Sari

Hari ni teman nak buat promosi sikit...bukan promo jual barang ye..dah lama pencen jual online..hehe

Nak kabo kat mengkome semua yang ofis teman nak buat seminar...*teringat plak driver ambulan dalam citer hantu kak limah yang selalu sebut "saya ader seminar ni"...haha*

Nama seminarnya #Seminar Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan One Stop Centre#...waaa, panjang tajuk kan...

Tarikh seminar : 14-15 November 2013 (Khamis-Jumaat)...Masa : 8 pagi - 5 petang...Tempat : Heritage Hotel, Cameron Highlands

Apa ke mendanya One Stop Centre (OSC) tu ye...kalo cakap Melayu jadi le Unit Pusat Setempat..Unit ni ader kat semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) atau senang citer Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran...OSC ni bertanggungjawab memproses permohonan pemajuan yang melibatkan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan...selain secara manual, sistem OSC secara online juga boleh digunapakai...kiranya kalo nak lagi cepat, boleh le guna sistem dalam talian...errr, rasa macam ayat teknikal tak?... :P

By the way, seminar ni open untuk gomen dan swasta....ader yuran penyertaan...gomen RM200, swasta RM300...kalo swasta hantar 5 orang peserta ader diskaun...jadi RM1000 je untuk 5 orang...sorang RM200 sama macam gomen...

So sape yang berminat nak join, boleh le contact nama yang kat dalam pamplet kat atas tu...ehem2, bos teman tu tau...heheh..hai bos, dah mintak izin nak promo kan ;))

Kalo nak bayor dengan cek, bayaran sebelum 24 Oktober 2013 ni...detail ader kat pamplet tu jugak (ajer maleh nak taip ye)...

p/s * seminar akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak....

 



Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung