Hari ni dah stat pameran MAHA Internatinal 2010 kan? kengkawan opis ader yg dah cuti2 malaysia dan pegi ke sana..dengar citer yg lepas2 pameran ni mmg best..mcm2 ader..kalah Astro..diaorg kata sehari pun blum tentu abis pusing smua booth..besor giler..
Tahun ni ader 2000 lebih booth..usihh, camner nk tgok smua tu? Pameran dwitahunan ni dah tercatat dlm Malaysia Book Of Records sbg pameran terbesar yg ditaja oleh Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani serta dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)..
Mesti memacam produk yg jarang2 jumpa ader kat sini kan..bayangkan ler ader lebih 1000 pengusaha2 IKS dgn lebih 2500 produk yg terbahagi kpd 4 kluster iaitu makanan, minuman, herba dan makanan sejuk beku.
Tu belum masuk lebih 70 pengusaha2 makanan dari setiap negeri..ader Laksa Kuala Perlis, Penang Char Koew Teow, Mee Udang Sg. Dua, Mee Bandung Muar, Nasi Beriani Gam, Nasi Ambeng Tg. Karang, Mee Jawa Klang, Ikan Patin Pahang dan mcm2 lagi yg ble buat kita meleleh ayor lior...
Klau kurang minat bab2 makan ni ader gak jualan bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, haiwan ternakan, produk usahawan IKS, mesin dan jugak jentera. Kalau x silap SUARASA TV9 pun berkampung kat sana...ohhh..Upin Ipin mesti ader tu..betui3x..
Wahhh, mcm happening jer kat sana...nak terjah ke x ni?
Klau korang nak gi ble la jln2 lenguhkan kaki kat situ..tmptnya di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)..tarikh pameran 26 November hingga 5 Disember 2010..pada yg dah pegi nnti ble la story mory apa yg best kat sana tau.. Tweet Follow @sarisaffari
Post a Comment
pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung