Sari
Sumber : Kosmo 4 Disember 2012


Jangan sentap ek orang lelaki bila baca tajuk kat atas tu...bukan teman yang kata tapi fakta ni dapat dari paper Kosmo...

Sebelum tu, meh kongsi sikit info ringkas rakyat yang diisytiharkan bankrap...

Jumlah = 241,740
# Lelaki = 169,218
# Wanita = 72,522

Punca bankrap
# pinjaman kenderaan = 25.21 %
# pinjama persendirian = 13.15 %
# pinjaman perumahan = 12.31 %
# pinjaman perniagaan = 11.26 %
# kad kredit = 4.9 %

Nampaknya ramai yang buat loan kenderaan dari loan rumah...mungkin sebab rege rumah mahal dari kenderaan kot...xkisah la kan...orang kata pandai hutang, pandai2 le bayor...tetttttt

Kalo ikut kata orang AKPK ni (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), punca kaum lelaki liat nak bayor hutang disebabkan sikap yang suka melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baru...senang citer macam gali lubang tutup lubang...teringat plak lagu Salleh Yaakob...hehe..kelas u abang Jem :p...bila buat kaedah lubang2 ni, lagi lama n lagi bertambah la hutang ye x...

Lagi satu golongan Adam ni dikatakan tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam menguruskan kewangan berbanding golongan Hawa...ehem2...kome setuju ke? patut le orang kata isteri tu Menteri Kewangan yang baik yer...*angguk2 kepala jap*

Apapun, kebanyakan dari kita mana ader yang x berhutang kan...teman ni pun berhutang jugak...kalo x, mana nak ader rumah sendiri, kereta semua tu...nak tunggu beli cash, kena dapat duit terpijak atau durian runtuh atau menang money drop sejuta...haha..macam mustahil je untuk teman...

Yang penting, hutang kena bayor...sikit2 pun xper...lama2 abis la kan...insyaAllah....aminnnn








Labels: | edit post
2 Responses
  1. titan Says:

    orang lelaki ni berhutang, untuk siapa? haha..selalunya untuk keluarga, untuk orang perempuan jugakk..


  2. Sari Says:

    Titan-org pompuan keje utk tolong org lelaki bayar hutang jugak..haha


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung