Sari

Opis teman dapat jemputan untuk join pertandingan ni...namanya pertandingan Innorace -Jejak Warisan Ipoh 2013...

Teman dengan kengkawan pun apalagi...gedik2 la nak join...tambah plak penyertaan terbuka untuk swasta jugak...boleh le en. hasben join...yabedabedu....

Pertandingan dalam bentuk kumpulan...satu kumpulan 4 orang...terhad kepada 150 kumpulan je...program ni sempena ulangtahun ke 25 bandaraya Ipoh yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)...

Yuran penyertaan RM50 untuk setiap kumpulan....hadiah wang tunai + hamper (5 pemenang utama) dan hamper ( tempat ke 6 hingga 25)...ader hadiah cabutan bertuah & hadiah penyertaan terbanyak agensi...setiap peserta yang join dapat T-shirt, goodies bag & sijil....

Ni rasanya ala-ala Explorace kot...kena cari jawapan/jawab soalan...tengok tajuk tu macam berkaitan dengan menda2 warisan kat Ipoh je...kena ronda2 pekan Ipoh nampaknya ni...

Pemenang BUKAN berdasarkan siapa sampai dulu ye...jadinya jangan kelam-kabut nak cepat habis...yang penting jawapan kena tepat....

Teman dengan ahli kumpulan dah hantar borang tadi...kome camana? cepat2 sebab hari ni 7 Jun 2013 tarikh tutupnya...tarikh pertandingan 22 Jun 2013 (Sabtu)...lokasi mula Dataran Stesen Keretapi Ipoh...

Borang boleh amik kat Pejabat Urusetia Pertandingan Innorace, Tingkat 7, Bangunan MBI...maklumat lanjut boleh kol 05-2083253 / 05-2083250 / 05-2083255

Yeahhh, xsabor plak rasanya ni....en. ketua kumpulan, moh kita pegi muzium jap :P


Labels: | edit post
4 Responses

  1. Sari Says:

    alin marlini - tenkiu :D



  2. Sari Says:

    mona- gayat weh nengok group mike :p


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung