan segan2 yer...




Coolababy Pocket with 2 insert (come with cute wet bag)



Warna-warni Coolababy Pocket



Coolababy All In One (AIO)


Babyland Plain Color



Babyland Cartoon Printed
(Only Yellow SpongeBob & Blue Monkey is available)



Semoga anak2 kita lebih sihat, lebih selesa dan lebih bergaya!!!



Sari

Salam semua

Ada contest baru tau, khas utk anak2 dara cilik yg suka bertocang (ker maknya yg suka tocangkan)... minta maap pd yg anak2 teruna yer..hihi

Syarat2 ble jengah kat blog Sitisifir10. Baca syarat betul2 tau..(mcm ada pape jer)
Tuanpunya blog ni mmg rajin n xrugi klau kita terjah blognya sbb pnuh dgn tip2 brguna yg ble kita kongsi bersama..kan sharing tu caring...
Hadiahnya pun walla, apa org kata, berbaloi-baloi gitu. Tak caya? cpl klik2 ke situ

So saya mengalu-alukan kpd ibubapa (ini bukan ceramah yer) yg rasa tocang anak2 dara anda ble membuat Pn Pija dan saya (prasan juri) tergoda, apalagi teruskan usaha gigih anda tu. Jangan lupa ajak (ble paksa x?ish2 kejam tuh) kengkwn, sedara, adik beradik n jiran2 skali ye..

Ingat ye, tarikh tutup 30 nov 2009 jam 12 thari..sempat lagi ni







Sari

Saat berderai jatuh

titisan air mata suci Nabi Ibrahim

dalam keSABARan

Melihatkan keteguhan iman,

keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung

ERTI SEBUAH PENGORBANAN


Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahhilham..

Sari


Selepas beberapa hari terjah sana terjah sini, maka jadik la juga blog dgn template yg baru...konon2 tgok org lain buat template 3 kolum cam best jer so teringin la plak nak try n error...Mmg berpeluh jugak ler, tambah2 buat secara lone ranger , nasib baik ada tuan punya blog2 yg pakar n pemurah ilmu berkongsi tip dan cecara nak memeriahkan blog secara percuma
timakasih bebyk ye..jasamu dikenang..
Jadi jgn terkejut plak tgok menda2 kat dalam ni yg xbrape teratur lagik..hura-hara sini sana
Anyway harap teruskan bagi sokongan padu ekk...
Sari


Dah lama gak x bermuhasabah diri.. betul la bersyukur itu segalanya..asik ingat kita jer susah padahal kita ni jauh lebih senang dr kisah kat bawah ni.. Kisah ni adalah coretan benar seorang guru, dihantar oleh seseorang dan dipanjang2kan untuk renungan dan teladan pada kita yg selalu lupa untuk bersyukur kpd Allah... Mungkin ader yg pernah membaca kisah ini tapi xsalah utk trus membacanyakan..

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,

sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin
Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini...isk,isk.isk


Sari


Untuk panduan para ibu yg mungkin ada masalah @ kesulitan @ kemusykilan @ ada byk tanda soal psl CD ni, boleh la jenguk2 sini ye, mana tau ader yg terjawab... Pada yg nak berkongsi pengalaman dan membantu ibu2 kat luar sana, amatlah digalakkan, kita sama2 kongsi dan bantu ye.. Jom kita tgok soalan2 yg ader...

BERAPA KEPING CD DIPERLUKAN UNTUK SEORANG ANAK/SEHARI ?

Bergantung pada penggunaan pampers sebelum nie ,
kalau anak kita guna 5 keping sehari, elok la beli 5 keping CD gak..tapi pd yg baru nk try 2-3 kpg pun ble, campur2 dulu dgn DD, dah puas hati dgn CD ble la tmbah koleksi yer...


BERAPA INSERT DIPERLUKAN ?

Ini pun kena tgok pada kadar anak kita pee2, kita ble tentukan sendiri, masing2 mesti arif n faham anak masing2 kan .
Apa kata mulakan dgn satu insert je dulu .. klau bocor maknanya anak kita kuat pee.. jadinya tambah la 1 insert lagi.. maksimum insert boleh masuk dlm CD adalah 3 keping ..
Skit tip untuk anak2 yg pee dengan byk.. kita juga boleh gantikan insert kedua dengan kain lampin, caranya? bentangkan lampin dan letakan sekeping insert kat tengah dan lipatkan ikut ukuran insert asal.. insyaAllah xbocor


BIASANYA 1 CD BOLEH BERTAHAN BERAPA JAM ?

Sebenarnya tempoh CD ni tahan berbeza...ikut kuat x kuat anak kita tu pee so xdpt ler nk bg jawapan tepat..ada yg tahan 3-4 jam, ada yg smpai 6 jam..sama la mcm pampers pakai buang , bila kita nmpk dah penuh msti kita salinkan..yg penting pastikan berapa insert perlu di masukkan pada satu2 masa . Biasanya waktu tido mlm tu msuk la 2 insert, ble tahan smpai pagi.


BOLEH JAMIN KE CD TAHAN UNTUK 3 TAHUN ?

Jaminan 100% tu xder la sbb semuanya bergantung pada cara kita guna dan jaga. Kuantiti CD sangat penting untuk pastikan CD tahan lebih lama..jadinya tentukan kuantiti yg sesuai untuk anak kita.
Disyorkan 6-10 pcs untuk setiap anak . Kalau lebih pcs lagi bagus. Jangkamasa 3 tahun diambil sbb saiznya yg fleksibel, boleh dilaras dari saiz S-XL n dari baby newborn smpai 3 tahun, kalau ikut berat pulak dari 0-15kg .


Setakat ni dulu soal-jawab kita yer..xnak bagi ibu2 pening n confuse..biar sikit tapi faham ..klau ada idea2 n sumbangan dari blogger lain jemputlah tinggalkan komen di sini...





Sari


Sebelum Membeli, Baca Dahulu Syarat-Syarat Tempahan/ Pembelian :

1. Anda perlulah menaip perkara di bawah :

* NAMA PENUH :
* ALAMAT:
* NO. TELEFON :
* JENIS BARANGAN:
* BILANGAN BARANGAN
* JUMLAH HARGA BARANG :

seterusnya sila SMS ke :

013-4678494 (Sari)

atau email :

sarisaffari@yahoo.com


2. Saya akan membuat pengesahan barang dahulu sebelum anda memasukkan duit. Sila ambil maklum bahawa harga barangan tidak termasuk kos penghantaran.So, bila nak masuk duit kena sertakan sekali kosnya.

3. Selepas pengesahan, baru saya akan beri no akaun dan nama bank yang perlu anda "bank-in" kan.

4. Sahkan pembayaran anda melalui SMS seperti nombor yang tertera di atas. Sila maklumkan nama anda dan jumlah bayaran yang telah dibuat.

5. Selepas bayaran diterima barang akan dihantar menggunakan Pos Ekspres/Pos Laju ke alamat rumah/pejabat anda.
(Tempoh penghantaran antara 2-7hari).

6. Senarai harga pos

a. via PosLaju (Semenanjung Malaysia)

1-2 Keping = RM6
3-4 Keping = RM8
5-6 Keping = RM10
7-8 Keping = RM12
9-10 Keping =RM15

b. via PosLaju (Sabah & Sarawak)
1-2 Keping = RM6
3-4 Keping = RM10
5-6 Keping = RM12
7-8 Keping = RM14
9-10 Keping =RM16

c. via PosExpress (Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak)
1 Keping = RM4

7. Penghantaran hanya akan dibuat selepas selesai pembayaran

8. Tracking no. akan di beri melalui email @ sms kepada pembeli setelah selesai urusan penghantaran
Sari
Pre Wash
(Basuh Sebelum Guna Kali Pertama)

Sebaik sahaja menerima CD

Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam/air biasa tanpa sabun. Kenapa? Sebabnya ia adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan CD. Cuci dengan tangan jer, sabun pun guna sikit (yg x byk buih, xde enzyme pewangi dan pemutih) Basuh..jemur smpai kering, seeloknya buat 3 kali, setengah org basuh skali trus pkai n CD tu bocor sbb xcukup lagi daya serapannya.
Ingat ye, semakin banyak kita basuh, semakin baik daya serapan CD kita dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika kita baru pertama kali gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan jer guna CD tu, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD tu akan bertambah baik.
(Biasa kita guna kaedah sama bila beli tuala baru kan)


Cara Basuh Selepas Baby Pee2 (Buang Air Kecil) atau Poo2 (Buang Air Besar)



Ni klau baby pee2, bilas dulu cd tu bawah air paip bg hilang sume kesan pee2 anak anda...masa tu blhla kita sental slow2 sbbnya kalau bilas camtu je...kesan pee2 tk hilang sepenuhnya terutama bg cd aio..sbb aio tebal sket compare ngan poket...



Kalau baby poo2, basuh dulu cd yg kena poo2, senang je...pancutkan dgn air paip biar poo2 tu mengalir kt lubang air...kalau byk sgt poopoo tu...blh la buat kt toilet dulu...pancutkan air paip kt cd tu agar poopoo tu jatuh kt dlm lubang toilet/toilet bowl



Pastu boleh la rendam kejap, klau yg kena poo2 tu rendam la lama skit (2-3 jam)
Asingkan yg kena pee dgn yg kena poo



Lepas rendam tu...bagi yang basuh tangan tak payah tambah sabun dah...terus basuh guna kaedah sental² manjalara...nk bg bersih terutama yg terkena poo2...
Mungin ada kesan kuning sket...tp takpe..biarkan aje..kalau byk sgt...blh la guna sabun pencuci pinggan cam sunligt...biasanya kesan kuning tu hilang bila dijemur bwh cahaya matahari...



Kalau basuh guna mesin, masukkan dlm laundry bag/net yer..


Ni la antara rupa washing bag/laundry net yg ble diguna utk masuk dlm mesin basuh



Pastu jemur la guna penyangkut bulat n penyepit camni atau pun ikut la mana yg sesuai dengan citarasa puan2... Kalau mlm ble jemur bwh kipas..Kalau sidai kat panas, make sure Cd berwarna sebelah bawah coz takut lama2 warna pudar.


Kat bawah ni antara sabun yg boleh digunakan






Jangan lupa guna suku jer dari sukatan biasa, yg xder peluntur dan xde pelembut.
Make sure bila basuh pakai tangan, bagi kesan sabun betul2 hilang coz takut baby allergic sabun

Ok, harap senang utk faham n follow...
Apa yang penting??? RAJIN..RAJIN..n RAJIN...Mana boleh malas sbb hari2 pun kita basuh kain jugak kan...







Sari

CD ni adalah free size...



Satu CD ni boleh masuk untuk ketiga-tiga saiz (S, M dan L)

Caranya adalah dengan mengubah butang di bahagian pinggang dan dibahagian tengah CD
Boleh rujuk gambar kat bawah ni utk lebih jelas ye..


cloth diaper saiz L

cloth diaper saiz M


cloth diaper saiz S

Maknanya kita boleh guna CD dari baby baru lahir smpai umur 3 tahun bergantung pada perkembangan dan tumbesaran baby tu...biasanya saiz S, M dan L ni utk baby yg berat dari 3 kg smpai 12@15 kg...

Jadinya pilihan saiz adalah bergantung kpd berat, saiz pinggang n pinggul baby masing2.

Xpayah nak pening2 beli saiz apa, senangkan...





Sari
Salam semua...

Part ni yg mesti ibu2 smua nak tau kan...
berapa la rege CD ni yer...

meh kita belek2

ni harga biasa @ standard tau tapi boleh dirunding lagi
(klau beli byk la ye puan2)




Coolababy poket - RM 31/pc (2 insert)




Coolababy AIO - RM 33/pc



Babyland plain - RM 30/pc (2 insert)




Babyland printed - RM 31/pc (2 insert)




Coolababy insert (3 layer) - RM 10/pc