Sari

Pagi tadi on the way gi keje, jalan dikejutkan dengan bunyi siren polis....semua kenderaan kena ke tepi...nampak ler kereta Sultan Perak yang lalu...ingatkan biasa2 je rupanya bila sampai opis baru dapat citer...


Anakanda ketiga Sultan Perak, Raja Kecil Sulong Perak, Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat kira2 pukul 1.30 pagi tadi...










Difahamkan almarhum kembali ke rahmatullah akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Jenazah bertolak dari Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi dan dijangka tiba di Istana Iskandariah pada jam 8.30 pagi sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar di mana istiadat permakaman mengikut adat istiadat diraja Perak akan berlangsung selepas solat Asar hari ini.


Almarhum meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin dan tiga orang anak ,seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Sekiranya  ader yang ingin menziarah jenazah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar bolehlah menggunakan pakaian bewarna hitam tanpa lilitan putih.

Sebagai rakyat Perak, Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah...Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh...aminnnn!!!!

Posted via Blogaway
Labels: | edit post
4 Responses
  1. Ummi Hanie Says:

    alfatihah... ada baca kat suratkabor online tadi...

    kira adik kpd raja nazrin lah kan... nmpk mcm warak juge org nye ye



  2. Sari Says:

    ummie hanie- a'ah adik Raja Nazrin..almarhum ni agak low profile orangnya...al-fatihah


  3. Sari Says:

    sakila - al-fatihah


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung