Bukak je FB & Twitter kejap tadi penuh dgn berita gempa bumi...terkejut jugak bila gegaran gempa tu terasa sampai ke Ipoh...
Cari2 jugak maklumat & jumpa ni...
Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia

Difahamkan kesan gegaran boleh jugak dirasai di negara2 seperti Thailand, Myanmar, Sri Lanka, India, Australia, Bangladesh, Pakistan, Singapura dan beberapa negara lagi...
#Di Malaysia kemungkinan tsunami boleh berlaku di George Town (Penang), Port Dikson (N.Sembilan) dan kawasan2 berhampiran pantai yang lain....
Nampaknya Allah telah memberi amaran & peringatan lagi kepada kita...marilah sama2 kita berdoa moga kita semua dilindungi dari malapetaka yang dahsyat...
Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. (Q.S. ad-Dukhan [44]:12)”
Tweet
Follow @sarisaffari
Post a Comment
pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung