Sari


Untuk panduan para ibu yg mungkin ada masalah @ kesulitan @ kemusykilan @ ada byk tanda soal psl CD ni, boleh la jenguk2 sini ye, mana tau ader yg terjawab... Pada yg nak berkongsi pengalaman dan membantu ibu2 kat luar sana, amatlah digalakkan, kita sama2 kongsi dan bantu ye.. Jom kita tgok soalan2 yg ader...

BERAPA KEPING CD DIPERLUKAN UNTUK SEORANG ANAK/SEHARI ?

Bergantung pada penggunaan pampers sebelum nie ,
kalau anak kita guna 5 keping sehari, elok la beli 5 keping CD gak..tapi pd yg baru nk try 2-3 kpg pun ble, campur2 dulu dgn DD, dah puas hati dgn CD ble la tmbah koleksi yer...


BERAPA INSERT DIPERLUKAN ?

Ini pun kena tgok pada kadar anak kita pee2, kita ble tentukan sendiri, masing2 mesti arif n faham anak masing2 kan .
Apa kata mulakan dgn satu insert je dulu .. klau bocor maknanya anak kita kuat pee.. jadinya tambah la 1 insert lagi.. maksimum insert boleh masuk dlm CD adalah 3 keping ..
Skit tip untuk anak2 yg pee dengan byk.. kita juga boleh gantikan insert kedua dengan kain lampin, caranya? bentangkan lampin dan letakan sekeping insert kat tengah dan lipatkan ikut ukuran insert asal.. insyaAllah xbocor


BIASANYA 1 CD BOLEH BERTAHAN BERAPA JAM ?

Sebenarnya tempoh CD ni tahan berbeza...ikut kuat x kuat anak kita tu pee so xdpt ler nk bg jawapan tepat..ada yg tahan 3-4 jam, ada yg smpai 6 jam..sama la mcm pampers pakai buang , bila kita nmpk dah penuh msti kita salinkan..yg penting pastikan berapa insert perlu di masukkan pada satu2 masa . Biasanya waktu tido mlm tu msuk la 2 insert, ble tahan smpai pagi.


BOLEH JAMIN KE CD TAHAN UNTUK 3 TAHUN ?

Jaminan 100% tu xder la sbb semuanya bergantung pada cara kita guna dan jaga. Kuantiti CD sangat penting untuk pastikan CD tahan lebih lama..jadinya tentukan kuantiti yg sesuai untuk anak kita.
Disyorkan 6-10 pcs untuk setiap anak . Kalau lebih pcs lagi bagus. Jangkamasa 3 tahun diambil sbb saiznya yg fleksibel, boleh dilaras dari saiz S-XL n dari baby newborn smpai 3 tahun, kalau ikut berat pulak dari 0-15kg .


Setakat ni dulu soal-jawab kita yer..xnak bagi ibu2 pening n confuse..biar sikit tapi faham ..klau ada idea2 n sumbangan dari blogger lain jemputlah tinggalkan komen di sini...





Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung