Sari
Cuti Maulidur Rasul aritu, teman ader godek2  facebook...masa tengah santai la tu....tetiba terjumpa satu link yang citer pasal hari2 terakhir seorang siswi UTEM yang accident....namanya Siti Hajar bt Ahmad Sabir...

Memang sedih sangat bila baca kisahnya...teman menangis okey...rasa sangat tersentuh dan xtau boleh ke teman setabah al-marhumah ataupun ibubapa beliau...rasa kecik bebenor teman ni berbanding iman dan taqwa gadis ini...

Dah ramai yang share kan kisah ni...kat FB, kat blog...yang terbaru kuar muka depan Harian Metro...memang boleh jadi pengajaran dan panduan untuk kita...betapa berat dan hebat dugaan yang ditanggung oleh keluarga al-marhumah...hanya mereka yang tau apa itu erti redha...

Pada yang dah baca rentetan perjalanan akhir al-marhumah, moga kita sama2 dapat menginsafi diri dari secebis pengalaman berharga ini...pada yang belum baca, kat sini teman sertakan link blog rakan kepada al-marhumah iaitu adik NADIA yang sudi berkongsi dan merasai sendiri pengalaman tersebut bersama keluarga   al-marhumah...klik NADIA MUJAHIDAH from me for you

Antara catatannya :

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Anda bacalah dari mula hingga akhir...
Selamat membaca dan menyelami pengalaman ini....tiap kali baca tiap kali itulah airmata ini bergenang*isk isk isk* Allhuakbar

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung