Sari

Memulanya ingat nak update pasal AJL 26 malam tadi tapi rasa dah nak basi la plak...apa x nya, dari malam tadi sampai sekarang xabis2 citer pasal AJL...semua berebut nak up traffik dengan entri tu so biar je la...

Apa kata kita citer pasal Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (Sara 1M)...sebelum ni dah citer pasal BR1M n Baucer Buku kan..meh kita tengok sikit amendanya Sara 1M ni...

Skim ni adalah skim pelaburan untuk golongan yang kurang bermampuan untuk menabung dan melabur...Pelaburan ni dalam bentuk pinjaman sehingga RM5,000 dari bank2 yang telah dilantik macam Maybank, CIMB, RHB n BSN...


Kelayakan memohon macam BR1M jugak...pendapatan isirumah RM3,000...permohonan bermula hari ni di bank2 yg teman tulis kat atas tu...bawak salinan kad pengenalan pemohon (2 salinan), salinan kad pengenalan pasangan serta salinan slip gaji untuk 3 bulan...

Skim ni terhad kepada 100,000 isi rumah so saper cepat dia dapat..huhu

Bayaran bulanan untuk skim ni serendah RM84 selain akan mendapat insentif bulanan RM134 dalam bentuk unit2 tambahan....kalo dalam masa 5 tahun kita x keluarkan pelaburan tu, isi rumah akan dapat sekurang-kurangnya RM13,000 hasil pulangan....

So, minat x? kalo minat boleh le try gi ke bank...tanya la habis-habisan kat bank tu pasal skim ni...harap2 xder la syarat2 lain yg macam2 sebab kelulusan permohonan dibuat oleh pihak bank...

Okeh..selamat menabung, melabur n mengira-ngira...jangan x bayar plak ansuran bulanannya tau...:p



Labels: | edit post
2 Responses
  1. kakyong Says:

    owh nak kena ada slip gaji ker..

    kami yg koje sendiri ni cmana.. ? kena g tanya bank lah yer..

    jom join lagi GA
    http://www.kakyong.com/2012/01/giveaway-choco-rerama-biru.html


  2. Sari Says:

    kak yong - ye betui tu..gi tanya bank..ekeke


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung