Sari
Rasanya semua staf gomen tau pasal penangguhan SBPA ni kan...so xyah le nak harap gaji baru dalam masa terdekat...sila kembali ke hakikat gaji SSM..heheh

Dalam pada tu CUEPACS dijangka akan menyiapkan kertas kerja berdasarkan 5 tuntutan berikut...meh kita tengok sesama...setuju ke x kengkawan?

1) Mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat awam Gred 54 ke bawah

2) Mengekalkan kekananan penjawat dalam SSM sebelum bertukar ke SBPA

3) Mengkaji semula tangga gaji maksimum

4) Menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus

5) Menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred

Antara cadangan CUEPACS lagi ialah

 - meletakkan hanya 7 daripada 36 jawatan sebagai jawatan premier

- mencadangkan diberi kenaikan mengikut tempoh penjawat berada pada gaji maksimum iaitu jika 10 tahun diberi 5 kenaikan, 8 tahun diberi 4 kenaikan, 6 tahun diberi 3 kenaikan, 4 tahun diberi 2 kenaikan dan 2 tahun diberi 1 kenaikan

- mencadangkan kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus bagi Gred 1-40 dan 10 peratus bagi Gred 41-54 mengikut SSM...

InsyaAllah, kertas kerja ni akan disiapkan dalam tempoh 3 minggu bermula 10 Februari dan akan diserahkan kepada PM...

So jom kita bersabor...

Harapnya ader keputusan yang adil, saksama dan seimbang...aminnn


Labels: | edit post
8 Responses
  1. mcm bunyi tuntutat yg munasabah. sblm ramai tak puas hati sbb yg berjawatan tinggi dot kenaikan tinggi sdgkan gaji diaorg dah besar.


  2. Sari Says:

    nur - mujor ader yang perihatin untuk semak semula menda2 ni..kalau x, mmg tertindas la jawabnya...huhu


  3. Anonymous Says:

    nape yg gred 1-40 dpt 7-13%? then yg gred 41-54 dpt 10% je?CUEPACS...logikla skit kot ye pun..
    p/s:xkan sekolah xtinggi time kije bule naik gaji lagi tinggi dr org yg blaja sampai masuk U..to cuepacs, be fair ok..
    - fair: put the thing at the right place -


  4. Sari Says:

    anonymous - rasanya Cuepacs buat camtu untuk kurangkan jurang kenaikan gaji yg besar antara gred tersebut...cuba bandingkan, gaji RM3000, 10% dapat RM300...gaji RM1000, 13% baru dapat RM130...fair or not???


  5. Denaihati Says:

    askm, harap terbaik utk semua level, kalau x pospon lagi.


  6. Sari Says:

    denaihati - harap2nya macam tu la ;-)


  7. kakyong Says:

    alamak che anon ni tak pandai kira-kira ke.. mujur kak sari dah ajor kan... ;)


    semoga semua pihak terbela..


  8. Sari Says:

    kak yong~ haha..biasa la kerenah anon :p


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung