Kome penah tegok citer Halaqah Sentuhan Qalbu?
Teman pun terlupa yg musim kedua dah stat..dah 2 mggu dah statnya..malam tadi kebetulan tertengok masa dok tukor2 siaran tv..
Kalo nak tau musim kedua ni ader beza skit dr musim pertama..sbbnya ader segmen Nota Kehidupan..segmen ni menjemput koresponden untuk bercerita kisah dan pengalaman hidup mereka untuk menjadi pedoman dan iktibar kepada kita..
Malam tadi berkisar pd kisah seorang ibu yg xnak anak...ibu ni dah ader 8 orang anak..jadinya dia ingat nak stop mengandung..macam2 cara dia guna utk cegah kehamilan..dia dah rujuk pada doktor2 yg top n femes kat KL berkenaan kaedah2 family planning...katanya dia bukan nak menolak takdir tapi keadaan persekitaran yg banyak menekan emosinya..
Namun kuasa Allah lebih hebat..dia ditakdirkan hamil lagi..bukan sorang..tapi kembar 4!!!..memang dia terlalu terkejut dan sangat2 kecewa..sampai satu tahap dia mempersoalkan kenapa Tuhan menghukumnya begitu..lain yg diminta lain yg dapat..dirinya seolah hilang pedoman dan pegangan..menangis-nangis bertanya why?why?why?...
Masa teman dengar sendiri pengakuan ibu ni, meremang bulu roma teman..rupanya mmg ader manusia yg mempertikaikan sebegitu rupa takdir Tuhan..ntahlah..mungkin ibu ini amat2 tertekan dan terganggu dgn situasi yg menimpa..kita mungkin x faham sbb kita x berada di tempatnya...
Mujur suami wanita ini cepat2 menyedarkannya..malah bertanya apakah isterinya sudah hilang iman??? dan baru la ibu ini sedar dan insaf..betapa dia begitu kerdil untuk bersoaljawab tentang qada dan qadar...akhirnya dia redha dengan kehadiran 4 cahayamata kembarnya (semua lelaki) yg menjadikan anaknya seramai 12 orang...dan Allah bagi lagi bonus kepadanya dengan tambahan seorang lagi anak selepas itu menjadikan zuriatnya berjumlah 13 orang!
Begitulah kebesaran dan kekuasaan Allah..memberi kepada hambaNya kerana Dia tahu kemampuan manusia menerima ujian dari penciptaNya..mungkin kita xsuka tapi ader kebaikan di dalamnya..mungkin juga kita begitu berharap tapi ia sebenarnya mendatangkan kerosakan kpd kita..
Perjalanan yg dibawa oleh jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual dari ESQ Leadership Training Centre juga begitu terkesan..begitu menginsafkan..tambah2 bila dibawa ke atas pentas 4 khalifah (kembar2 tu) yg menjadi permata hati kepada seorang ibu yg bernama Nur Jannah...*meleleh jugak le ayor mata teman nengok muka anak2 bertuah tu, isk isk*
Apapun tahniah kepada puan Nur Jannah atas perkongsian rasa dan cerita..timakasih juga kepada team Halaqah Sentuhan Qalbu dan TV9 yg begitu serius dalam mengetengahkan program2 ketuhanan untuk tatapan penonton...
Jadinya, jangan lupa tonton, setiap Selasa, 10 malam di Hatiku TV 9..