Sari
Kome dah dapat ke BR1M tu? kalo udah, tahniah le ye..kalo yang belum dapat jangan sedey2, ader peluang lagi untuk buat rayuan...
Dengarnya saper yang x dapat BR1M akan dimaklumkan melalui surat so kalo dah dapat surat tu boleh ler download borang rayuan, isi n hantar sebelum 10 Februari 2012...
Klik link kat bawah ni untuk download borangnya yer :)
Selamat merayu, harap2nya pihak berkenaan betul2 telus dalam pembahagian bantuan ni...*opppss*
Sari
Memulanya ingat nak update pasal AJL 26 malam tadi tapi rasa dah nak basi la plak...apa x nya, dari malam tadi sampai sekarang xabis2 citer pasal AJL...semua berebut nak up traffik dengan entri tu so biar je la...
Apa kata kita citer pasal Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (Sara 1M)...sebelum ni dah citer pasal BR1M n Baucer Buku kan..meh kita tengok sikit amendanya Sara 1M ni...
Skim ni adalah skim pelaburan untuk golongan yang kurang bermampuan untuk menabung dan melabur...Pelaburan ni dalam bentuk pinjaman sehingga RM5,000 dari bank2 yang telah dilantik macam Maybank, CIMB, RHB n BSN...
Kelayakan memohon macam BR1M jugak...pendapatan isirumah RM3,000...permohonan bermula hari ni di bank2 yg teman tulis kat atas tu...bawak salinan kad pengenalan pemohon (2 salinan), salinan kad pengenalan pasangan serta salinan slip gaji untuk 3 bulan...
Skim ni terhad kepada 100,000 isi rumah so saper cepat dia dapat..huhu
Bayaran bulanan untuk skim ni serendah RM84 selain akan mendapat insentif bulanan RM134 dalam bentuk unit2 tambahan....kalo dalam masa 5 tahun kita x keluarkan pelaburan tu, isi rumah akan dapat sekurang-kurangnya RM13,000 hasil pulangan....
So, minat x? kalo minat boleh le try gi ke bank...tanya la habis-habisan kat bank tu pasal skim ni...harap2 xder la syarat2 lain yg macam2 sebab kelulusan permohonan dibuat oleh pihak bank...
Okeh..selamat menabung, melabur n mengira-ngira...jangan x bayar plak ansuran bulanannya tau...:p
Sari
Menara Cndong Teluk Intan
Imej yang dihebohkan
Kome ader dengor citer pasal ni? khabrnya udah heboh kat facebok dengan blog....teman baru je baca kisah ni...kononnya imej kat atas tu adalah pontianak yang dirakam kat Menara Condong Teluk Intan...Imej tu dirakam secara x sengaja oleh salah seorang peniaga Ekspo & Karnival Jualan Tahun Baru Cina kat Dataran Menara Condong menggunakan telepon bimbit...masa tu dia tengah mengemas gerainya...jeng3x
Dihebohkan jugak yang kengkononnya imej tu dikaitkan dengan kisah seorang wanita yang membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara ni beberapa tahun dulu...sahih x sahih, wallahualam...
Paper arini memaklumkan yang YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan meminta orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan penyebaran cerita ni...dikhuatiri cerita macam ni akan membawa kesan kurang baik kepada salah satu ikon pelancongan Negeri Perak ni...ditambah jugak dengan kesan kepada peniaga2 yang mencari rezeki di sini...sian pulak kat dema kalo xder orang nak datang ke gerai diaorang....lagipun tahun 2012 ni tahun melawat Negeri Perak....xsyok la kalo ader citer2 kurang enak kan :P
Apapun, jom kita baca skit info pasal Menara Condong ni....subjek tawarikh weh...
- Dibina pada 1885 sebagai tangki air sekiranya berlaku kemarau
- Digunakan juga sebagai penentu waktu penduduk bandar Teluk Intan
- Dibina menegak oleh arkitek Leong Choon Cheong namun ia mula condong selepas berlaku banjir besar pada 1889 & 1895
- Terletak di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara
Selamat datang ke Perak ye kome...
Sari
Dalam kita sibuk2 dengar bantuan BR1M (RM500) yang tengah berjalan sekarang ni, ader plak student2 yang buat hal...hal aper? diaorang dok jual baucer tu weh...adoyai...boleh lagi amik kesempatan ek...
Baucer tu kan dibagi untuk ringankan beban beli buku2 yang berkaitan dengan pengajian...bukan untuk buat bisnes atas angin...tapi ye la...dah ramai yg terlebih bijak...ader antara adik2 student tu boleh plak jual baucar ni kat laman sosial dengan harga antara RM150-RM200....ader jugak yang guna baucar ni dengan beli buku yang xder faedah pastu jual plak kat pihak lain dengan special diskaun lagi...semuanya melalui internet...ajernya panjang akai betoi...tau je camana nak putaq...huhu
Nampaknya elok sangat la Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak bincang dengan pihak polis tentang bentuk tindakan yang perlu diambil pada student2 yang buat onar ni....walaupun kesnya terpencil tapi kena jugak pandang serius...rasanya diaorang ni nak cash money...boleh beli macam2 kan...lepas la nak makan2, tengok wayang, beli baju, kasut, aksesori, top-up....
Harapnya mak bapak pun kena tengok2 la apa anak kita buat dengan baucar tu...menda tu kira amanah rakyat jugak...bukan apa, ringan jugak beban kita nak bagi duit buku kat diaorang...*jom raba poket*
Okeh adik2 n anak2...selamat belajar yer...ingat la kat mak n ayah yang dah banyak berkorban...moga adik2/anak2 jadi insan berguna dan memberi manafaat kepada orang lain...aminnnn!!!
Sari
Rasanya merajuk kot oven teman kat dapur tu...dah lama gak xgunakan dia...memang teman ader buat jelingan manja kat dia tapi asik2 tertangguh je...bila ader masa, malas mendatang...bila rasa rajin, tersebok-sebok dengan hal lain...haissshhh, alasan ke apa ni....
Rakyat2 kat umah ni pun dah mula menanya....memasing dok hint2 nak makan memacam...nak makan
brownies la
cheese cake la
makaroni bakar la
roti lapis daging la
tiramisu la
lasagna la
Hamboi-hamboi kome, macam la mak diaorang ni tukang masak...boleh oder ikut suka...
Ok ok, bawak bersabor yer..xkan lari oven dikejar...ikut turn memasing...sila amik nombor...ting tong
Sari
Happy Chinese New Year pada semua yg berbangsa Cina...
Selamat Tahun Baru Naga yer...
Pada kaum lain, selamat bercuti sakan...
Sari
Dah jadi rutin kot tiap2 tahun bila nak dekat Tahun Baru Cina, menda ni la yg selalu muncul...taraaa...comey plak gambor limau kat atas tu kan..dah rupa maskot Digi pun ader..kuning gitu..hehe
Opis teman pun baru sehari dua ni nampak ader kotak2 limau...agak lambat dari biasa...ekonomi lembab kot :p
Tak kisah le tu..orang memberi kita merasa...bukan untuk kita sorang pun tapi untuk satu opis...faraid le sebiji-dua sorang...semua orang dapat..fair n square...
Teman belum lagi nyempat nak mengopek limau ni...2-3 hari ni penuh dengan kebizian so amik limau masuk dalam beg bawak balik...sampai umah masuk peti ais terus lupa...hmmmm..sedapnya limau dalam peti ais tu...balik kang nak belasah jugak la...xkira...batuk ke selsema ke...siap kau limauuuuu...
Selamat melimau yer kome...jaga2 dengan biji tu...peace...
Sari
Rasanya ramai yang tau apa tu berbekam kan...saper pernah buat? teman? setakat ni x pernah lagi..takut kot..haha
Berbekam ni adalah satu kaedah rawatan perubatan sejak dari zaman Rasulullah lagi...maknanya kaedah ni dah digunakan lebih 1400 tahun...ianya merupakan satu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan luar biasa dan juga satu cara detosifikasi (buang racun) dari dalam badan tanpa kesan sampingan yang ketara
Cumanya, sekarang ni dikhabarkan kalo nak berbekam kena hati-hati sikit sebab adernya kemungkinan jarum yang digunakan dalam rawatan ni tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya...mungkin jarum yang sama di ulang guna berkali-kali dengan pesakit yang berbeza...jarum, pisau atau cawan tersebut jika terkena darah pembawa penyakit dan diguna semula kepada orang lain kemungkinan penyakit boleh tersebar dengan mudah termasuk HIV dan AIDS....eerrkkkk!!!
So harapnya pengamal perubatan alternatif dapat lebih bertanggungjawab dalam memastikan peralatan yang mereka gunakan betul2 bersih sebersih-bersihnya....kalo x ianya boleh menjadi penganiyaan kepada orang yang x bersalah...x ke haru tu...
Hermm, baru je nak try berbekam..xjadi la...ekeke..alasannnnnn...buekk!!!
Sari
Teman ader baca kat satu blog semalam pasal ni...arini baca kat paper Sinar pulak...meh kita baca sesama...sahih atau tak, wallahu'alam...takut jugak nak memandai...al-maklum, sekarang ni kena hati2 kalo nak tulis apa2 kat medium sosial...bak kata Kiah Propa dalam Galaksi "jaga-jaga..ader yang merati (perhati)"
Okeh, berbalik pada citer ni...dikhabarkan penangguhan SBPA ni hanya kepada kumpulan sokongan dan tidak melibatkan kumpulan primer..
Khamis lepas, dimaklumkan pelaksanaan SBPA yang sepatutnya bermula 1 Januari 2012 ditangguhkan ke satu masa untuk disemak semula..
Kumpulan primer yang dianggarkan 36 orang dijangka akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, perumahan dan lain-lain...
Di sinilah terdapat jurang besar antara kumpulen primer dengan kumpulan pelaksana yang mana kumpulan pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100 dan RM200...
Hermm...kalo info ni tak tepat, harap maaf yer..nak baca lebih lanjut, boleh baca SINAR HARIAN...sekian
Sari
Pagi tadi lepas gi pasar teman berkejor ke satu tempat yg teman x pernah pegi...namanya Sport Planet kat area Mengelembu, Ipoh...trade mark pekan Mengelembu ni replika kacang besor..ala, kacang Nyan Yin tu..mmg femes ler...
Opis teman buat game futsal..ye futsal dan teman dgn xder pilihannya menjoinkan diri demi sokongan pd team...series seumor hidup ni teman xperonah menyepak bola futsal tu..pagi tadi dgn bangganya teman merasai debaran atau lebih tepat lagi ketakutan teman dgn bola di kaki..nmpk macam senang kalo cakap kat luor gelanggang tapi cer main...gulp!
Memang mcm2 aksi lucu tapi benor tadi...bila dpt sentuh bola rasa mcm nikmat le plak...ater sepanjang main asik nyepak angin je..aper kes kan..haha
Mujor ramai yg sepakat berkaki bangku so xder makna nk kutuk2...semuanya setaraf...hehe
Akhirnya team teman dpt no.2 dari 2 pasukan..amacam? awesome x? ekeke
Anyway, just enjoy the game n skarang ni dok rasa macam memerlukan seorang tukang urut...adeh2x
posted by blog it for android
Sari
Ader ke yang belum hantar borang BR1M ni? kalau ikutkan, tarikh akhir hantar borang 10 Januari...tapi jangan riso sebab tarikh tu dah dilanjutkan sebulan lagi...sampai 10 Februari 2012...
Pada kome yg dah hantar borang tu, bayaran akan dibuat selama 2 bulan mulai 15 Januari dalam bentuk baucer tunai...Semua pemohon yang layak dan berjaya akan dimaklumkan melalui pos di mana surat pemakluman akan diberi secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucer...so tunggu la encik posmen pon pon kat rumah yer..
Kalau kome nak cuba semak status permohonan kome, boleh jugak tepon hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari...talian dibuka pada hari bekerja jam 9 pagi - 5 petang...
O ye..tempoh sah laku baucer pulak sampai 15 April 2012...jadi jangan ribut2 tau...
Sari
Saper yg xder lesen memandu lagi? ha..nampak dah saper..hehe
Untuk makluman, mulai Mei 2012, semua calon yang nak amik lesen memandu boleh pilih nak guna transmisi manual ataupun automatik..ini berikutan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu...
Kemungkinan caj untuk dua2 transmisi adalah berbeza...yg automatik akan lagi mahal dari yg manual..maklum le, kete auto kan lagi mahal dari kete manual..so kome diberi opsyen (macam skim pencen plak) untuk pilih mana yg selesa n mana yg mampu...
Cumanya, calon yg lulus dengan transmisi automatik hanya boleh bawak kenderaan automatik sahaja..kalo yg ader lesen automatik tapi bawak kete manual, tindakan undang2 akan dikenakan oleh JPJ..jaga2
Pada yg lulus dengan transmisi manual plak boleh bawak kenderaan manual dan jugak automatik...*clap clap clap*.. ha...mana yg lagi untung?
Kalo anak teman nak amik lesen sok, gerenti teman suruh dia amik yg manual..dah le lagi murah, boleh plak bawak dua2 jenis transmisi...kiranya macam dapat lesen besor kan..*wink wink*
Apapun, selamat memandu n hati2 di jalanraya yer...peace...
Sari
Memang macam lawak tapi ni kisah benor...xtau nak gelak or nak kesian..dua2 lah..
Kisah berlaku kat Johor Bahru..6 Disember lepas...mangsanya, Mohd Haizrul Hisham Muhammad Hashim...di katakan mangsa beli henpon secara online..difahamkan harga henpon yg ditawarkan RM1,100 berbanding harga pasaran RM1,900...kengkonon offer la tu..apalagi..mangsa pun siap oder 3 biji tepon tu..
Ni la henpon yg dioder..Samsung Galaxy S
Tapi tengok la apa yg dia dapat...
Dia dapat ibu lesung je..yg anak lesung tu xder plak orang tu bagi sekali...haha..kejammmm!!
Mangsa dah buat report kat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan perbicaraannya berlangsung semalam...TTPM telah arahkan pemilik akaun yang terima bayaran untuk bayar balik amaun RM3,250 pada mangsa...mujor pemilik akaun dapat dikesan walaupun sebelum ni panggilan yang dibuat oleh mangsa tidak dilayan..yg best tu syarikat yg keluarkan invois pembelian pun adalah tidak wujud...huhu
Hermm, ajernya bahaya gak membeli online ni...kalau setakat 10 hengget tu xder le ralat sangat kan..so berhati-hati le dengan offer online...nak selamat, pegi je kedai beli terus...done !!!
Sari
Kome dah renew ke lesen memandu kome?menda ni memang le selalu terlajak tarikh..xbrapa nak ingat weh..patut le polis marah..haha
Ater teman pun baru je terperasan yg lesen teman dah expired.. 2 Januari aritu rhopenya..seminggu dua ni mmg bawak kete x berlesen yob..hoho..
So pagi tadi teman pun terjah le JPJ..biasa la bab renew lesen ni JPJ memang cepat n cekap..baru amik nombor dah kena panggil..mabeles punya servis..teman pun idak le teringat yg mulai tahun ni tarikh lesen ikut tarikh lahir..bila staf kat kaunter tu tanya nak renew setahun ke lebih teman jawab le setahun..dia kata kalo setahun RM 45..aikkk, udah naik rege ke? biasa setahun RM30 je kan..bila teman tanya balik, baru le teman paham..
JPJ renew lesen kita sampai tarikh lahir tahun depan 2013..so mcm teman ni yg besdaynya bulan November akan dikira sampai November 2013 dan bukan November 2012...tu pasal amaunnya pun berubah..jadinya kalo kome nak renew jgn le terkejut dengor regenya..kiranya lesen kita tu valid setahun lebih..tu psl regenya naik skit dari biasa..
Bila sampai tarikh lahir tahun depan (untuk renew lagi) baru dia kira rm30 balik..contohnya bila sampai besday teman tahun depan (November 2013), teman bayor le mcm biasa balik, rm30 untuk renew setahun sampai November 2014...erkk paham ke kome?
Jadinya kalo kome renew lesen tahun ni, semuanya akan expired ikut tarikh lahir kome yg tahun depan punya..bukan tahun ni tau..contoh : besday Bedah bulan 8, 2012, lesen Bedah mati bulan 6, 2012..so bila renew, lesen Bedah akan expired bulan 8, 2013..bukan bulan 8, 2012...lebih setahun tu..jadi kena la bayor rm 45..okeh???
Anyway, xyah penin2..kalo kome nak renew lesen, pegi je le kat JPJ atau Pej. Pos..tau le dema explain kat kome..daaaa
Sari
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Sari
Arini baru stat keje setelah bercutian sejak awal minggu...kalo tiap2 minggu macam ni kan best..keje sehari je..haha..ingat opis sdn. bhd. ke?
Sehingga semalam, hal2 sekolah nampak mcm smooth...yang tahun 1 dah ok naik bas n turun bas..tu pun dah berbakul-bakul pesan.."ingat bas yg mana, ingat turun kat mana, tunggu bas berenti baru bangun"hehe..agaknya dia pun dah boleh hafal skrip tu..biasa la kalo x membebel bukan mak namanya...*wink wink*
Yang tadika 4 tahun pun dah mula join kengkawan..abih hati dapat uniform..harap2 tahan lama bila pegang pensel... yg best tu x abis2 citer pasal ramai kawan pakai selipar angry bird..haha... hottest item la katakan..masa gi antar anak yg tahun 1 tu pun merata alam ada burung tu..penin jap..mujor kat umah teman sehari dua ni angry bird xbrape nak masuk sbb ader Ben 10 n Barbies..heheh
So far, ble le teman bekerja dgn tenang..no more worried..harap2 mak bapak kat luar sana pun x risau2 lagi yer..dah beso dah anak2 kita tu..bior la diaorg berdikari..chewahhhh...*dlm ati, dah tuanya teman...!*
Sari
Biasa x dgn flyer ni? heheh..sesi terapi minda..ouchhh!
Setakat ni jcard mmg xmenghampakan...yg penting siap siaga dgn stamina n poket..tettttttttttt!
Nak joging setempat jap..harap2 xmarathon nanti..ok bai ^-^
Sari
Arini teman rasa mcm cekgu sekolah plak..dari pagi smpai ke ptg asik nmpk uniform sekolah..putih bersih je..menciutkan ler..
Memang ramai mak bapak yg cuti utk dtg ke sekolah..biasa le, tahun 1..riso tu lebey..padahal anak2 okeh je..baik punya sembang dgn kengkwn dema..heh
Lepas assembly n masuk kelas, bebudak tahun 1 ni ader test skit..mcm ujian saringan utk tentukan kelas yg sebenor..anak teman kata isi tmpt kosong berpandukan gambor n kaler2 je..ater cikgu pun gemor benor sruh budak mengaler..aktiviti wajib masa lapang kot..
Jadinya teman pun terpaksa ler sibok mengantor n mengambik anak2 teman arini..itu baru bab sek.keb...kejap ni pun baru je settle sek.agama sebelah ptg. .ater kena bayor gitu gini, kena la pegi jugak..bagi duit kat anak kang riso cicior(cicir) plak..haru weh..
Nmpknya cuti teman arini sungguh manis sekali..semanis peluh yg menitik dari pagi smpai ke petang..kalo kome xcaya, tggu ler time kome sok..sekarang ni ble le kome buat derk je bila org citer psl anak masuk sekolah..
Tahniah pd smua yg bercuti arini..pengalaman yg bkn dtg tiap2 tahun (kecuali yg anaknya setahun sorang)..hehe
Pasni ble le simpan balik smua tabung2 tu ye..phewwwww!
published by blog it
Sari
Esok sekolah dah mula weh..nmpknya xboleh nk melenggang kangkung di pagi hari..akan muncul suara2 nyaring yg tinggi picnya ye..kome ader? heheh
Selamat kembali bersekolah utk anak2 n mak bapak semua..readykan minda dgn karenah manusia n kenderaan yg mcm2 pesen..azam baru kome xnak marah2kan? err,bukan ek? ok forget it ;-)
Anyway, moh masuk tidor..
Esok pagi kan nak bakor kalori :-*
posted by blog it
Sari
Arini dah 2 jan 2012..mana2 pegi pun org asik cakap pasal azam baru..bersemangat memasing ye..mcm semangat bunga api yg berdentum dentam kat langit masa mlm tahun baru..
Sehari dua sekolah nak bukak dah..ader lagi sisa2 utk siapkan apa2 yg patut utk anak2..biasa le last minit punya preparation..xble diamalkan selalu tu O:-)
Teman pun sesaja le nak ucap Selamat Tahun Baru 2012 pd semua kenkawan maya samada di blog, facebook n twitter..moga azam kome di tahun 2011 tercapai..kalo x, ble le bwk ke tahun ni..yg penting bukan azam tapi cara n usaha kita utk mencapai azam tersebut..asalkan niat kita ikhlas, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan..aminnnn
Moga kita sama2 jadi insan yg lebih baik :-D
published by blog it