Sari
Hari ni orang2 kat Perak cuti sempena hari keputeraan DYMM Sultan Perak...memang seronok bermalas-malasan...tengok le teman ni, dah ke petang baru nak menghapdet blog...sangat malas okeh...
Ada gak macam teringin nak bermandi-mandian di taman tema...maklum le..kan ader diskaun 50% kat Lost World Of Tambun...kenapa ader diskaun? meh klik
SINI
Tapi mengenangkan cuaca yang xmenentu & semestinya orang berduyun
g-duyun
g kat situ, makanya adalah sesuai untuk mandi-manda di bilik ayor sendiri ajer...heheh
Ader berita memaklumkan yang majlis penganugerahan pingat ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sebagai penghormatan kepada kembalinya ke rahmatullah anakanda Sultan Perak pada 30 Mac 2012 yang lalu...boleh tengok
SINI (entri teman yg paling banyak viewers) untuk berita kemangkatan anakanda baginda...
Walaupun rasa macam xpueh je cuti sehari tapi jadi la daripada xder kan...tambah2 minggu ni teman memang super bizi dengan kerja2 urusetia...agak tension memikiokan suasana sebelum, semasa & selepas meeting...rasa mcm nak meluahkan tapi asik2 tertelan ayor lior je...moga Tuhan memberi kesabaran...aminnn
Apapun, selamat berehat sekejap pada orang2 yang bekerja kat Perak...xsmestinya Perakian kan...asal keje kat Perak je dapat le kome cuti hari ni...esok jangan lupa hari Jumaat ye, bukan Isnin...daaaaa :)
Sari
Tengok gambar ni terus je kesian...tapi bila ingatkan kekuasaan Allah yang x terbatas, rasa sangat2 bersyukur dikurniakan jasad yang sempurna....
Nama baby ni Umar Farooq, berumur 7 hari dan dilahirkan di Pakistan...Umar mempunyai genetik luar biasa di mana beliau mempunyai enam kaki (2 pasang kaki tambahan) yang merupakan kembar parasitnya yang tidak sempat membesar dengan lengkap...
Kes ini merupakan kes
satu dalam sejuta so kalo nak buat pembedahan, bantuan pakar dari luar yang berpengalaman amat diperlukan....
Moga adik Umar Farooq dapat dipisahkan dengan kembar parasitnya & menjalani hidup yang normal macam anak2 kita...InsyaAllah...
Sari
Ader teringin nak mamam pizza minggu ni? Elok sangat le tu sbb Pizza Hut ader buat promosi untuk 3 hari...ye 3 hari je..
16, 17 & 18 April 2012...
Nama pizzanya Triple Chicken Sensation Pan Pizza...kena print kupon (hitam putih diterima) pastu gi je kat memana pizza hut untuk redeem...dengan rege RM55 boleh dapat 3 pizza tu...jimat RM15.50
Kat mana nak kupon tu? ha, klik sini je
http://bit.ly/IZhUHL
Satu kupon untuk sorang (boleh kongsi makan ramai2)....yummy!!!
Sari
Nampaknya berlumba-lumba offer dari pengusaha makanan segera yer...biasa la..saingan dlm bisnes..
Kali ni offer KFC Dinner Treat...so kalo rasa nak makan KFC as a dinner, boleh ler try promosi ni...belian pertama Snack Plate ni dengan rege biasa, belian kedua baru separuh rege...jangan silap tau...baca betui2...
Tawaran sampai 9 May 2012...pukul 6 ptg hingga 9 mlm...
Sooogood...
Sari
Wahai orang2 Perak sekalian, ni ader pengumuman baik punya....
Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 84 pada 19 April 2012 (Khamis) ni makanya, taman tema Lost World Of Tambun ader buat offer...diskaun 50% untuk tiket masuk....promosi mula dari 16 April hingga 20 April 2012....apa lagi orang Perak semua...jom main ayor sampai lebam...lalalalala
Sari
Dah tengahari baru nak letak gambor sarapan yer...dok nengok iklan dalam tv & paper je..peginya idak lagi...hihi
Boleh ler singgah mana2 Mc D kalo nak ubah selera omputih...cuma rege RM2.50 ni untuk beger je, xmasuk ayor kopi/teh...kalo campur ayor jadi lebih kurang RM4.50....
Tempoh sah sampai 22 April atau sehingga stok abis...jommmm
Sari
Bukak je FB & Twitter kejap tadi penuh dgn berita gempa bumi...terkejut jugak bila gegaran gempa tu terasa sampai ke Ipoh...
Cari2 jugak maklumat & jumpa ni...
Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia
Difahamkan kesan gegaran boleh jugak dirasai di negara2 seperti Thailand, Myanmar, Sri Lanka, India, Australia, Bangladesh, Pakistan, Singapura dan beberapa negara lagi...
#Di Malaysia kemungkinan tsunami boleh berlaku di George Town (Penang), Port Dikson (N.Sembilan) dan kawasan2 berhampiran pantai yang lain....
Nampaknya Allah telah memberi amaran & peringatan lagi kepada kita...marilah sama2 kita berdoa moga kita semua dilindungi dari malapetaka yang dahsyat...
Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. (Q.S. ad-Dukhan [44]:12)”