Sari
Teman nak kongsikan atau lebih tepat lagi copy paste catatan dari salah seorang sahabat sepengajian arwah Ahmad Ammar mengenai beliau...teman amik bulat-bulat ye...tak ader edit..(sumber FB)
Jom kita susuri secebis perkongsian yang sangat bermakna...seriously i'm touched :(
Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.
Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum
Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian
beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki
brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl
kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu
brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga
kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak
pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x
trsusun.
Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2,
sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg
mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah
SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah
dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2
mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg
'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki,
ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg
sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu.
MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb
sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600
tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n
tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh
kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg
blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup
trsentak dgn jawpan tajam beliau.
Beliau seorg yg sgt pndiam,
tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau
cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua
org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk
brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah
skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn
kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan
trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg
bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan
prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.
Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau
org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan
hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung
tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar
biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt
brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse
kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy
cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau
Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org
umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih
Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga
kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau
dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau
masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d
biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur,
beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat
mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat
krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan
menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang
mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM),
beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2
sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad
student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.
Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama
sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami
dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg
lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan
Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var
Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd
setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk
kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat
skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl
gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd
petugas2 muzium trangkn pd kami.
Ad skali tu time mkan mlm d
rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d
Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi
ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria
(walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb
Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln
belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau
prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni,
x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau
trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid
(krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x
de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu
bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn
sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2)
"knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda
kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu
syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan
apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni".
Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis
baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau
'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami
smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya
beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg
drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg
ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke?
dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org
bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal
kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy
pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".
Bbrp hari sblum beliau pergi
mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di
Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz.
Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri
Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama
Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt
jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg
Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan
EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm
itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.
HasbunAllahu wani'mal
wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di
ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang
dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami
dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki
beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan
kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke
hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya
dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg
baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah
beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima
hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan
peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu
lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun
Allah lebih mnyayangi beliau.
Ketika jenazahnya d solatkn di
Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin
beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu
sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau.
Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau
boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat
Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd
agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula
foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ.
beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video
ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera
dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw
Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas
sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan
x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa
hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan
pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2
lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr
bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan
telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa
sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan.
Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg
lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi
nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET
AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad
Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil
mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg
didik dia smp ke tahap ini."
Last skali sblum beliau pergi,
status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman
"Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn
syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau
tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd
sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun
kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata
akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi
kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa
Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk
mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara
Msia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!.
Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak
wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau.
"Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn
brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
tak sedar air mata mengalir masa membaca hasil tulisan ini...perasaan sebak tiba2 dtg..masya Allah...semoga almarhum diletakkan di kalangan org2 yg beriman...amin...
tidiey- betul tu...baca byk kali pun still sedey jugak...huhu
baru dpt faham sepenuhnya kisah Ahmad Ammar ni. Sblm ni tgk video tu separuh jln je.
nur- moga menjadi inspirasi untuk kita...aminnn :)
fuh, panjang ceritanya yek..
titan- panjang tapi berbaloi bacanya kan..heheh