Sari


Saper suka teka teki? klau suka ble cuba2 tekan kat SallContest..
Okeh, jawapannya
Benda : Belon
Jumlah : 22 biji

Cepat2..tarikh akhir 4/11/10 jam 4.11 pm
Saya tag smua yg nak teka mcm saya..korang yg tgh baca ni la, hehe
Labels: 3 comments | | edit post
Sari


Jom korang join lucky draw ni..simple n steady jer..klik Nazz@Purple atau Pinkpurplecraft..tutup 12/11/10..
Labels: 1 comments | | edit post
Sari


Saya memang alergik klau bab2 coklat ni..sukeeee x ingat..anak2 pun join skali minat coklat, lagi la meriah mcm pasar malam, haha..

So x tunggu dah nak join lucky draw ni..tgok memacam coklat kat umah LILY & AUZ tu x sedar dah byk kali telan ayor lior..

Moh kome layan coklat tu..last date 11/11/10
Labels: 0 comments | | edit post
Sari


Nak join contest ni plak..kata tuan rumah nak muncung yang paling seksi,heheh..nak cuba? klik SINI k..anyway belasah je la muncung yg ader..



Nama : Amni Zafirah

Umur : 2 tahun 7 bulan

Tarikh tutup 1/11/2010...slmt memuncung..
Labels: 4 comments | | edit post
Sari

Pn Atie kita ader buat lucky draw for her very first time tau...hadiah mmg da bomb n tarikh tutup pun lmbt lagi..30/11/2010, so klau nak santai2 terjah ble la datang SINI
Saya tag smua kengkwn yg singgah sini..
Labels: 0 comments | | edit post
Sari

KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.

Saper2 yg dah baca paper Metro hari ni msti dah tau psl citer kejam ni..saya sempat tgok kat MHI ruangan akhbar pagi tadi..tetiba teringt kisah tragis yg menggemparkan pada 17 September 2007 lalu..mmg sedih pilu menatap wajah kanak2 yg x berdosa diperlakukan sedemikian rupa..kecoh kat internet gambar2 post-motem mangsa..x boleh dibayangkan sengsaranya si gadis kecil menghadapi saat2 itu..apapun meh kita kongsikan skit berita ni yg dipetik dari Metro..

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my
AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

Aduh..x terkata membacanya..nyawa mcm dah xder harga..teringat2 kat anak2 sendiri rasa mcm nak sruh diaorg main kat dalam umah jer..huhu..
Labels: 0 comments | | edit post
Sari


Ramainya kengkwn blogger nk beg ni..saya pun nak jugak la..klau untung sambut timbul la ye x..jgn lupa klik BEG ni..
Giveaway tamat 30/10/2010..cpt2 ader 3 beg utk yg bertuah...
Labels: 2 comments | | edit post
Sari


Nape tetiba plak timbul citer Ajinomoto ni? Ha sebabnya lepas sarapan tadi kepala saya berdenyut-denyut n pastu deria mengantuk dah melanda..jenuh menahan kepala dan mata..aduhai...

Sape x kenal dgn Ajinomoto? Mesti smua org tau punya..klau kita2 ni biasa panggil pak aji jer kan..klau nk lebih saintifik org panggil MSG atau Monosodium glutamat..MSG ni sebenarnya sejenis garam natrium berasaskan asid glutamik yang dipergunakan sebagai sejenis bahan tambahan makanan dan dipasarkan secara umum sebagai "penambah perisa" (sumber wikipedia)..

Saya ingat dulu masa kecik2 klau masak mesti opah taruk pak aji ni..bila tanya, opah kata nak bagi masakan lagi sedap..masa tu saya bedal jer sbb pada saya opah masa aper pun sedap..

Masa blajar masak zaman anak dara, ikut je la bila opah sruh taruk tapi still rasa masakan saya x sesedap air tangan opah..musykil betul..last2 maleh dah nak taruk si aji itu..

Bila zaman menginjak dan dah beranak pinak, kesedaran psl pemakanan pun dah bertambah..tambah2 plak bila en hasben mmg alergik dgn pak aji..klau mkn jer mesti sakit perut..masalah betul bila makan kat luar..klau sempat sampai rumah ok la tapi kadang tu kena gak berenti kat mana2 public toilet..heheh..

Kadang tu pelik jugak sbb ader tmpt kat luar tu bila mkn xder plak timbul simptom2 sakit..mcm KFC, Mc Donald n Pizza..Ada kwn saya bgtau yg pak Aji ni pun ader grade2 jugak..klau yg murah dan beli main kilo2 tu kira grade rendah, sbb tu kesan efeknya cpt terasa pada org yg xtahan..betul ke ek? Yang kita nmpk MSG ni sejenis serbuk berhablur putih, tetapi apabila dilarut di dalam air (atau air liur), ia berpisah dengan pantas menjadi ion-ion natrium dan glutamat yang bebas. Glutamat ialah anion asid glutamik, sejenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

Sekarang ni bila dah rmai kwn, ader yg bg tips pasal masak-memasak ni..contohnya klau nak ganti pak aji senang jer, tukar dgn gula..masuk la skit dlm sup ker, tumis sayur ker, insyaAllah sedap..mmg saya guna la jugak tip tu sampaikan aritu buat kek batik pun taruk garam skit..haha, marvellous..

Tapi nak mengelak sepenuhnya dari makan benda2 yg ader MSG ni mmg mencabar jugak, apa taknya, ble katakan smua makanan dlm tin, sos, makanan sejuk beku, makanan ringan dan makanan segera ada campuran MSG..psl tu agaknya ramai org yg dlm usia muda kena penyakit yg serius mcm kanser, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi..tu blum masuk obesiti lagi..

Hmm..xlarat ler dah nk layan pak aji ni yg dah buat mataku berpinor-pinor..slalu bila oder makan siap pesan pada waiter, xmo aji tapi mana la kita nak tau tukang masak tu letak ke idak kan..huhu..ataupun ble x kita tanya kat tukang masak tu " err, nak tanya skit, kat sini guna aji mahal ke aji murah?"....
Sari
Ni saya nak tanya kat kengkwn kat luar sana..ader x korang dpt email dari maybank?skang ni hari2 dok dpt email dari maybank especially psl maybank2u..asik2 sruh klik kat satu website ni sbb ader masalah dgn security maybank2u..memula tu buat x tau jer tapi bila xlayan diaorg antor email lagi..final notice..buat saya risau jer..tapi smpai skarang saya mmg buat xtau jer email tu, setakat ni xder la pape masalah dgn account maybank2u saya tu..takut ler nk main klik2 jer, nnti x psl2 duit kena sedut plak..skang ni byk betoi computer hackers..lagipun email tu msti msuk dlm spam, lagi la x confident nk layan..so klau ader sesapa yg senasib n ble explain psl ni hrp ble kongsi dgn saya dan kwn2 lain yer..tenkiu..
Sari


Semenjak dua menjak ni ader terdengar-dengar dan terbaca psl festival fesyen islam ni yg byk mencetus kontroversi..byk komen2 terutama kat laman sembang yg x puas hati dgn IFF ni..tambahan pulak penaungnya adalah org yg sgt berpengaruh dan yg penting beragama Islam.

Kalau ikut tajuk festival tu msti la kita bayangkan busana muslimah kan tapi tu smua xterjadi..yg lebih parah terdapat unsur2 menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.

Contohnya gambar kat atas tu yg memperagakan pakaian yg didadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik..tambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak..
Ada jugak model2 yg berpakaian jarang, terdedah di depan, di belakang, jarang dan yg pasti langsung x bertudung.

Nmpknya byk pihak dah bukak mata tapi xtau la hasilnya..klau yg rajin bukak FB tu rasanya ader yg citer psl ni..rajin2 ler godek2..

Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya..wallahualam
Labels: 2 comments | | edit post
Sari
Semlm dalam FB dpt tag dari rakan blogger Mama Tisya..psl chocolate cheese brownies yg dah berjaya dibuatnya..nmpk mmg sungguh shedappp..arini plak Mama Tisya dah update dlm blognya..ader gambar n resepi lagi..

Apapun rasa seronok n bangga sangat sbb Mama Tisya berjaya buat cheese brownies ni..tu la nikmatnya berkongsi kan..klau saper nak cuba buat ble tgok n3 saya yg dulu kat SINI..mesti jadi punyalah..xcaya tanya Mama Tisya, heheh..
Sari
Sabtu lepas cadangnya mcm2 tmpt nak gi..bukan ke mana pun, makan kenduri jer..so thari tu kitaorg gi la ke Dewan Banquet, SUK Perak untuk meraikan majlis perkahwinan anak kepada salah seorang staff opis saya..mmg grand le jugak..siap dpt labu sayung as a souvenier..chantekkk..

Pastu cadangnya nak tgok Gadis Ular kat Muzium Negeri..kat sebelah bangunan SUK tu jer..pegi2 parking plak penuh, kena pusing bangunan utk parking..sementara nk parking tu tetiba Amni batuk2 pastu trus muntah..Huwaaa..abis baju n seluarnya..tersedak mkn cekelat org kawin..jadinya tinggal pampers je la budak tu..nak ke mana lagi klau dah cenggitu..balik umah ler jawabnya..padahal igt lps tgok gadis ular tu nak gi umah sorang lagi staf opis buat kenduri, suaminya nak ke Mekah..yg lelain dah merungur-rungut xdpt tgok aksi gadis dgn ular tu..sian kome..abis tu nak buat camana, dah xder bwk baju spare (padan mukaku,haha)..

Petang plak cadangnya nak ke kenduri doa selamat..alih2 tgok Amni yg muntah tadi dah jadi demam...alololo, siannya si kecik mak..xjadi lagi...apa nak buat, ingat dapur x berasap hari tu, xder la ke pasar bli ikan ke apa..last2 makan mlm layan roti celup telur je kami anak-beranak..hahah..berangan nk mkn free konon..

So pengajarannya malang mmg x berbau..selalunya mmg ader bwk baju spare, pampers spare n pape yg spare la..masalahnya bila bwk segala mak nenek tu xder la jadi pape..xguna pun..bila xbwk atau terforgot bwk mcm2 hal plak jadi..huhu

Ha, siapa nak dtg tgok gadis ular beraksi ble la datang ke Muzium Negeri kat Ipoh ni..bayaran masuk RM4 dewasa, bwh 12 tahun RM2, bwh 5 tahun free..waktu dari 10 pagi smpai 10 mlm..apalagi, moh singgah...
Sari
Saya pernah baca artikel pasal kopi dan cawan ni kat internet..x ingat bila..alangkah bagusnya klau saya dpt copy paste kan artikel tu supaya lebih tepat dan lengkap..anyway menda ni came accross again bila nmpk video yg disharekan di facebook..timakasih pada yg kongsikan kembali citer ni..

Diringkaskan seorg profesor suruh pelajar2nya minum kopi..student2 tu pun pegi la amik cawan utk minum kopi tu, ader yg amik cawan plastik, cawan kaca, cawan kristal dan mcm2 jenis cawan lagi la..akhirnya semua minum kopi yg sama dengan cawan yg berbeza..so apa moral dari kisah ni?

Moralnya kita ni selalu berlumba-lumba dan sibuk dengan sesuatu yg bersifat kosmetik dan luaran. Sering kita fikir itulah kebahagiaan sedangkan semua itu adalah kepuasan fatamorgana yg sementara. Pernahkah kita fikir kopi itu tetap pahit walapun kita minum dengan cawan emas sekalipun. Kita sebenarnya cuma membayangkan yg konon2 klau minum dgn cawan yg cantik dan mahal mungkin kopi tu akan jadi lebih sedap dan ada kelas.

Itulah pandangan kita tentang kehidupan. Terlalu memikirkan apa kuantiti yg perlu dipenuhi hingga terlepas pandang kepada kualiti hidup sedia ada dan selepasnya..selalu fikir apa orang kata..nak selalu orang fikir apa yang kita ada..rasa bangga bila kita ada apa yang orang lain takda..tapi dalam hati kita macam mana?

Moga ada sedikit perubahan dalam cara kita berfikir dan menilai hidup ini...insyaAllah
Sari


Gila2 join contest dah mari..jgn maree arr..hadiah superb..sure bergaya..Klik KAMI..closing date 30/10/2010
Labels: 2 comments | | edit post
Sari


GA lagi..tertarik dgn hadiahnya yg sungguh chumell..klau dpt mmg beshh sesgt la so klau minat nak join terjah jer REDGURL..last date 11 November 2010
Labels: 0 comments | | edit post
Sari


Macam biasa last minit lagi..nak join terjah SINI sebelum pukul 12,25/10/2010..
Labels: 0 comments | | edit post
Sari

utk detail apa yg ofer klik http://www.uo.com.my/

Wahai org2 Ipoh, tu ha UO Superstore ader buat member's day card..stat esok sampai Ahad (22-24/10/10)..pada yg biasa ke sini ader gak yg panggil tempat ni GM atau Greentown Mall..xkisah le kome panggil apa..klau rasa nak berbelanja boleh le serbu UO/GM ni..tempat ni antara shopping complex yg popular gak kat Ipoh ni sbb kat sini mcm2 ader..yg xder panggung wayang jer..nak main boling pun ble tapi serius lanenya xbest klau nak dibandingkan dgn Parkson/Ipoh Parade..sini klau time shopping raya mmg penuh n jammed sbb kat sini la tmpt yg paling byk jual pakaian especially pakaian Melayu..lagipun penjual2 kat outletnya pun majoriti Melayu..food courtnya pun byk kedai Melayu..

Tapi sebeno-benonya saya pun xbrape selalu dtg sini sbb tmpt feveret saya JUSCO (opss)..bukan aper, UO ni pada saya kurang menjaga keselesaan pengunjung..parking dah la kena bayar..xder diskaun pun untuk pemegang kad..booth nk bayarnya pun ada la 2 ketui..punya la seksa nak beratur pjg..pastu tempat parkingnya pun alahai..dah la x berturap, lubang sana sini, ader batu, ader lopak..mmg xberkenan sungguh..klau ader pape funtion, kat tmpt parking tu la diaorg nak letak khemah..lagi la xder parking..huhu

Apapun pada yg nak memborong kat situ esok..moh le gi ramai2..psttt..esok org gomen gaji tau..apalagi....
Labels: 4 comments | | edit post
Sari


Hahaha..xabis2 last minit punya join, sbb tu jarang2 sgt nak menang..xper la,klau ader rejeki ader la..okeh2..nak cepat ni, xble bebel lelama..straight to the point..kalau minat klik je Asha's Family n Contest For Anas tau..

Ok, calon-calonnya



Nama : Amni Zafirah
Umur : 2 tahun 7 bulan
Tarikh Lahir : 16 Mac 2008
Kategori : 1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)




Nama : Afza Umairah
Umur : 5 tahun 8 bulan
Tarikh Lahir : 22 Februari 2005
Kategori : 2B - Little Muslimah (3 tahun - 6 tahun)


HARAPAN untuk kedua-dua gadis cilik ni adalah semoga kalian menjadi muslimah sejati dan dapat memberi manafaat kepada kedua ibubapa (mak dan abah), agama, bangsa dan negara, aminnn..

Saya tag kat semua yg singgah dan baca n3 ni..selamat segera menjoin sbb tarikh tutupnya hari ni 20/10/2010 jam 2 petang...cepat komeee...!!!
Labels: 2 comments | | edit post
Sari
Sebenonya email ni saya dpt semlm tapi terlupa nak publish..harap2 sempat lagi nak war2kan kat korang semua yer..emailnya dari Air Asia..Simply Spectacular Deals..yg best tu rege bermula dari RM9 !!! kemana? kebanyakannya ke local destinations dan terbang dari KL..destinasinya Alor Setar, Sibu, Miri, Sandakan, Labuan, Penang, Kota Bharu, Tawau, Penang, Johor Bharu, Kuching, Langkawi dan Kuala Terengganu..

Kalau nak ke luar negara pun ader offer jugak..klik je http://www.airasia.com

Ha..ader yg tertarik? cepat2 booking sekarang sbb tarikh booking dari 19 - 31 Oct 2010..tarikh perjalanan 3 Jan - 31 Mar 2011

Kalau ikut hati nak jugak boking tapi apakan daya kad kredit pun xder...heheh
Labels: 0 comments | | edit post
Sari
Saper baca paper KOSMO hari ni? yang dah baca ok, yg belum saje nak share..tajuknya Ganti rugi kerana gagal kurus..berita penuh sila baca ni..


KOMPLEKS beli-belah Mahkota Parade, Melaka ini menempatkan salun rawatan kecantikan Marie France Bodyline Sdn. Bhd.

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.

Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.

Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.

"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.

"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.

Beliau berkata, pada 30 Mac, dia membayar baki RM5,800 untuk pakej kedua dan RM4,130 lagi untuk pakej ketiga menjadikan keseluruhan bayaran berjumlah RM15,730.

"Tetapi selepas 2 bulan dan selesai menerima rawatan pakej kedua, saya lihat tiada perubahan pada berat badan dan rupabentuk badan menyebabkan saya menjadi tertekan kerana banyak wang telah dihabiskan,"ujarnya.

Selepas melahirkan rasa tidak puashati terhadap pusat rawatan kecantikan itu, Bing Hong berkata, dia kemudian ditawarkan 6 sesi rawatan secara percuma tetapi dia menolaknya. Beliau sebaliknya membuat tuntutan kepada TTPM.

"Walaupun TTPM telah mengarahkan tuntutan saya diganti dengan 23 kali rawatan percuma, saya masih tidak berpuas hati. Saya akan membuat tuntutan gantirugi RM4,130 bagi pakej ketiga yang telah saya bayar kerana masih belum digunakan,"katanya.

Hmmm..camner nak komen yer..? mungkin xsemua jadi cenggini cuma berhati-hati supaya x terkena sama mcm wanita ni..pada yg mampu mungkin xder masalah nak gi tempat2 cenggitukan..asalkan pemakanan dijaga jugak..pada kita2 (especially saya)yg kurang sesgt mampu tu, diet la secara manual..jaga makan dan exercise..heheh
Labels: 4 comments | | edit post
Sari
Mggu lepas Rabu 12 Oktober, berlaku kematian di sebelah suami..anak saudaranya punya biras(klau xsilap la)..meninggal di IJN, KL..macam2 komplikasi..kencing manis, darah tinggi dan jantung..Jenazah di bawa ke Ipoh dan di kembumikan di tempat tinggalnya..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..
Sabtu 16 Oktober, abang ipar suami pulak kembali ke rahmatullah..barah usus..dalam 2 minggu di hospital, petang Jumaat tu bawak balik umah dan dalam pukul 12.05 malam telahpun menghembuskan nafas terakhir..abang ipar suami seorg muallaf..India memeluk Islam so pada hari kematian semua adik-beradiknya yang berbangsa India dan beragama Hindu datang memberi hormat..mmg setia menunggu dan menyaksikan proses2 pengurusan jenazah..nampak mereka tak kisah dan nak tengok cara2 orang Islam menyempurnakan jenazah..waktu nak memandikan jenazah, diaorg turut serta mencucurkan air ke atas jenazah..di tanah perkuburan pun diaorg tengok dan tunggu sampai selamat sempurna semuanya..alhamdulillah..moga ada dakwah dan tarbiyah di situ..mana tau kot2 ader di antara anggota keluarga yang terbuka hati dan mendapat hidayah dariNya..insyaAllah
Semoga roh2 mereka berdua di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah..Aminnnn
Sari
Macam biasa sebulan sekali (Jumaat) opis saya akan buat bacaaan Yaasin dan tazkirah..Hari ni topiknya boros..tau le arini ader pembentangan Bajet..mcm tau2 je ustaz ni..mmg enjoy tazkirahnya..mcm2 ilmu dikongsikan n rasanya elok gak klau saya kongsi sepatah dua (sikit betui yer) dgn kengkwn blogger..tazkirahnya xla ilmiah dan fokus sgt psl boros sbb benda ni pun subjektif..ye la, klau org tu mampu, xde la istilah boros atau membazir.. ni yg buat2 mampu tu yg masalahnya..senang citer kita sndiri yg tau kita ni mampu ke x..klau nak ikut trend xterikut rasanya..org pkai BMW keje businessman dan ader juta2 takkan kita yg keje gomen nk ikut gak..harus kena kejor dgn SPRM..org yg suaminya kaya raya yg isteri ble goyang kaki, gi shopping, holiday, spa, slimming centre, saloon mana nk di banding dgn suami kita yg mkn gaji jer kan..tu blom kisah hutang utk kawin, hutang utk raya dan yg paling hot skrg ni hutang kad kredit..kita ni (saya sekali ke?)slalu byk mengikut..org jadi kaya kita pun nak jugak tapi nak cepat kaya jer..msuk jualan langsung, melabur sana sini tapi jarang amik kira halal haramnya..jadinya ustaz kata baik kita CHECK balik..apakah hasil yg kita dapat digunakan ke arah yg halal..tu blom kira sumber yg kita dapat tu..Contohnya (ustaz kata) klau kita TOLONG jualkan barang,tuanpunya barang jual dgn rege RM10 tapi kita TOLONG jual dgn rege RM15..tu apa namanya? Riba..klau kita nak jual jugak dgn rege RM15 kita kena beli dulu dari tuanpunya barang tu dgn rege RM10 pastu kita juallah dgn berapa RM pun sbb barang tu dah kita punya...(fhm ke yer? saya pun baru je nak fhm,hehe)..tapi bukannya kita berjualbeli barang xboleh nak untung..mesti la kena ader untung utk buat modal pusingan dan memperkembangkan lagi bisnes..agama kita pun bkn la rigid sgt..asalkan x bercanggah dgn al-Quran dan hadis xder masalah..eh dah terlebih sudah ni..sebenonya ni citer skit jer, kongsi skit mana yg teringat..nk citer detail pun x pndai sgt,takut plak klau tersalah citer jadi tersalah tafsir n mungkin menimbulkan salah faham plak..klau nk citer full version nnti tanya kwn yg ader rakam tazkirah ni kot2 ble tlg sharekan yer..kesimpulannya apapun yg kita buat terutama rezeki yg kita dpt kena la dikenalpasti punca dan arah tujunya..insyaAllah klau berkat, sikit pun dah rasa cukup cumanya kena la bersyukur dgn apa yg ader...wallahualam..
Sari


BW tadi tetiba tergoda plak ngan gambor kat atas tu..menarik gak klau dpt..nak beli sndiri alamat bajet tunggang-langgang ler..so klau nak join, klik kat banner di sidebar blog saya ni..(yg gmbornya sebijik mcm gambor kat atas tu)
Timakasih kat tuanpunya blog walimatulurus yg murah hati nk kasi iPhone tu..tarikh tutup 31 Oktober 2010
Labels: 4 comments | | edit post
Sari
Balik keje semalam rasa xnak kuar kete jer..klau boleh nak bawak 30 km/j..pastu klau ader traffik light pun bior je merah lama2..radio tu pun klau ble toksah le iklan2 ke, pasang lagu lain ker..haha..mcm aper je kan..tapi tu lah..semuanya gara2 si jejaka Lubnan tu..MAHER ZAIN..ptg semlm dia ke udara di radio feveretku SINAR FM..seminggu dua ni mmg xder citer lain..asik2 dia jer..surat kabo, tv, radio smua ader dia..plak2 2dia baru abis buat konsertkan..lagi la byk promo psl dia..klau ingat dulu saya ader buat n3 psl Maher Zain ni dlm bulan Julai, masa tu dah ader pun smua lagu2 dari albun Thank You Allah, siap transfer dlm pendrive utk dgor dlm kete..tu blom kat pc opis n umah..ringtone handphone lagik..hahah..mcm bagus jer padahal lirik lagunya pun xhafal sgt..Apapun mmg kagum dgn bakat yg dia ader dan cara dia berdakwah..dari seorg yg tersasar jauh dapat kembali ke pangkal jalan dan mampu pulak mengajak insan2 seluruh dunia mengingati dan mentaati Allah..peminat di FB nya pun dah mencecah 700 ribu lebih dan yg paling bangga tu lebih separuh dari jumlah tu adalah peminat dari Malaysia..cayalah..teringat antara kata Maher Zain masa dalam konti tu..klau kita berkorban sedikit di jalan Allah, insyaallah Tuhan akan beri kita lebih banyak, yg x pernah kita jangka dan duga..jadi tiada istilah terlambat untuk kita muhasabah dan merubah diri demi menghadapi kehidupan yang hakiki...wallahualam
Sari


Contest yang harus dijoin sbb meriah dgn hadiah2 yg disponsor oleh rmai penaja..itu tandanya tuan empunya blog mmg fofular dan femes de amos lagik..mmg selalu mengikuti blog Baby Ibu ni, ader gak tggl jejak x bertapak n cuba2 nk beramah mesra dan meningkatkan teman maya dengan pengikut tegarnya..blog yang byk info dan aktiviti..xcaya kome singgah ler, xpun terjah jer, xdernya kena marah..heheh
Boleh turut serta dgn klik kat link penganjur BABY IBU dan AZZAMORO..jenguk2 le syarat2 dan hadiah2 yg superb kat situ
Nak kenai2 plak dgn penaja2 yg baik hati tu? Ha..ble klik kat list tu..

* BabyRuffkins
* eoeonline
* Gin & Jacqie
* Izzabakery
* Mahanim
* Myavenue888
* MySuperkids
* SecretBargains
* sofeababywear
* Tote Boutique
* Tupperwareville
* Weego Bottles
* Victoria's Secret Heaven

Nmpak x list penaja yg canggih-manggih tu? lagi la buat saya tergoda dan tergedik-gedik nak masuk contest ni w/pun tau anakku itu xla sefotogenik Mia Sara Nasuha (Drama Epilog Syurga Cinta)..jadinya saya pejam mata jer antor gambor anak saya utk join Kategori B for Girls..
Gambar ni masa jamuan raya opis aritu..xtau la gmbor ni ble diterima ke x sbb ader gmbar pengacara sekali (harap Puan Yana dan sponsor abaikan pengacara tu ekk) tapi acara ni acara spontan, xder dlm aturcara/tentatif program..smua kanak2 kena panggil atas pentas n kena buat aksi2 tertentu tapi si kecik saya tu diam jer n bila pengacara sruh babai dia geleng kepala jer..terkejut kamera kot,haha



Namanya : Amni Zafirah

Umurnya : 2 tahun 7 bulan


Okeh, tarikh tutup 31/10/2010

Gud luck to my little Amni...
Labels: 2 comments | | edit post
Sari
Siapa dgar radio Sinar pagi tadi? On the way gi opis tadi ader dgar yg DJ Khairil baca satu sms..xingat siapa ke nama pengirimnya tapi mmg menarik tertarik da bomb...Pengirim sms tu bagitau yg pada bulan Oktober 2010 ni ader 5 kali hari Jumaat, 5 kali hari Sabtu dan 5 kali hari Ahad...katanya ini hanya akan berlaku setiap 800-850 tahun sekali..sampai opis check2 mmg betoi bulan ni mcm tu..bulan lain ader jugak cuma untuk bulan Oktober tahun ni je jadi cenggini..saper ader kalender tahun depan? ble tlg check untuk Oktober 2011???
Sari
Minggu2 akhir raya ni lagi byk org buat open house raya, weekend baru ni pun penuhkan perut jer smpai xlalu nak makan dah..klau timbang berat ni sure jarum tu terketor-ketor nak capai angka..haha
Opis saya pun nak buat jamuan raya gak mlm ni..kat Seri Malaysia..tapi sebelum tu unit saya dah rancang2 nk buat potluck kecil-kecilan..jadinya semalam jadi la potluck tu..masing2 masak n bwk ke opis..yg xble nak masak tu kami kutip ler duit sikit sorang..hehe..walaupun ni first time unit saya buat potluck ni tapi kerjasama mmg best..mcm2 menu air tangan ader..dari yg berat smpai ler ke desert..superb betoi kome..rmai jugak yg ader bakat masak yg terendam..ingat nak buat kecik2 utk unit je alih2 dah byk sgt mknan kitaorg jemput la satu opis..puas hati dpt bg mkn semua org..siap ble tapau lagi tu..pada yg menyumbang air tangan, masa, tenaga dan wang ringgit, timakasih ler bebyk..moga kita smua murah rezeki..pada yg sudi datang memeriahkan suasana pun thank you very much k..nnti ble kita buat lagi..meh layan menu2 yg shedap2 banget.

lemang..beli 6 batang jer (xde sape nk bakor)



nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, ayam goreng vespa (smua home made ni)


putu mayam n sata (oder), agar2 santan, kek batik, karamel dan sagu gula melaka + jagung (home made jugak)



dalca daging n ayam masak merah (oder gak) n nasi lemak (smpai 2 org masak n bwk nasi lemak ni)



mee goreng, sardin mamak stail (ni staf lelaki yg masak tau)



bubur lambuk, jelatah (ni buat kat opis jer)



bihun goreng n makaroni bakar (home made lagi)



kuih raya n tembikai

/>

Erppp..mmg kenyang tahap gaban...heheh
Sari
Entri ni sticky mood yg akan tertepek sampai 4/10/2010 tau

Jom kita try lucky draw pinggan mangkuk plak nak...ble buat open house raya tahun depan ye x? ha, apalagi, klik SINI



16 Pc Dinner Set
Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional Information
Item Code

1065856
Weight

4,275g
Category

Dinnerware
Pattern

Geometric
Product Descri
ption
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.

Harap2 tuah ayam tu dapat la kat tangan teman yer..aminnn
Labels: 2 comments | | edit post