Saper baca paper KOSMO hari ni? yang dah baca ok, yg belum saje nak share..tajuknya Ganti rugi kerana gagal kurus..berita penuh sila baca ni..
KOMPLEKS beli-belah Mahkota Parade, Melaka ini menempatkan salun rawatan kecantikan Marie France Bodyline Sdn. Bhd.
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.
Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.
Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.
"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.
Beliau berkata, pada 30 Mac, dia membayar baki RM5,800 untuk pakej kedua dan RM4,130 lagi untuk pakej ketiga menjadikan keseluruhan bayaran berjumlah RM15,730.
"Tetapi selepas 2 bulan dan selesai menerima rawatan pakej kedua, saya lihat tiada perubahan pada berat badan dan rupabentuk badan menyebabkan saya menjadi tertekan kerana banyak wang telah dihabiskan,"ujarnya.
Selepas melahirkan rasa tidak puashati terhadap pusat rawatan kecantikan itu, Bing Hong berkata, dia kemudian ditawarkan 6 sesi rawatan secara percuma tetapi dia menolaknya. Beliau sebaliknya membuat tuntutan kepada TTPM.
"Walaupun TTPM telah mengarahkan tuntutan saya diganti dengan 23 kali rawatan percuma, saya masih tidak berpuas hati. Saya akan membuat tuntutan gantirugi RM4,130 bagi pakej ketiga yang telah saya bayar kerana masih belum digunakan,"katanya.
Hmmm..camner nak komen yer..? mungkin xsemua jadi cenggini cuma berhati-hati supaya x terkena sama mcm wanita ni..pada yg mampu mungkin xder masalah nak gi tempat2 cenggitukan..asalkan pemakanan dijaga jugak..pada kita2 (especially saya)yg kurang sesgt mampu tu, diet la secara manual..jaga makan dan exercise..heheh Tweet Follow @sarisaffari

aik... jenama terkenaul pun xleh dpercayai...susah2
tu la atie, hrp2 xkena pd kengkwn kita..
huishh...mahalnya! patutla dia mintak ganti rugi bila taak turun2 berat bdn dia. mmy diet terbaik ialah mkn secara sederhana dan yg penting bersenam.
mmg mahal nur..kwn akak kat opis ni pun dekat 10 ribu buat tapi makan xjaga..mmg xder apa2 hasil la..gemuk ke kurus ke asalkan sihat, cergas dan bertenaga dah cukup, ye x..