Sari
 

Sumber : KOSMO

Hari ni sampai lagi 3 jenazah mangsa tragedi #MH17...dekat 2 bulan dah nahas berlaku tapi masih tiada yang tahu siapa dalang sebenar...

Disebabkan itu dikhabarkan sebuah firma penyiasatan persendirian di Jerman (WIFKA) akan bagi ganjaran AS$30 juta atau RM96.8 juta (wowwwww banyaknya) pada sesiapa yang dapat beri maklumat dalang sebenar yang menembak jatuh pesawat malang tersebut.

Ganjaran lumayan tu adalah sumbangan beberapa individu jutawan yang identitinya dirahsiakan...jeng jeng jeng...duit tersebut ada disimpan di Zurich, Switzelend...jumlah ini telah mengatasi ganjaran kerajaan Amerika untuk mendapatkan maklumat tentang Osama bin Laden, Ketua Al-Qaeda yang berjumlah AS$25 juta (RM80.7juta)

Antara maklumat yang ingin diketahui ialah siapa yang memberi arahan menembak, pihak yang menutup insiden, apa yang berlaku pada senjata digunakan dan siapa yang terlibat dalam jenayah tersebut....

Dikatakan keupayaan penyumbang adalah tidak diragui sebab telah ada seorang penyiasat persendirian (PI) mendapat bayaran awal 40,000 euro (RM212,180)..

Diharap ganjaran yang ditawarkan ni dapat memberikan maklumat dan petunjuk tepat seterusnya mempercepatkan siasatan terhadap nahas tragis yang melanda negara kita....

Sama-samalah kita berdoa semoga mereka yang bertanggungjawab di atas kehilangan ratusan nyawa ini mendapat hukuman yang setimpal...

#alfatihah #prayformh17


Labels: | edit post
2 Responses
  1. insha allah. harap2 dpt di cari siapa yg bersalah.


  2. Sari Says:

    insyaAllah nur...aminnn


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung