Sebelum cuti sekolah aritu, rasanya anak2 kita dah exam pertengahan tahun...anak uols dah dapat result x?anak teman belum lagi dapat resultnya...mungkin dalam minggu ni dapat le kot...
Kat sini teman nak kongsi skit pasal Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...
Ader yang dah tau kot pasal ni..xper-xper...sori le kalo teman ni x uptodate..*sedey*
Ni nak kongsi pada yang mungkin belum tau atau sebab xder lagi anak yang bersekolah rendah...teman pun baru jugak tau sebab baru tahun ni ader anak yang darjah 1...masa anak teman 5-6 tahun teman xhantar anak teman ke pra sekolah tapi tadika biasa so teman pun kiranya ketinggalan
KSSR ni dah mula pada sesi persekolahan untuk Tahun Satu 2011 menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)...Kalo dalam KBSR gred yang digunakan adalah ABC tapi dalam KSSR ianya ditukar dengan sistem 'BAND'... ader 10 subsek yang terlibat dalam sistem ni :
1) Bahasa Malaysia (2) Bahasa Inggeris (3) Bahasa Arab (4) Matermatik (5) Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (6) Pendididkan Jasmani (7) Pendididkan Kesihatan (8) Dunia Sains Dan Teknologi (9) Dunia Muzik (10) Elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pencapaian murid akan dilabel mengikut Standard Prestasi iaitu 'BAND' seperti berikut :-
Pendekatan yang digunakan ini bertujuan memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid selain mengambilkira kepelbagaian kecerdasan murid.
Nampaknya lepas ni cara pembelajaran dah xterikat sangat dengan exam oriented...xder la kita asik2 nak anak2 kita straight A's manjang...tension dema...kita mak bapak lagi la tension..tambah2 bila sedara-mara & kengkawan dok banding-memanding result anak memasing...sakit jiwa weh...
Apapun harapnya hasil dari sistem ni membuahkan hasil yang terbilang...yang baik kita sokong je ;)
*xsabor le plak nak nunggu keputusan anak2...nak nengok dia dapat rubber BAND yang mana...ekeke*
Tweet Follow @sarisaffari
thanks kak sari... harap2 anak2 kita dpt yg band 4 & ke atas lah yer.. ;)