Sari
Camana raya kome kali ni? mesti macam maleh je nak stat keje balik kan...teman pun raya biasa-biasa je...

Sementara xder citer pasal raya, ni teman nak share pasal tuntutan Cuepacs untuk bajet 2014...minggu depan ye pembentangannya...

Apapun, harap ader cadangan yang akan dipertimbangkan...

Sumber : beritaterkini.my, boleh klik SINI

Antara tuntutan CUEPACS :

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%


  1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik  baru-baru ini.
  2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
  3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini. 
  4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam.
Doa-doa je la kome...tak dapat banyak, sikit pun jadi...ngeee
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung