Sari
This is a sticky mode
please scroll down 4 new n3


Penjimatan Berterusan

Tawaran Hebat dan Terhad Untuk Semua Ibu-ibu

Istimewa Untuk Si Manja Anda


Hanya RM28.00 setiap satu untuk semua jenis

Kini hingga 30 November 2009

Mari cepat order sebelum habis..jangan segan2 yer...




Coolababy Pocket with 2 insert (come with cute wet bag)



Warna-warni Coolababy Pocket



Coolababy All In One (AIO)


Babyland Plain Color



Babyland Cartoon Printed
(Only Yellow SpongeBob & Blue Monkey is available)



Semoga anak2 kita lebih sihat, lebih selesa dan lebih bergaya!!!



Sari

Salam semua

Ada contest baru tau, khas utk anak2 dara cilik yg suka bertocang (ker maknya yg suka tocangkan)... minta maap pd yg anak2 teruna yer..hihi

Syarat2 ble jengah kat blog Sitisifir10. Baca syarat betul2 tau..(mcm ada pape jer)
Tuanpunya blog ni mmg rajin n xrugi klau kita terjah blognya sbb pnuh dgn tip2 brguna yg ble kita kongsi bersama..kan sharing tu caring...
Hadiahnya pun walla, apa org kata, berbaloi-baloi gitu. Tak caya? cpl klik2 ke situ

So saya mengalu-alukan kpd ibubapa (ini bukan ceramah yer) yg rasa tocang anak2 dara anda ble membuat Pn Pija dan saya (prasan juri) tergoda, apalagi teruskan usaha gigih anda tu. Jangan lupa ajak (ble paksa x?ish2 kejam tuh) kengkwn, sedara, adik beradik n jiran2 skali ye..

Ingat ye, tarikh tutup 30 nov 2009 jam 12 thari..sempat lagi ni







Sari

Saat berderai jatuh

titisan air mata suci Nabi Ibrahim

dalam keSABARan

Melihatkan keteguhan iman,

keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung

ERTI SEBUAH PENGORBANAN


Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahhilham..

Labels: 0 comments | | edit post
Sari


Selepas beberapa hari terjah sana terjah sini, maka jadik la juga blog dgn template yg baru...konon2 tgok org lain buat template 3 kolum cam best jer so teringin la plak nak try n error...Mmg berpeluh jugak ler, tambah2 buat secara lone ranger , nasib baik ada tuan punya blog2 yg pakar n pemurah ilmu berkongsi tip dan cecara nak memeriahkan blog secara percuma
timakasih bebyk ye..jasamu dikenang..
Jadi jgn terkejut plak tgok menda2 kat dalam ni yg xbrape teratur lagik..hura-hara sini sana
Anyway harap teruskan bagi sokongan padu ekk...
Sari


Dah lama gak x bermuhasabah diri.. betul la bersyukur itu segalanya..asik ingat kita jer susah padahal kita ni jauh lebih senang dr kisah kat bawah ni.. Kisah ni adalah coretan benar seorang guru, dihantar oleh seseorang dan dipanjang2kan untuk renungan dan teladan pada kita yg selalu lupa untuk bersyukur kpd Allah... Mungkin ader yg pernah membaca kisah ini tapi xsalah utk trus membacanyakan..

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,

sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin
Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini...isk,isk.isk


Sari


Untuk panduan para ibu yg mungkin ada masalah @ kesulitan @ kemusykilan @ ada byk tanda soal psl CD ni, boleh la jenguk2 sini ye, mana tau ader yg terjawab... Pada yg nak berkongsi pengalaman dan membantu ibu2 kat luar sana, amatlah digalakkan, kita sama2 kongsi dan bantu ye.. Jom kita tgok soalan2 yg ader...

BERAPA KEPING CD DIPERLUKAN UNTUK SEORANG ANAK/SEHARI ?

Bergantung pada penggunaan pampers sebelum nie ,
kalau anak kita guna 5 keping sehari, elok la beli 5 keping CD gak..tapi pd yg baru nk try 2-3 kpg pun ble, campur2 dulu dgn DD, dah puas hati dgn CD ble la tmbah koleksi yer...


BERAPA INSERT DIPERLUKAN ?

Ini pun kena tgok pada kadar anak kita pee2, kita ble tentukan sendiri, masing2 mesti arif n faham anak masing2 kan .
Apa kata mulakan dgn satu insert je dulu .. klau bocor maknanya anak kita kuat pee.. jadinya tambah la 1 insert lagi.. maksimum insert boleh masuk dlm CD adalah 3 keping ..
Skit tip untuk anak2 yg pee dengan byk.. kita juga boleh gantikan insert kedua dengan kain lampin, caranya? bentangkan lampin dan letakan sekeping insert kat tengah dan lipatkan ikut ukuran insert asal.. insyaAllah xbocor


BIASANYA 1 CD BOLEH BERTAHAN BERAPA JAM ?

Sebenarnya tempoh CD ni tahan berbeza...ikut kuat x kuat anak kita tu pee so xdpt ler nk bg jawapan tepat..ada yg tahan 3-4 jam, ada yg smpai 6 jam..sama la mcm pampers pakai buang , bila kita nmpk dah penuh msti kita salinkan..yg penting pastikan berapa insert perlu di masukkan pada satu2 masa . Biasanya waktu tido mlm tu msuk la 2 insert, ble tahan smpai pagi.


BOLEH JAMIN KE CD TAHAN UNTUK 3 TAHUN ?

Jaminan 100% tu xder la sbb semuanya bergantung pada cara kita guna dan jaga. Kuantiti CD sangat penting untuk pastikan CD tahan lebih lama..jadinya tentukan kuantiti yg sesuai untuk anak kita.
Disyorkan 6-10 pcs untuk setiap anak . Kalau lebih pcs lagi bagus. Jangkamasa 3 tahun diambil sbb saiznya yg fleksibel, boleh dilaras dari saiz S-XL n dari baby newborn smpai 3 tahun, kalau ikut berat pulak dari 0-15kg .


Setakat ni dulu soal-jawab kita yer..xnak bagi ibu2 pening n confuse..biar sikit tapi faham ..klau ada idea2 n sumbangan dari blogger lain jemputlah tinggalkan komen di sini...





Sari


Sebelum Membeli, Baca Dahulu Syarat-Syarat Tempahan/ Pembelian :

1. Anda perlulah menaip perkara di bawah :

* NAMA PENUH :
* ALAMAT:
* NO. TELEFON :
* JENIS BARANGAN:
* BILANGAN BARANGAN
* JUMLAH HARGA BARANG :

seterusnya sila SMS ke :

013-4678494 (Sari)

atau email :

sarisaffari@yahoo.com


2. Saya akan membuat pengesahan barang dahulu sebelum anda memasukkan duit. Sila ambil maklum bahawa harga barangan tidak termasuk kos penghantaran.So, bila nak masuk duit kena sertakan sekali kosnya.

3. Selepas pengesahan, baru saya akan beri no akaun dan nama bank yang perlu anda "bank-in" kan.

4. Sahkan pembayaran anda melalui SMS seperti nombor yang tertera di atas. Sila maklumkan nama anda dan jumlah bayaran yang telah dibuat.

5. Selepas bayaran diterima barang akan dihantar menggunakan Pos Ekspres/Pos Laju ke alamat rumah/pejabat anda.
(Tempoh penghantaran antara 2-7hari).

6. Senarai harga pos

a. via PosLaju (Semenanjung Malaysia)

1-2 Keping = RM6
3-4 Keping = RM8
5-6 Keping = RM10
7-8 Keping = RM12
9-10 Keping =RM15

b. via PosLaju (Sabah & Sarawak)
1-2 Keping = RM6
3-4 Keping = RM10
5-6 Keping = RM12
7-8 Keping = RM14
9-10 Keping =RM16

c. via PosExpress (Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak)
1 Keping = RM4

7. Penghantaran hanya akan dibuat selepas selesai pembayaran

8. Tracking no. akan di beri melalui email @ sms kepada pembeli setelah selesai urusan penghantaran
Sari
Pre Wash
(Basuh Sebelum Guna Kali Pertama)

Sebaik sahaja menerima CD

Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam/air biasa tanpa sabun. Kenapa? Sebabnya ia adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan CD. Cuci dengan tangan jer, sabun pun guna sikit (yg x byk buih, xde enzyme pewangi dan pemutih) Basuh..jemur smpai kering, seeloknya buat 3 kali, setengah org basuh skali trus pkai n CD tu bocor sbb xcukup lagi daya serapannya.
Ingat ye, semakin banyak kita basuh, semakin baik daya serapan CD kita dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika kita baru pertama kali gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan jer guna CD tu, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD tu akan bertambah baik.
(Biasa kita guna kaedah sama bila beli tuala baru kan)


Cara Basuh Selepas Baby Pee2 (Buang Air Kecil) atau Poo2 (Buang Air Besar)



Ni klau baby pee2, bilas dulu cd tu bawah air paip bg hilang sume kesan pee2 anak anda...masa tu blhla kita sental slow2 sbbnya kalau bilas camtu je...kesan pee2 tk hilang sepenuhnya terutama bg cd aio..sbb aio tebal sket compare ngan poket...



Kalau baby poo2, basuh dulu cd yg kena poo2, senang je...pancutkan dgn air paip biar poo2 tu mengalir kt lubang air...kalau byk sgt poopoo tu...blh la buat kt toilet dulu...pancutkan air paip kt cd tu agar poopoo tu jatuh kt dlm lubang toilet/toilet bowl



Pastu boleh la rendam kejap, klau yg kena poo2 tu rendam la lama skit (2-3 jam)
Asingkan yg kena pee dgn yg kena poo



Lepas rendam tu...bagi yang basuh tangan tak payah tambah sabun dah...terus basuh guna kaedah sental² manjalara...nk bg bersih terutama yg terkena poo2...
Mungin ada kesan kuning sket...tp takpe..biarkan aje..kalau byk sgt...blh la guna sabun pencuci pinggan cam sunligt...biasanya kesan kuning tu hilang bila dijemur bwh cahaya matahari...



Kalau basuh guna mesin, masukkan dlm laundry bag/net yer..


Ni la antara rupa washing bag/laundry net yg ble diguna utk masuk dlm mesin basuh



Pastu jemur la guna penyangkut bulat n penyepit camni atau pun ikut la mana yg sesuai dengan citarasa puan2... Kalau mlm ble jemur bwh kipas..Kalau sidai kat panas, make sure Cd berwarna sebelah bawah coz takut lama2 warna pudar.


Kat bawah ni antara sabun yg boleh digunakan






Jangan lupa guna suku jer dari sukatan biasa, yg xder peluntur dan xde pelembut.
Make sure bila basuh pakai tangan, bagi kesan sabun betul2 hilang coz takut baby allergic sabun

Ok, harap senang utk faham n follow...
Apa yang penting??? RAJIN..RAJIN..n RAJIN...Mana boleh malas sbb hari2 pun kita basuh kain jugak kan...







Sari

CD ni adalah free size...



Satu CD ni boleh masuk untuk ketiga-tiga saiz (S, M dan L)

Caranya adalah dengan mengubah butang di bahagian pinggang dan dibahagian tengah CD
Boleh rujuk gambar kat bawah ni utk lebih jelas ye..


cloth diaper saiz L

cloth diaper saiz M


cloth diaper saiz S

Maknanya kita boleh guna CD dari baby baru lahir smpai umur 3 tahun bergantung pada perkembangan dan tumbesaran baby tu...biasanya saiz S, M dan L ni utk baby yg berat dari 3 kg smpai 12@15 kg...

Jadinya pilihan saiz adalah bergantung kpd berat, saiz pinggang n pinggul baby masing2.

Xpayah nak pening2 beli saiz apa, senangkan...





Sari
Salam semua...

Part ni yg mesti ibu2 smua nak tau kan...
berapa la rege CD ni yer...

meh kita belek2

ni harga biasa @ standard tau tapi boleh dirunding lagi
(klau beli byk la ye puan2)




Coolababy poket - RM 31/pc (2 insert)




Coolababy AIO - RM 33/pc



Babyland plain - RM 30/pc (2 insert)




Babyland printed - RM 31/pc (2 insert)




Coolababy insert (3 layer) - RM 10/pc
Sari
Dah tau apa dia CD. meh kita tgok plak jenis2 CD ye..


JENIS BERPOKET


Yang kiri tu sebelah luar, yang kanan tu sebelah dalam atau biasa org panggil insert.

Insert atau pelapik ni terdiri daripada 4 lapisan kain yang berfungsi untuk menyerap cecair sehingga 4 kali basahan. Ia juga bebas dari bahan kimia dan tidak menyebabkan ruam lampin.



So, klau nak guna, masukkan insert tu kat dalam poketnya ye..
Boleh masuk 1 atau 2 insert (2 insert tu klau baby kuat pee ataupun setengah org pakaikan waktu mlm je)



Masukkan kemas2 smpai kat bahagian bawah



Macam ni le rupanya bila dah siap berinsert... dah boleh pkaikan kat baby kita


JENIS ALL IN ONE (AIO)



CD AIO ni beza dengan yg poket sbb insertnya dijahit sekali, so pada ibu2 yg rasa leceh nk msuk @ kuarkan insert boleh la guna jenis ni...

CD AIO ni mudah sbb boleh terus pkaikan ..

Dua2 jenis ni sama jer fungsi..yang beza rajin n malas jer..hihi
Sari
Sebelum kita baca lebih lanjut, mari kita tengok rupa cloth diapers (CD) ni



Apa benda CD tu?

CD atau cloth diaper ialah kain lampin moden yg mempunyai fungsi sama dengan lampin pakai buang cuma ianya boleh dibasuh dan dipakai semula.

CD ni merupakan inovasi terkini bg lampin bayi dilengkapi dengan Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor bagi bahagian luarnya.

Bahagian dalam CD ni pulak dilapisi dgn bahan microfleece yg boleh menyerap basahan dan menyerap cecair jauh dari kulit so jgn risau, InsyaAllah baby xkan terkena ruam lampin. Ia juga kalis kotoran so klau baby poo2 (buang air besar), najis akan mudah tanggal, xyah nak rendam lama2.


Sari

Salam kpd semua yg singgah...
Nmpak x gambar kat atas? mesti la nmpakkan..sbb gmbar tu ader adalah disebabkan byknya soalan2 dan kemusykilan psal CD...Al-maklum saya ader buar promosi CD ni jadi rmai ibu2 yg sms n call tanya psl CD..
Honestly masa buat n3 promosi CD tu saya mmg xbrcadang nk citer detail2 psl CD..Nape? sbb masa blog walking mmg byk jmpa blog yg citer psl CD, contest CD, dpt hadiah CD dan mcm2 lagi la so saya assume rmai blogger dah familiar dgn produk ni..jadinya x terpk psl org yg first time bukak blog n jmpa n3 promosi saya, so klau saya jadi diaorg pun msti ader byk menda nk tau tapi xder info...bila pk balik mmg teruk la saya ni, kesian kat ibu2 yg nk maklumat kat blog saya..saya mntak maap bebanyak yer


Jadinya lps ni saya akan bg skit info yg ringkas psl CD... harap2 kita dpt kongsi sesama..
Terimakasih atas sokongan anda....