Sari
Dah tiba ke penghujung Ramadhan...Syawal akan menjadi pengganti...

Dikesempatan ini, ucapan selamat hari raya aidil fitri dari kami sekeluarga buat semua...salah dan silap harap dimaafkan...serba sederhana amalan mulia dan berhati-hati di jalanraya...

Semoga berjumpa lagi di Ramadhan akan datang....aminnnn


Sari

Minggu akhir keje...tetiba teman kurang kesihatan...adeh-adeh...teringat plak banyak menda yg belum settle untuk raya ni...langsir belum basuh...habuk debu belum vacuum n mop...cermin tingkap belum cuci...pendek kata hal2 kekemasan rumah belum mula lagi...camana nih? mujor aktiviti memanik baju dah nak siap...tinggal skit2 je lagi kat bahagian tangan...anak2 pun dah xsabor nak usik barang2 kuih n kek...sian kat oven tu terperuk xgerak-gerak...ater dah tuan oven yg paneh badan (demam) dulu sebelum oven tu dipanehkan...aper cer...

Nampaknya teman kena cepat2 segor...pehtu kena buat program kerahan tenaga...kalo x, alamatnya list what to do akan bertambah panjang dan beku kat situ...jadi pekasam (*goreng pun sodap*)..nehi nehi...

En. hasben, sila minum ayor seratus campur (100+) banyak2 yer...muscle anda diperlukan...heheh
Sari
Arini tenet asik sangkut2 jer...mujor mood raya ader...hehe...cumanya idea dah menulih tu xbrape nak mencurah...penat semalam mencari bahan2 utk biskut ditambah plak dgn tidor lewat akibat memanikkan diri...huarghh...

Sebabkan xtau nak merepek apa, meh teman kongsi skit citer ni...dari blog teh secawan...teman dapat pun dari facebook, kengkawan share kan...jom kita layan...moga ader iktibar...

Mana Mak?
by Blog Teh Secawan

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sari
Kalo semalam citer pasal lagu raya, arini kita sembang pasal kuih raya plak...jgn terlior suda..heheh

Minggu ni dapat le kome segala tempahan kuih/biskut raya kan...maklum ler, minggu depan ramai yg dah bercuti...balik kampung beraya ye...jadinya sila ler siapkan duit2 yg mencukupi utk melunaskan pengoderan memasing dgn senyuman ikhlas....

Citer psl kuih raya ni teringat la kat kuih dolu2...

kuih bahulu

kuih bakor

kuih putu kacang

Kome penah x buat kuih2 ni? masa teman kecik2 dulu ader ler menolong opah teman buat kuih bahulu n putu kacang...ajernya rasa nak tercabut tangan bila kena pukui telur sampai kembang untuk buat bahulu...masa tu pakai alat yg mcm whisk tapi saiz besor..batangnya dari kayu...huh, mmg rasa nak ngelat jer...tu blom kena jaga api lagi...masa dulu teman guna dapor kayu api..acuan kuih bahulu tu taruk dalam periuk yg dah dilapik dgn pasir...periuk tu plak tutp dgn zink yg kat atasnya ader sabut kelapa...kiranya ader api atas bawah...nak bagi kuih masak sekata...memang berayor mata dibuatnya melayan asap yg berkepui-kepui...tapi bila nengok bahulu tu naik gebu n montel, ilang rasa penat...tu blom makan paneh2 lagi...perghhh, dah xingat rambut yg penuh dgn abu...haha

Bila kena buat putu kacang, yg xlarat tu nak menumbuk kacang ijo...kitaorg guna lesung besor yg dibuat dari besi tu...kelentung kelentang la bunyinya bila tumbuk xkena kacang...kejap duduk kejap berdiri teman menumboknya...lenguh weh...tapi bab yg paling teman gemor bila time nak masukkan kacang n gula kat dalam acu putu tu...tabur dulu gula halus, pehtu letak kacang yg ditumbuk tadi...tekan kuat2...pehtu apalagi..ketuk2 ramadhan ler acuan tu...taraa..jadi le putu kacang tu dgn design bunga ke, daun ke...susun dlm talam, tutup dgn kain jarang, jemur tengah paneh...siap...kalo makan ni, toksah le cakap banyak, berdebu-debu mulut...lepas makan, minum plak kopi O...terasa serdak2 kacang tu dlm ayor kopi...memang betui2 kaw....

Sekrg ni dah senang nak buat kuih raya...kabo je nak buat biskut apa...sehari ble buat 2-3 jenis biskut...nama biskut pun canggih2...ader suci dalam debu, purnama merindu, teratai layu...tu blom nama omputih lagi mcm mama kery, shortbread, almond london bridge, golden oat, friut bolend dan macam2 lagi ler...zaman dah maju, orang pun dah makin kretip...layan je ye...

Kalo maleh nak buat kuih raya xper...kuih tunjuk2 tu nunggu masa je kome pilih dema...yg penting DUIT je kena rajin...
*Anyway, kuih feveret teman, kuih free...ekeke*
Sari
Dah masuk minggu akhir pose..makin kencang lagu2 raya berkumandang kan..radio dah stat pasang lagu2 raya dlm 2 mggu pose tapi teman dah dengor lagu raya dipasang sebelum raya lagi...sungguh weh..xder makna nak kelentong kome...masa tu teman gi Watson kat Tesco Ipoh...mmg terkejut teman..bior betikkk..

Apapun bila dengor lagu raya ni, aura nak beraya tu macam menggebu-gebu je kan...terasa la suasana aidilfitri mulia...tambah2 dengor lagu raya feveret...biasa la lagu2 evergreen jadi pilihan teman...kalo penyanyi baru teman layan M.Nasir n Siti Nurhaliza jer..kalo yg lama mmg byk yg teman gemor...antaranya lagu Othman Hamzah, Malek Ridzuan, Dayang Ku Intan, Azlina Aziz, Aman Shah dan arwah Sudirman...fuhh, feeling lentok weh walaupun agak rancak... so catchy...


Kome plak macam mana? mesti suka lagu Dendang Perantau kan...molek le lagu tu utk yg keje jauh2 dari kampung n yg belajor jauh2 kat obersea...tambah2 yg x dapat balik beraya dgn keluarga...mesti xtertelan ketupat rendang...makan pun sambil menitik ayor mata...huhu..udah2, toksah sedey2...kita kan nak meraikan kemenangan...kena la bersemangat kental gitu...

Agak2nya ader x lagu raya yg boleh lawan dgn lagu raya dulu2?...buat masa ni teman rasa kirim salam je ler...nak kenei nama artis pun dah xkuasa dah..ater byk bebeno retis (artis) baru...ntah dtg dari mana pun xtau...oppsss!!!..mujor teman bukan reporter, kalo x, mesti dah kena pelangkung dgn kasut tinggi atau tepon beri-beri...
haha...

Apa2hal, jom ler kita layan lagu raya..."ayam itik bertempiaran, pastikan menjadi korban.....ha..cer teka lagu saper?




Sari
Arini dari pagi dah usha shopping complex...dtg awal senang skit..parking pun byk...kira betui la kira2 tu..heheh...

Ingatkan teman je yg terjah tempat2 nyoping ni..rupanya byk le ternampak n terserempak dgn org2 yg dikenali...kengkwn opis 2-3 orang..kengkwn satu taman pun 2-3 orang...blum masuk kengkwn en. hasben...kengkwn anak pun ader...uishh, meriah kome bershopping yer...


Teman sempat menyinggah 2-3 kompleks...mmg penuh weh...smuanya shopping raya...tiap2 tempat teman pegi tu ader je jumpa kengkwn opis...tau le bonus dah masuk semalam...sakan ler mengempiskan poketkan..haha..

Apapun sempat lagi nak memborong apa yg patut...teman pun nak menyibuk skali la...esok ble la kita sambung perabih sisa2 yg ader...*statement mcm jutawan jer*

Sari
Hari ni kat opis ader auditor datang...nak tgok progres program 5S...jadinya 2-3 arini 5S je la keje kitaorang...mmg agak runsing dgn label2 ni smua...renyah weh..jenuh la mengemeh dan mendondonkan menda2 yg ader...huhu...


Apapun, harap menda ni cepat settle...sian tgok umah sendiri yg masih xberkemas utk raya ni...asik sibok kemas opis jer...x aci x aci...

Okeh, nak paksa diri jap suka kena audit...haha..
Sari
Setakat 2 minggu poser ni ader ke kome dapat kad raya? Teman ni idak ler dapat lagi..ater idak menghantor kat orang, mana nak dapat ye x?

Rasanya last teman dapat kad, tahun lepas ke 2 tahun lepas...sorang adik yg buat keje sambilan kat opis teman yg bagi...kad dari Kumpulan Karangkraf...penuh dua muka kad tu dgn gambo staf Karangkraf..belek punya belek, teman ternampak le muka sepupu teman..heheh..baru ler teman tau yg sepupu teman tu keje kat situ...

Seronok kan dulu2 dapat kad raya...mmg berlumba dgn kengkwn saper yg paling banyak dpt kad..tambah2 dapat kad yg besor gedabak..siap dgn lagu raya kat dalam...eksen x henggat..rasa nak je kabo, ko ader? haha...

Bila dah beranak-pinak ni ader gak melayan anak2 beli kad...biasanya dema nak bagi kat cikgu...ok la kan, xyah beli setem...beli sepeket dpt 6 keping...jimat weh...pehtu dema bagi kawan2 kelas...siap tulih pecah kaca pecah gelas...dgn harapan dapat la kad balasan...boleh gantung2 kat dinding umah...ingat x kalo dulu2 kita cari ranting kayu utk buat gantung...cantik je berayun-ayun...so sweet...

Skarang ni kad-mengekad dah jadi mcm kenangan silam jer..rasanya kita pun dah xingat alamat umah kengkwn kita...zaman ni smua org nak senang, cepat n jimat...tekan-tekan hantor...done...

Tetiba rasa macam best je kalo dapat buat kad sendiri...letak gambor anak beranak posing vogue + gediks pehtu gi antor tempah...macam orang politik n artis2 buat tu...sure rasa kembang masa nak mengepos tu kan...rasa mcm dasat la konon...ekeke...teman rasa untuk orang yg ader duit berkepuk ble la buat cara cenggitu...untuk orang2 yg ala kadar mcm teman ni, abaikan je roda impian tu...

Pada mengkome yg masih maintain dgn pengeposan kad raya, tahniah teman ucapkan...ader kad lebih, ble le pos sekeping kat teman ni....ble teman tayang kat cni...*unsur menunjuk-nunjuk dah muncul*


Sari
Selalunya time hujung minggu mmg masa kita nak mengemas rumah secara mega...betul x? kalo hari keje tu kita sempat touch up skit2 jer...al-maklum, byk kerja2 kemasan harian lain yg kena dibuat...jadinya hari cuti mmg shesuai la nak buat kerja2 merombak apa yg patut...

Tambah2 x lama lagi dah nak raya...kena stat dari sekarang utk aktiviti mencantikkan rumah...teman pun kengkononnya nak mengemas apa yg patut...tambah2 bilik anak2 yg mcm tempat kerbau berkubang...penin kepala dibuatnya...nak x nak kena buat jugak..kalo x, boleh malu satu malaya...haha..

Dengan gandingan yg ala2 ikhlas tapi jauh, kami anak beranak mengemas la 2 bilik...kemas gitu2 jer..xla smpai deko2 mcm deko idaman TV3 tu...ubah skit2 je..janji kemas n bersih di mata kami...dapat la kitaorg memenuhkan 2 plastik sampah yg besor tu...ntah apa2 la brg yg diaorg simpan...smuanya barang2 perasaan yg diaorg perasan penting...padahal mmg buat sesak n trafik jem je...

Bila dah settle, rasa lapang dada...letih pun letih la..mmg lega betui...cumanya rasa lapang n lega tu xdpt bertahan...smuanya gara2 sorang heroin kecik yg dah bermaharajalela...mmg biasa si kecik ni xble tgok benda kemas...dia akan pikio camana nak "mengemas" cara dia...oh TIDAK!!! sape lagi budak bertuah tu kalo bukan anak teman yg bongsu...AMNI (3 thun plus plus)...

Agaknya bila Amni tgok bilik tu extra kemas, dia punya idea nak mendeko tu membuak-buak...apalagi...kretip xingat la jawabnya...kain2, buku2, bantal2 yg dah elok tersusun tu dia xbagi can...masa untuk kasi gegar...siap dia buat extra job lagi...sesi lukisan abstrak kat dinding n lantai...waaaaaa...!!!!

Patut ke teman buat tahanan reman kat Amni ni? marah sudah, cubit sudah...mmg bikin teman haus betui la dia ni...bukan setakat kat bilik je dia buat onar...dah merebak plak kat hall n dapor...bukan teman xbiasa anak2 buat sepah..anak2 yg lain pun masa kecik lebih kurang cenggitu jugak...cumanya Amni ni ader terover skit...terlebih rajin x bertempat...lagipun dia bukannya budak kecik sgt pun..tahun depan dah ble gi tadika dah...

Nampaknya misi pembersihan n kekemasan x mencapai tahap untuk beraya...jadinya kalo saper nak beraya kat rumah teman dapat le dibagitau lebih awal yer..senang skit teman nak jadi Super Mak!!!





Sari
Kome ingat x entri teman pasal nak tebus van mini milo aritu? ble refresh kat SINI yer..

Rupanya mmg ramai yg komplen pasal program penebusan milo ni...ramai yg xpueh hati smpai ader yg hantor komen kat ruangan komen kat dlm Metro...ingatkan teman je yg mem'bara'...heheh..

Arini pihak Nestle dah kuarkan statement dlm paper...diaorg mintak orang ramai bersabar dengan program ni berikutan banyaknya barangan yg masih tidak diterima oleh pelanggan pd masa yg ditetapkan...dimaklumkan stok diaorg terhad dan telah habis buat sementara waktu...stok yg baru dah pun ditempah cuma ia amik masa skit...sebab tu semua penebusan di pasar raya terpilih tidak lagi berlangsung...buat masa ni smua penebusan adalah melalui pos sahaja...

hermmm, patut le baru je stat nak redeem dah abis...xcukup stok rupanya...cuma rasa mcm x pro je bila Nestle buat cenggini...patutnya diaorg dah ader plan B utk problem2 camni...takut nanti pelanggan dah xcaya dgn program2 lain...

Apapun, pada yg masih nak redeem, ble la antor borang cepat2...utk van tahun 50an, 60an, 70an 80an dan 90an, tarikh penebusan smpai 31 Ogos 2011...utk van 2010 dan 2011, tarikh smpai 30 September 2011...

Ader masa lagi kome nak kumpul ni...xjadik majuk la...haha

Sari
Hamboi-hamboi..sronok bebeno kome semlm yer..sana sini kat blog citer pasal bonus..sape x suka dapat bonus ye x...teman pun sronok bukan kemain..mujor bulan pose, kalo x, dah sepat ronggeng dah...ahaks..

Dah tau ke cecara nak mengabihkan bonus? haha..ajernya xder le rasa nak menyimpan yer..xkisah ler kome nak buat apa dgn duit tu...kalo ikut nak, memacam nak ye x..tapi pejamkan je sebelah mata...belanja pada yg perlu, bukan pada yg dimahu...


Apapun ada lah lega dengan penambahan pada duit dalam akaun time2 nak raya ni..sikit ke banyak ke, janji RM kan...walaupun amaunnya x sama antara gred jawatan *xaci*, kira syukur je la..dulu xnak blaja pandai2..xyah nak menyesal plak yer..

Ader lebih kurang 20 hari lagi kalo nak menyoping..boleh belek2 lagi ni..arghhh..xmo tirgoda arr...harap2 termometer nak perabih tu akan statik n duduk diam2...TITIK
Sari

Saper penggemar Milo mesti tau pasal program penebusan van milo mini kan...teman ni bukan ler peminat tegar Milo sbb teman lebih pada Nescafe tapi anak2 teman smuanya *hantu* Milo..jadinya memang tiap2 bulan stok Milo mmg kena ader..kalo beli mesti yg paling besor..2 kg..tu blom masuk Milo Fuze lagi..

Bila Milo ader buat program penebusan ni, mmg teman pun excited sgt nak join...cara penebusan, kena la beli produk Milo..setiap produk Milo tu ader mata yg berbeza so kena la kumpul mata banyak2...paling sikit pun kena kumpul 20 mata..baru dapat satu van mini yg saiz kecik..kalo nak saiz besor kena kumpul 40 mata untuk satu van...comey2 tau vannya..korang tgok la gambor kat atas tu...van dari tahun 1950an sampai la ke 2011...

Jadinya teman ni udah le kumpul beberapa mata...memula ingat nak tebus by pos jer tapi lmbt bebeno tempoh penghantarannya...8 ke 10 minggu..mana ble sabor..haha..tengok2 ader pusat penebusan serta merta..kalo kat Ipoh ni kat JUSCO, The Store n Tesco Station 18..untuk tempat2 ni tarikh pertama penebusan mula 5-7 Ogos...pehtu ader la tarikh2 seterusnya...

Makanya 5hb aritu teman pun terjah le JUSCO Kinta City..cari punya cari jumpa la tempat nak tebus tu...alahai, kecik comey je kaunternya...dah semangat nak bagi borang dgn bukti pembelian, alih2 adik yg jaga kaunter tu kata semua van dah abis..teman tgok jam..baru pukui 1 thari..cepatnya abih..baru 2 jam setengah JUSCO tu bukak...adik tu suruh dtg esok...hermmm..sedey..

6hb tu pepagi teman dah ngajak en hasben pegi lagi JUSCO..dah makin xsabor nak dptkan van tu...dlm pukui 11 pagi teman terus pegi kat kaunter semalam...ada la 3-4 org tgh berator kat situ...wahh..best ni...bila teman sampai kat kaunter tu trus teman dengor amoi jaga kaunter tu kata.."van sudah abis"...WHAT??? abis lagi??? baru setengah jam bukak dah abis ker? biar betul...teman pun bagitau kat amoi tu yg semalam teman dtg pukui 1 abis, hari ni pukui 11 pagi pun dah abis ker?..amoi tu diam jer, xkata apa...yg berator kat situ pun macam bengang jer..x kan le skit bebeno stok van Milo tu..kalo yg kecik dah abis xkan yg besor pun xder...amoi tu yang dah xtau nak kata apa sruh kitaorg yg berator ni isi alamat..tebus guna pos...cehhh...kalo pakai pos xder le kami2 ni dtg kat situ...dah lama kitaorg pos...arghhh..mmg hangit jugak ler teman bulan2 pose ni...

Sebab 2 hari berturut-turut teman cuba nak tebus xdpt, terus semangat nak tebus tu jatuh gaung...rasa mencik, geram n bla bla bla...kalo nak pos pun mesti xdpt kumpul semua koleksi sbb yg 1950an sampai 1990an dah expired tarikh tebusnya...tu la sbb nak tebus kat kaunter serta merta..tapi bila jadi cenggini...waaaaaa!!!!

Ingat x lagu ni...MILO MILO anda jadi...sihat dan kuat TIPU
*anak2ku, buka pose ni mak xnak buat MILO..majuk!!!*



Sari
Kome udah stat buat biskut raya ker? arini baru 5 hari pose dah tanya pasai biskut raya yer...tapi mesti kome udah tempah awai2 kan..biasa ler tu...kalo xnak tempah pun xper, gi jer kat memana shopping complex, gerenti ader org jual punya...

Teman ni kengkononnya udah le membeli barang2 nak buat biskut...cumanya ntah bila ler rasa rajin nak membakor tu datang...buat awal2 kang jadi menu bukak pose n sahur plak...dalam berangan nak main2 dgn oven tu, teman oder jugak biskut raya...ater, bukan semua biskut teman reti buat...setakat yg kepal2 dan xder hias2 tu boleh le teman gagah buat...setakat anak2 n hasben komen tu, boleh tepis lagi..haha..nak hidang kat tetamu kang bukan setakat kucing teman yg 5 ekor tu malu, tikus2 pun xbrani kuar...*sedey*


Bila la sindrom M ni nak pegi jauh2...bila tengok resepi, punya la semangat..kalo beli barang2 pulak lagi la bertimbun-timbun semangat...macam dah xmenyempat-nyempat nak buat...dah balik umah, dah buat keje lain, dah baring2, lepak2...alamatnya..nanti2 lah..lambat lagi tu...tunggu cuti je la..haishhh..

Okeh2...tarik nafas, lari setempat...pehtu...BELI JE LA..*cehhh*
Sari
Pernah tengok mentega ni?


Teman pun baru first time tengok...
Semalam JAKIM keluarkan kenyataan yg mentega ni ‘Golden Churn Creamy Butter’ adalah haram sbb mengandungi DNA babi...mentega ni antara jenama popular dan paling banyak digunakan oleh pengusaha kek lapis Sarawak kerana ia boleh menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan...!!!

Jadinya sekarang ni pengusaha kek lapis Sarawak yg guna mentega ni dinasihatkan memusnahkan stok kek yang ader selain perlu menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak mereka sebelum membuat kek yang baru...

Nampaknya rugi banyak la tauke2 kek lapis yg guna mentega ni..tambah2 musim raya yg bakal muncul..tapi apa nak buat..hukum tetap hukum..dosa wehh..

Kita plak sebagai pembeli kena hati2 la yer...jom kita buat kek sendiri...*erkk, reti ke nak buat kek lapis ni?..kuih lapis pun failed...huhu*
Labels: 4 comments | | edit post
Sari
Hari ni x tau nak terjah param (pasar ramadhan) mana...setakat 2 hari ni dah 2 tempat teman pegi...mencari kuih-muih yg dioder oleh anak2...nak buat sendiri idak le mampu teman...ater dah berjenis-jenis kuih dema nak...baik beli jer..3 singgit 3 singgit...

Untuk 2 tempat ni, teman rasa xmacam tahun lepas le...xmeriah..orang yg menjual pun nmpk susut...ader 2-3 gerai feveret teman udah x meniaga...xtau ler kot2 dema dah pindah ke param lain...rasa problem jugak nak cari gerai yg berkenan...kuih-muih pun sepesen jer...paling susah kalo nak beli popiah...bila beli penuh dengan tauge jer...xkira le yg basah ke, yg goreng ke...tu belum masuk bab rasa lagi..tension weh...popiah SS Ali yg femes tu, mahal la plak..60 sen seketui..bajet bajet...*ke kedekut?*

Kalo kat Pekan Ipoh ni, param yg femes kat Medan Gopeng..mmg besor kome...ble kata memacam ader...hari2 biasa pun jem kalo nak masuk sini...payah nak cari parking...cuti lagi la sesak...kalo nak pegi kena pegi awal...ble la bernafas skit...

Biasanya tiap2 tahun teman n hasben akan terjah tiap2 param yg ader...cumanya xler sampai satu Ipoh kitaorg ziarah...paling jauh pun kat area Taman Meru...seronok tau tgok param2 ni...cuci mata nengok makanan...sampai kitaorg dah tau kalo nak beli makanan ni pegi kat param ni..contohnya kalo nak beli cucor udang comey2 yg sedap gi kat Rapat Setia, nak beli kuih jongkong gi kat Greentown...camtu ler lebih kurang...

Harapnya teman dapat cari gerai yg xder tu...arini pekena lepat ubi kayu ok gak kan...jom terjah Stadium Indera Mulia...

Sari

Sian bebenor teman nengok anak teman semalam..si Afza (6 tahun).. masa baru balik taska nampak okeh jer..menginjak pukul 6.30 ptg..udah macam nak merengek..teman pujuk le sruh dia mandi bagi segor...ok le nampaknya...

Tengah teman n hasben sibok2 memasak, tup tup dia dah landing kat lantai dapur...siap berbantal lagi...macam nak mintak simpati jer...teman pun terpaksa le gunakan skil memujuk seorang ibu...mujor kuih yg dia mintak teman dapat beli...donat, sosej n lompang...mmg kalo time bulan pose anak2 teman suka makan kuih...diaorg akan berbuka dgn kuih dulu..dah semayang Maghrib baru cari nasi...

Teman ingatkan si Afza je yg berjuang nak tggu masa berbuka...rupanya kakaknya pun sama...yg sorang tu sampai xpegi sekolah agama...udah tergolek ateh katil..punya la jenuh nak kejut suruh mandi...ingatkan udah mandi segor le skit..alih2 ble plak dia sambung tido...ish ish ish...

Masa berbuka tu anak yg lagi sorang bagitau yg tadi kawannya datang umah...dema balik sekolah sama2...masuk je umah, terus terkam lantai...baju sekolah pun xbukak..landing punya landing dema tertido sampai pukul 4 petang!!!...sampai riso mak budak tu anaknya xbalik2 dari sekolah...heheh...

Apapun semalam memang cuaca paneh betui...menggigit kulit dibuatnya...patut le lembik anak2 teman..yg besor, yg kecik...si Afza tu sampai xlalu nak makan nasi...last2 kena la teman suapkan dia..takut masuk angin plak perutnya...makan skit pun jadi ler...tengok2 pukul 10.30 mlm mintak nasi lagi..second round..suap lagi wehh..sempat plak sruh teman masak kari ayam esok...haha..taktik nak makan kari yer..okeh2..hari ni KARI AYAM SIAP!!!

Harap2 hari ni dema ok...jgn sampai tahap bukak pintu peti ais n lepak kat situ sambil pakai spender je..oppsss...ahaks...
Sari
Dah masuk separuh hari pose arini...camana kome? mesti relax n steady je kan..heheh
Hari pertama ni mesti dah teringat nak makan macam2...berderet menu dalam kepala ye..sabor..sabor..

Yang best pose pertama ni kalau dpt berbuka beramai-ramai dgn famili..especially dgn mak n abah..xtau ler nak citer seronoknya camana kan...semuanya jadi best..smuanya jadi sedap...indah sungguh...

Cumanya bagi kita yg dah berkeluarga sendiri dan beranak-pinak ni, xbrape nak kisah sgt kan...ader cuti hujung minggu boleh ler balik berbuka kat kampung...hari2 biasa ni kita dok melayan menu anak2 dan suami je la...

Cakap pasal menu, dah tau ke nak terjah PARAM (Pasar Ramadhan) mana? ke kome balik umah masak? x kisah le masak ke beli ke..ikut selera memasing..jgn pulak yg masak kutuk yg beli..yg beli mengata yg masak..selera kita kan xsama..apapun, mesti arini nak cari/buat makanan feveret kan..hmmm..yummy2x..agak2 ader ke byk ni punya teringin? haha..


Apapun, serba sederhana ler kita yer..aminnnn...