Memulanya ingat nak update pasal AJL 26 malam tadi tapi rasa dah nak basi la plak...apa x nya, dari malam tadi sampai sekarang xabis2 citer pasal AJL...semua berebut nak up traffik dengan entri tu so biar je la...
Apa kata kita citer pasal Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (Sara 1M)...sebelum ni dah citer pasal BR1M n Baucer Buku kan..meh kita tengok sikit amendanya Sara 1M ni...
Skim ni adalah skim pelaburan untuk golongan yang kurang bermampuan untuk menabung dan melabur...Pelaburan ni dalam bentuk pinjaman sehingga RM5,000 dari bank2 yang telah dilantik macam Maybank, CIMB, RHB n BSN...
Kelayakan memohon macam BR1M jugak...pendapatan isirumah RM3,000...permohonan bermula hari ni di bank2 yg teman tulis kat atas tu...bawak salinan kad pengenalan pemohon (2 salinan), salinan kad pengenalan pasangan serta salinan slip gaji untuk 3 bulan...
Skim ni terhad kepada 100,000 isi rumah so saper cepat dia dapat..huhu
Bayaran bulanan untuk skim ni serendah RM84 selain akan mendapat insentif bulanan RM134 dalam bentuk unit2 tambahan....kalo dalam masa 5 tahun kita x keluarkan pelaburan tu, isi rumah akan dapat sekurang-kurangnya RM13,000 hasil pulangan....
So, minat x? kalo minat boleh le try gi ke bank...tanya la habis-habisan kat bank tu pasal skim ni...harap2 xder la syarat2 lain yg macam2 sebab kelulusan permohonan dibuat oleh pihak bank...
Okeh..selamat menabung, melabur n mengira-ngira...jangan x bayar plak ansuran bulanannya tau...:p
Menara Cndong Teluk Intan
Imej yang dihebohkan
Kome ader dengor citer pasal ni? khabrnya udah heboh kat facebok dengan blog....teman baru je baca kisah ni...kononnya imej kat atas tu adalah pontianak yang dirakam kat Menara Condong Teluk Intan...Imej tu dirakam secara x sengaja oleh salah seorang peniaga Ekspo & Karnival Jualan Tahun Baru Cina kat Dataran Menara Condong menggunakan telepon bimbit...masa tu dia tengah mengemas gerainya...jeng3x
Dihebohkan jugak yang kengkononnya imej tu dikaitkan dengan kisah seorang wanita yang membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara ni beberapa tahun dulu...sahih x sahih, wallahualam...
Paper arini memaklumkan yang YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan meminta orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan penyebaran cerita ni...dikhuatiri cerita macam ni akan membawa kesan kurang baik kepada salah satu ikon pelancongan Negeri Perak ni...ditambah jugak dengan kesan kepada peniaga2 yang mencari rezeki di sini...sian pulak kat dema kalo xder orang nak datang ke gerai diaorang....lagipun tahun 2012 ni tahun melawat Negeri Perak....xsyok la kalo ader citer2 kurang enak kan :P
Apapun, jom kita baca skit info pasal Menara Condong ni....subjek tawarikh weh...
- Dibina pada 1885 sebagai tangki air sekiranya berlaku kemarau
- Digunakan juga sebagai penentu waktu penduduk bandar Teluk Intan
- Dibina menegak oleh arkitek Leong Choon Cheong namun ia mula condong selepas berlaku banjir besar pada 1889 & 1895
- Terletak di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara
Selamat datang ke Perak ye kome...
Dalam kita sibuk2 dengar bantuan BR1M (RM500) yang tengah berjalan sekarang ni, ader plak student2 yang buat hal...hal aper? diaorang dok jual baucer tu weh...adoyai...boleh lagi amik kesempatan ek...
Baucer tu kan dibagi untuk ringankan beban beli buku2 yang berkaitan dengan pengajian...bukan untuk buat bisnes atas angin...tapi ye la...dah ramai yg terlebih bijak...ader antara adik2 student tu boleh plak jual baucar ni kat laman sosial dengan harga antara RM150-RM200....ader jugak yang guna baucar ni dengan beli buku yang xder faedah pastu jual plak kat pihak lain dengan special diskaun lagi...semuanya melalui internet...ajernya panjang akai betoi...tau je camana nak putaq...huhu
Nampaknya elok sangat la Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak bincang dengan pihak polis tentang bentuk tindakan yang perlu diambil pada student2 yang buat onar ni....walaupun kesnya terpencil tapi kena jugak pandang serius...rasanya diaorang ni nak cash money...boleh beli macam2 kan...lepas la nak makan2, tengok wayang, beli baju, kasut, aksesori, top-up....
Harapnya mak bapak pun kena tengok2 la apa anak kita buat dengan baucar tu...menda tu kira amanah rakyat jugak...bukan apa, ringan jugak beban kita nak bagi duit buku kat diaorang...*jom raba poket*
Okeh adik2 n anak2...selamat belajar yer...ingat la kat mak n ayah yang dah banyak berkorban...moga adik2/anak2 jadi insan berguna dan memberi manafaat kepada orang lain...aminnnn!!!
Rasanya merajuk kot oven teman kat dapur tu...dah lama gak xgunakan dia...memang teman ader buat jelingan manja kat dia tapi asik2 tertangguh je...bila ader masa, malas mendatang...bila rasa rajin, tersebok-sebok dengan hal lain...haissshhh, alasan ke apa ni....
Rakyat2 kat umah ni pun dah mula menanya....memasing dok hint2 nak makan memacam...nak makan
brownies la
cheese cake la
makaroni bakar la
roti lapis daging la
tiramisu la
lasagna la
Hamboi-hamboi kome, macam la mak diaorang ni tukang masak...boleh oder ikut suka...
Ok ok, bawak bersabor yer..xkan lari oven dikejar...ikut turn memasing...sila amik nombor...ting tong
Happy Chinese New Year pada semua yg berbangsa Cina...
Selamat Tahun Baru Naga yer...
Pada kaum lain, selamat bercuti sakan...
Dah jadi rutin kot tiap2 tahun bila nak dekat Tahun Baru Cina, menda ni la yg selalu muncul...taraaa...comey plak gambor limau kat atas tu kan..dah rupa maskot Digi pun ader..kuning gitu..hehe
Opis teman pun baru sehari dua ni nampak ader kotak2 limau...agak lambat dari biasa...ekonomi lembab kot :p
Tak kisah le tu..orang memberi kita merasa...bukan untuk kita sorang pun tapi untuk satu opis...faraid le sebiji-dua sorang...semua orang dapat..fair n square...
Teman belum lagi nyempat nak mengopek limau ni...2-3 hari ni penuh dengan kebizian so amik limau masuk dalam beg bawak balik...sampai umah masuk peti ais terus lupa...hmmmm..sedapnya limau dalam peti ais tu...balik kang nak belasah jugak la...xkira...batuk ke selsema ke...siap kau limauuuuu...
Selamat melimau yer kome...jaga2 dengan biji tu...peace...
Rasanya ramai yang tau apa tu berbekam kan...saper pernah buat? teman? setakat ni x pernah lagi..takut kot..haha
Berbekam ni adalah satu kaedah rawatan perubatan sejak dari zaman Rasulullah lagi...maknanya kaedah ni dah digunakan lebih 1400 tahun...ianya merupakan satu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan luar biasa dan juga satu cara detosifikasi (buang racun) dari dalam badan tanpa kesan sampingan yang ketara
Cumanya, sekarang ni dikhabarkan kalo nak berbekam kena hati-hati sikit sebab adernya kemungkinan jarum yang digunakan dalam rawatan ni tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya...mungkin jarum yang sama di ulang guna berkali-kali dengan pesakit yang berbeza...jarum, pisau atau cawan tersebut jika terkena darah pembawa penyakit dan diguna semula kepada orang lain kemungkinan penyakit boleh tersebar dengan mudah termasuk HIV dan AIDS....eerrkkkk!!!
So harapnya pengamal perubatan alternatif dapat lebih bertanggungjawab dalam memastikan peralatan yang mereka gunakan betul2 bersih sebersih-bersihnya....kalo x ianya boleh menjadi penganiyaan kepada orang yang x bersalah...x ke haru tu...
Hermm, baru je nak try berbekam..xjadi la...ekeke..alasannnnnn...buekk!!!