Sari
Alhamdulillah, hari ni teman dan en. hasben sampai juga ke tahun yang ke 19...rasa macam kejap je masa berjalan walaupun macam2 dugaan dan rintangan yang kami tempuhi sepanjang tempoh perkahwinan ini...

Terimakasih Allah kerana memberi nikmat yang tak terhingga untuk menikmati kepahitan serta kemanisan alam rumahtangga....dikurniakan zuriat sempurna sifat seadanya...diberi kesihatan dan sedikit harta untuk meneruskan amalan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba...hanya syukur yang mampu diucapkan meskipun rasa tak terbalas dengan nikmat yang dikecapi....

Semoga segala kekurangan dan kelebihan yang ada di antara kami dapat menyempurnakan sebuah ikatan kehidupan sehingga ke jannah...insha Allah...








Labels: | edit post
3 Responses
  1. titan Says:

    wahh, 19 tahun? lama tuuu..


  2. Sari Says:

    titan - lama la jugak...anak pun dah besor..heheh


  3. kujie Says:

    tahniah walau terlewat... moga bahagia berpanjangan


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung