Sari

Sumber : Harian Metro

Ni ader berita baik untuk orang Kedah...

Mana-mana ibu yang melahirkan anak pada 12 Rabiulawal1435 yang bersamaan dengan 14 Januari 2014 ini berpeluang membeli seekor kambing pada harga RM1 sahaja untuk dibuat aqiqah...

Baik punya offer kan...program ni anjuran Ternakan N & A Wawasan (TNAW) Sdn.Bhd. sempena Program Aqiqah Perdana...

Pada ibubapa yang bayi mereka dilahirkan di hospital kerajaan negeri Kedah (hospital swasta tak dapat le) pada hari Selasa ni boleh le datang ke opis TNAW kat No.15, Jln Mutiara Biru 1, Taman Mutiara Kayangan untuk pendaftaran...jangan lupa bawak sijil kelahiran bayi dalam tempoh 10 hari...nak maklumat lanjut boleh tepon 04-4057185

Majlis serahan kambing akan di adakan pada 25 Januari 2014 di ladang milik TNAW kat Batu 8, Kg. Bukit Payung, Karangan...

Ader 3000 ekor kambing disediakan so cepat-cepat daftar noo...bukan senang nak dapat kambing dengan rege singgit tau...kalo ikut rege pasaran regenya RM750 - RM900...

Bertuah sungguh orang Kedah sebab ada pihak yang sanggup bantu pasangan ibubapa yang kurang mampu untuk buat aqiqah..memang besor pahala amal jariah pihak syarikat TNAW ni...moga syarikat lebih maju dan dilimpahi rezeki berlipat kali ganda...aminnn

Harapnya ader jugak pihak kat Perak ni yang boleh mencontohi program sebegini...apa salah kongsi-kongsikan rezeki yang Allah bagi dengan orang lain...tak rugi apa pun..lagi untung ader la...kan kome kan...

Teman sekadar share je info ni...boleh le dipanjang-panjangkan ye...

*sedapnya kambing golek cicah ayor asam*:-D

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung