Sari
Minggu ni nampaknya citer pasal baby je kan...
Memula pasal sorang gadis yg mendakwa ader wanita 70an tinggalkan baby kat depan pintu rumahnya..kononnya wanita tu suruh jaga baby tu..kalau xnak jaga, boleh buang je baby tu...huh, statement kejam kan..
Rupa2nya bukan wanita tua tu punya angkara...yg jadi dalangnya ialah GADIS yang membuat laporan tu...senang citer, baby tu adalah anak kepada si gadis...
Pihak polis dah mereman gadis tu & akhirnya dia mengaku melahirkan baby berkenaan di salah sebuah bilik dirumahnya...selepas bersalin, dia menyerahkan anaknya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari...bila kakak angkatnya pulangkan balik baby tu, si gadis terpaksa berulang-alik menjaga anaknya di rumah kakak angkat tersebut tanpa diketahui oleh keluarganya...difahamkan akibat penat untuk menyembunyikan anaknya, gadis tersebut terpaksa membuat laporan kepada pihak berkuasa tetapi dengan mereka-reka cerita supaya rahsianya x terbongkar...tapi akhirnya terkantoi jugakkan...
Citer seterusnya plak tentang kisah penyebaran video kanak2 didera di sebuah taska...teman ader tengok video ni kat facebook semalam...rasanya ramai dah tengok kan...sian betul budak2 tu dibedung ketat2 dengan kain...dah le kena bedung, ader jugak yg mulutnya dilekat dengan pita pelekat...mujor la xjadi apa2 kat budak2 tu...kesian kat owner taska tu kena kutuk & dikata macam2 oleh pembaca2 FB...
Bila teman baca SINAR pagi tadi baru la teman tau yg semua rakaman tu adalah sabotaj belaka...hasil siasatan JKM, ianya adalah cubaan khianat 2 orang bekas pekerjanya yang x puas hati dengan owner tu yg memberhentikan perkhidmatan mereka...
Alahai, niaya je owner taska tu kena fitnah padahal taska tu dah berdaftar dengan JKM & dah ikut semua peraturan yang ditetapkan...
Macam2 kejadian kan...sabor je lahhhh
Sari
Dalam 2 minggu lepas ader teman terbaca ke facebook pasal susu tepung tiruan ni..tiruan dari segi packagingnya...silap plak teman xsave gambor susu tu...dalam gambor tu ditunjukkan penipuan pada pembalut tin susu tu...
Rupanya tin tu ader 2 lapisan...kalo dikoyakkan lapisan pertama tu baru la nampak lapisan kedua...yg musykil tu lapisan pertama brand lain, lapisan kedua brand lain...yg lapisan pertama atau yg luar sekali tu brand mahal & femes dari lapisan kedua...jadinya harga susu tu adalah mengikut harga brand yg mahal...hishhh, memang teraniaya la jawabnya...
So arini teman baca kat KOSMO pasal susu tiruan lagi..kali ni isi dalam kotak plak yang bermasalah...seorang bapa ni beli 2 kotak susu (macam biasa xtunjuk jenama..hmmm) kat pasaraya besar di Bayan Baru, George Town..
Bila dibukak kotak2 tu, didapati setiap bungkusan dibungkus dengan plastik lutsinar dan bukan dengan plastik aluminium macam biasa...warna susu tu plak adalah putih macam tepung bukan warna krim disamping tiada bau dan rasa...harga susu tu plak adalah harga offer RM16.99 untuk 700 gram...sape boleh teka susu brand apa tu???
Apapun, si bapa dah buat aduan kat pihak pasaraya tersebut dan mereka akan menghubungi syarikat pembekal susu untuk memaklumkan pasal hal ni...sampel susu tu jugak dah dibawa ke Pejabat Kesihatan Timur Laut untuk dibuat ujian di makmal...
Nampaknya kita kena lebih berhati-hati..senang2 je kita kena tipu..itu yg kita tau..yg xtau camana agaknyakan...yang penting jangan takut laporkan pada pihak berkuasa...dan yang paling penting pihak2 berkaitan dapat menyatakan/menunjukkan dengan jelas & nyata produk/brand apa yg terlibat...baru la senang kita nak elak ye x?
Sari
Biasa x dengor orang beli MC? Biasa la kan...masa teman keje swasta dulu memang ader kaki yg tau mana2 klinik yg jual MC ni...masa tu regenya RM5 je...memula tu teman pun xtau ader MC palsu tapi bila kena buat keje2 kat admin, baru la teman tau...ajernya memacam cara orang nak menipu kan...
So bila baca ader sindiket jual MC palsu ni teman xler amik port sangat....cumanya yg buat teman terkejut tu bila MC tu dema beli kat kedai gambor!!!...ye kome, diulang, kedai gambor...bukan kat klinik!
Kedai gambor ni kat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor...MC ni dijual pada warganegara Malaysia yg keje kat JB & Singapura...Tauke kedai ni kantoi lepas orang awam buat aduan tentang kekerapan pelanggan datang ke situ tapi bukan sebab nak ambik gambor atau cuci gambor...
Jadinya polis dah serbu kedai ni pada 17 Feb. lepas...apa yg dijumpai adalah 162 keping sijil MC palsu, 13 unit cop atas nama 13 orang doktor dari hospital kerajaan, 3 buah komputer, 1 laptop, 2 printer, 2 keping disket & lain2 peralatan berkaitan yg digunakan untuk buat MC tu...
Nak amik MC ni pun senang je..masuk kedai & terus bayor..brape? rm 25 satu sijil..agak2 kalo kita gi klinik jumpa doktor dpt x rege camtu?
Cumanya teman xbrape paham camana cop nama Dr kerajaan boleh diguna dgn selamba oleh tauke kedai tu..naya la diaorg kalo nama diaorg dah disalahguna..
Apapun, salah tetap salah..boleh kena tindakan tatatertib tau..silap2 kena buang keje lagi...xberbaloi langsung dgn nilai rm 25...hmmm
publish by blog it for android
Sari
Semalam CUEPACS dah bentangkan kertas cadangan pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA...
Antara yang dibentangkan semestinya pasal kenaikan gaji di mana dicadangkan kenaikan antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54..
Meh tengok perinciannya skit...
#Gred 1 hingga 16 - RM700
#Gred 17 hingga 26 - RM1,000
#Gred 27 hingga 40 - RM1,500
#Gred 41 hingga 48 - RM1,800
#Gred 52 hingga 54 - RM2,500
Kalo yang xfaham, ni ader contohnya ...bagi yang Gred 17, katakan gaji semasa dalam SSMnya RM800, so dicadangkan dinaikkan lagi RM1,000 menjadi RM1,800...macam tu la jugak utk yg gred lain...
Dicadangkan juga bagi mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan gaji tahunan selama mana mereka tidak mendapat sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred....errr, paham ke kome?
Apapun, ni hanya cadangan je tau...kita wait n see la ye.. : D
kredit to KOSMO
Sari
Ader berhajat nak beli kete baru?
Dengornya mulai Januari 2012, peluang nak dapat pinjaman kenderaan makin susah...dari 10 permohonan hanya 3 je yg diluluskan oleh pihak bank...
Apa kata kita usha skit info garispanduan tu...tgok susah ke senang syarat2nya..
# Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012
# Peminjam wajib mengisytihar baki pendapatan (gaji bersih) selepas ditolak potongan cukai berjadual (PCB), caruman KWSP & tunggakan hutang lain seperti pinjaman perumahan, kenderaan & kad kredit
# Semua institusi kewangan perlu meneliti tanggungan hutang peminjam dalam menilai kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman & seterusnya meluluskan permohonan
# Tempoh maksimum bagi permohonan pembiayaan kenderaan mulai 18 November 2011 tidak boleh melebihi sembilan tahun sama ada melalui perbankan konvensional atau perbankan Islam
# Institut kewangan perlu menyediakan maklumat khusus kepada pengguna mengenai jumlah pembayaran balik & jumlah kos faedah serta peningkatan dalam kadar pembiayaan untuk memastikan bahawa pengguna memahami implikasi pinjaman
Dimaklumkan Persatuan Automatif Malaysia (MAA) & Perodua mengalami penyusutan jualan kenderaan sebanyak 5 %....
Agak2 perlu x disemak semula garispanduan ni???
Sumber :Kosmo & Bank Negara Malaysia
Sari
Kome tgok x berita malam tadi...ishh, macam2 la sekarang ni...
Teman xpernah la lagi jumpa buku ni...tapi kabornya dah terjual 2 juta naskhah seluruh dunia...xtau la macam mana buku cenggini boleh terlepas pandang & dijual dikedai2 buku terkemuka & diletakkan di ruangan kanak2...
Tajuk buku...Where Did I Come From..
Buku ni setebal 44 mukasurat berharga RM39.80
Dari luar memang nampak biasa jer tapi kebanyakan mukasuratnya memaparkan gambar2 yg x sepatutnya ditengok oleh kanak2...memang SXXX
Contoh gambor yg ader dlm buku tu...
Selain tu ader jugak ditunjukkan gambor pasangan berbogel dalam tab mandi & pasangan berbogel sambil berpegangan tangan...dikatakan juga ader dijelaskan tentang hubungan seks & cara2 melakukannya secara terperinci berserta pelbagai illustrasi....*ader ditunjukkan di sesetengah blog cuma teman xsanggup nak sharekan gambornya* GRRRRRRR...pppffftttt...
Ishhh, geram betoi teman....tau la yg buat buku tu mat saleh tapi nape la boleh senang2 terlepas dijual secara bebas tanpa kawalan...harap2 KDN akan beri perhatian SERIUS pada perkara ni...
Nampaknya kita kena hati2 la beli buku untuk anak2...pastu jangan takut buat report/aduan kalo terjumpa buku ni kat kedai buku yg kita pegi...
Jom sama2 kita cegah & musnah sebelum sampai ke tangan anak2 kita...
Sari
Tu dia kome...Pizza Hut ader buat offer...namanya Pizza Hut Viva Coupons...3 regular viva pizza + 6 soup...
Kalo minat, boleh le bawak kupon ni ke Pizza Hut..macam biasa, print je..hitam putih pun diterima...boleh makan situ atau bawak balik...cumanya kupon ni valid 3 hari je...stat hari ni 20/02/2012 sampai 22/02/2012...
So apalagi...jom pakat kongsi2