Walaupun ramai rakan blogger dah update psl kejadian ni, teman baru berpeluang utk mencatat sesuatu di sini..bukan aper, perasaan sayu yg meruntun membuatkan hilang semua idea utk menulis kisah mereka..
Setelah 3 hari kejadian berlaku, masih byk kisah2 mereka di dada akhbar..begitu byk huluran dan sumbangan yg dicurahkan..hati siapa yg x tersentuh mengenangkan bakal2 tahfiz yg pergi tanpa pesan..betapa perjuangan mereka terhenti pada 21 mei 2011..
Dikhabarkan oleh salah seorang sukarelawan yg turut serta dlm operasi menyelamat yg mana beliau mencium bau wangi yg semerbak daripada mayat dua beradik tahfiz..apalagi..bercucuranlah airmata pasukan penyelamat tu..
Begitu juga masa majlis tahlil ..kesedihan dan kepiluan masih utuh di mata ahli keluarga dan rakan seperjuangan yg terselamat..masa majlis berlangsung seorang penghuni terus memeluk penjaganya kerana tidak tahan dengan suasana yg meruntun kalbu..di tambah pulak dengan seorang kanak2 berusia 10 tahun memangil-manggil nama rakannya yg telah terkorban...
Sayunya utk dikenang tragedi itu..moga syurga menanti mereka yg suci ini..kita hanya mampu mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para salihin..Aminnnn Tweet Follow @sarisaffari
org yg terpilih jer diuji sehebat ini..insyaallah semoga ganjaran syurga buat mereka
mmg sedih baca berita2 pasal mereka. (HB utk K.Sari)
mama yatie ~ insyaAllah..amin
nur ~ kadang xsanggup nak baca pun..sayu jer..tq klik hb akak..