Sari
Sesiang tadi xnyempat nak ngetuk entri..ader2 je hal yg ntahapaapa...

Kejap tadi teman terbelek majalah feveret teman, MASTIKA keluaran bulan Januari 2012..nampak le beberapa madah pujangga yg xpernah teman dengor...elok juga kalo teman  share dengan kome..

Lantai dan dinding bertelinga belaka
Memperkatakan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat

Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting
Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok
Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang
Kasih sayang hanya waktu berhadapan sahaja setelah berjauhan lalu dilupakan

Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada
Cakapnya seperti orang kaya padahal miskin

Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
Mudah berjanji tapi sukar menepati

Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya
Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan

Berdiang di debu angin
Tidak memperoleh pertolongan daripada saudara sendiri ketika dalam kesusahan kerana ia juga dalam keadaan yang serupa tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain

Berketak ayam mandul, orang bertekak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Orang yang bernasib malang walaubagaimanapun meniru orang lain tetapi nasibnya tetap tidak berubah

Duduk di dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas
Hidup yang serba salah kerana menghadapi bencana


Ajenya bermadah sungguh ayatnya...tinggi betul bahasa tersiratnya pada teman yg xreti ni...kenapa la masa sekolah dulu teman xjumpa madah2 tu..kalo x mesti meletup karangan teman kan...heheh ferasan..


Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung