Sari
Dah tiba ke penghujung Ramadhan...Syawal akan menjadi pengganti...

Dikesempatan ini, ucapan selamat hari raya aidil fitri dari kami sekeluarga buat semua...salah dan silap harap dimaafkan...serba sederhana amalan mulia dan berhati-hati di jalanraya...

Semoga berjumpa lagi di Ramadhan akan datang....aminnnn


Sari

Minggu akhir keje...tetiba teman kurang kesihatan...adeh-adeh...teringat plak banyak menda yg belum settle untuk raya ni...langsir belum basuh...habuk debu belum vacuum n mop...cermin tingkap belum cuci...pendek kata hal2 kekemasan rumah belum mula lagi...camana nih? mujor aktiviti memanik baju dah nak siap...tinggal skit2 je lagi kat bahagian tangan...anak2 pun dah xsabor nak usik barang2 kuih n kek...sian kat oven tu terperuk xgerak-gerak...ater dah tuan oven yg paneh badan (demam) dulu sebelum oven tu dipanehkan...aper cer...

Nampaknya teman kena cepat2 segor...pehtu kena buat program kerahan tenaga...kalo x, alamatnya list what to do akan bertambah panjang dan beku kat situ...jadi pekasam (*goreng pun sodap*)..nehi nehi...

En. hasben, sila minum ayor seratus campur (100+) banyak2 yer...muscle anda diperlukan...heheh
Sari
Arini tenet asik sangkut2 jer...mujor mood raya ader...hehe...cumanya idea dah menulih tu xbrape nak mencurah...penat semalam mencari bahan2 utk biskut ditambah plak dgn tidor lewat akibat memanikkan diri...huarghh...

Sebabkan xtau nak merepek apa, meh teman kongsi skit citer ni...dari blog teh secawan...teman dapat pun dari facebook, kengkawan share kan...jom kita layan...moga ader iktibar...

Mana Mak?
by Blog Teh Secawan

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sari
Kalo semalam citer pasal lagu raya, arini kita sembang pasal kuih raya plak...jgn terlior suda..heheh

Minggu ni dapat le kome segala tempahan kuih/biskut raya kan...maklum ler, minggu depan ramai yg dah bercuti...balik kampung beraya ye...jadinya sila ler siapkan duit2 yg mencukupi utk melunaskan pengoderan memasing dgn senyuman ikhlas....

Citer psl kuih raya ni teringat la kat kuih dolu2...

kuih bahulu

kuih bakor

kuih putu kacang

Kome penah x buat kuih2 ni? masa teman kecik2 dulu ader ler menolong opah teman buat kuih bahulu n putu kacang...ajernya rasa nak tercabut tangan bila kena pukui telur sampai kembang untuk buat bahulu...masa tu pakai alat yg mcm whisk tapi saiz besor..batangnya dari kayu...huh, mmg rasa nak ngelat jer...tu blom kena jaga api lagi...masa dulu teman guna dapor kayu api..acuan kuih bahulu tu taruk dalam periuk yg dah dilapik dgn pasir...periuk tu plak tutp dgn zink yg kat atasnya ader sabut kelapa...kiranya ader api atas bawah...nak bagi kuih masak sekata...memang berayor mata dibuatnya melayan asap yg berkepui-kepui...tapi bila nengok bahulu tu naik gebu n montel, ilang rasa penat...tu blom makan paneh2 lagi...perghhh, dah xingat rambut yg penuh dgn abu...haha

Bila kena buat putu kacang, yg xlarat tu nak menumbuk kacang ijo...kitaorg guna lesung besor yg dibuat dari besi tu...kelentung kelentang la bunyinya bila tumbuk xkena kacang...kejap duduk kejap berdiri teman menumboknya...lenguh weh...tapi bab yg paling teman gemor bila time nak masukkan kacang n gula kat dalam acu putu tu...tabur dulu gula halus, pehtu letak kacang yg ditumbuk tadi...tekan kuat2...pehtu apalagi..ketuk2 ramadhan ler acuan tu...taraa..jadi le putu kacang tu dgn design bunga ke, daun ke...susun dlm talam, tutup dgn kain jarang, jemur tengah paneh...siap...kalo makan ni, toksah le cakap banyak, berdebu-debu mulut...lepas makan, minum plak kopi O...terasa serdak2 kacang tu dlm ayor kopi...memang betui2 kaw....

Sekrg ni dah senang nak buat kuih raya...kabo je nak buat biskut apa...sehari ble buat 2-3 jenis biskut...nama biskut pun canggih2...ader suci dalam debu, purnama merindu, teratai layu...tu blom nama omputih lagi mcm mama kery, shortbread, almond london bridge, golden oat, friut bolend dan macam2 lagi ler...zaman dah maju, orang pun dah makin kretip...layan je ye...

Kalo maleh nak buat kuih raya xper...kuih tunjuk2 tu nunggu masa je kome pilih dema...yg penting DUIT je kena rajin...
*Anyway, kuih feveret teman, kuih free...ekeke*
Sari
Dah masuk minggu akhir pose..makin kencang lagu2 raya berkumandang kan..radio dah stat pasang lagu2 raya dlm 2 mggu pose tapi teman dah dengor lagu raya dipasang sebelum raya lagi...sungguh weh..xder makna nak kelentong kome...masa tu teman gi Watson kat Tesco Ipoh...mmg terkejut teman..bior betikkk..

Apapun bila dengor lagu raya ni, aura nak beraya tu macam menggebu-gebu je kan...terasa la suasana aidilfitri mulia...tambah2 dengor lagu raya feveret...biasa la lagu2 evergreen jadi pilihan teman...kalo penyanyi baru teman layan M.Nasir n Siti Nurhaliza jer..kalo yg lama mmg byk yg teman gemor...antaranya lagu Othman Hamzah, Malek Ridzuan, Dayang Ku Intan, Azlina Aziz, Aman Shah dan arwah Sudirman...fuhh, feeling lentok weh walaupun agak rancak... so catchy...


Kome plak macam mana? mesti suka lagu Dendang Perantau kan...molek le lagu tu utk yg keje jauh2 dari kampung n yg belajor jauh2 kat obersea...tambah2 yg x dapat balik beraya dgn keluarga...mesti xtertelan ketupat rendang...makan pun sambil menitik ayor mata...huhu..udah2, toksah sedey2...kita kan nak meraikan kemenangan...kena la bersemangat kental gitu...

Agak2nya ader x lagu raya yg boleh lawan dgn lagu raya dulu2?...buat masa ni teman rasa kirim salam je ler...nak kenei nama artis pun dah xkuasa dah..ater byk bebeno retis (artis) baru...ntah dtg dari mana pun xtau...oppsss!!!..mujor teman bukan reporter, kalo x, mesti dah kena pelangkung dgn kasut tinggi atau tepon beri-beri...
haha...

Apa2hal, jom ler kita layan lagu raya..."ayam itik bertempiaran, pastikan menjadi korban.....ha..cer teka lagu saper?




Sari
Arini dari pagi dah usha shopping complex...dtg awal senang skit..parking pun byk...kira betui la kira2 tu..heheh...

Ingatkan teman je yg terjah tempat2 nyoping ni..rupanya byk le ternampak n terserempak dgn org2 yg dikenali...kengkwn opis 2-3 orang..kengkwn satu taman pun 2-3 orang...blum masuk kengkwn en. hasben...kengkwn anak pun ader...uishh, meriah kome bershopping yer...


Teman sempat menyinggah 2-3 kompleks...mmg penuh weh...smuanya shopping raya...tiap2 tempat teman pegi tu ader je jumpa kengkwn opis...tau le bonus dah masuk semalam...sakan ler mengempiskan poketkan..haha..

Apapun sempat lagi nak memborong apa yg patut...teman pun nak menyibuk skali la...esok ble la kita sambung perabih sisa2 yg ader...*statement mcm jutawan jer*

Sari
Hari ni kat opis ader auditor datang...nak tgok progres program 5S...jadinya 2-3 arini 5S je la keje kitaorang...mmg agak runsing dgn label2 ni smua...renyah weh..jenuh la mengemeh dan mendondonkan menda2 yg ader...huhu...


Apapun, harap menda ni cepat settle...sian tgok umah sendiri yg masih xberkemas utk raya ni...asik sibok kemas opis jer...x aci x aci...

Okeh, nak paksa diri jap suka kena audit...haha..