Sari

Teman nengok kome berkerut-kerut je dahi bila baca tajuk kat atas tu? bukan ek? xper-xper...kalo xtau pun xper, kalo tau lagi la xper..senyum...

Teman pun sebelum ni xpenah nengok pokok gaharu ni..dengor2 tu ader le...nak jadi citer semalam teman ader buat kerja luar...kena pegi 2-3 tapak @ site...and salah satunya kena tengok tapak yg buat industri agro-pelancongan berasaskan pokok gaharu...

Sebelum tu meh, kenal2 dulu dengan pokok ni...maklumat dari www.majalah.com

Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya


Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli)


Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.

Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.


* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya

*Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.


Dasat kan kayu gaharu ni...tempat yang teman pegi ni kat area Gopeng...memang luas kawasannya...rezeki kitaorang dapat penerangan yang jelas oleh salah sorang staf kat situ...tenkiu uncle sebab sangat2 sporting kongsi ilmu pasal pokok gaharu ni....*lupa plak nak snap gambo uncle tu*

Ni rupa pokok gaharu masa kecik...regenya RM38 sepokok 





Kilang/opis yang beroperasi kat sini..kat belakang yang bukit2 tu la pokok gaharu ni ditanam..saujana mata memandang...





Ni kaunter untuk urusan pertanyaan @ bayaran





Kayu putih tu sample gaharu yg diambil kulit dalamnya...yang dalam cermin tu minyak2 yang dihasilkan & tempat pembakar kayu gaharu tu...ader banyak bekas lain lagi..xteramik gambonya...





Ni uncang teh daripada ekstrak daun & kayu gaharu...regenya RM280 untuk 200 uncang...nak beli?





Selain teh ni ader jugak produk lain macam cookies, pop corn, mi segera, lotion, rempah sup dan macam2 lagi le...semuanya dibuat dari campuran daun, pokok, batang dll pokok gaharu...memang serbaguna kan...tapi yang paling teman berkenan ialah item kat bawah ni....





Eskrim Gaharu..2 hengget jewww..nyaman gilerrrr





Kalo kome datang Ipoh, jemput le datang sini...boleh beli barang & melawat kawasan tanaman gaharu...sorang RM10...naik van & naik bukit bukau yg cantik...


Sayangnya eskrim tu xjual dalam tupperware...kalo x, gerenti teman borong punya...makan ngan roti...yum yum...yum...




Posted via Blogaway
Sari
Ngantuk ke kome arini? merah2 je mata tu...ni gara2 ABPBH le ye...

Semua pun dah tau resultnya kan...dari stat majlis sampai abis, bederet status update psl pemenang2...

Biasa le ader yg pueh hati, ader yg idak...teman xder kisah sesangat...apapun yang paling teman suka ialah kemenangan kategori pelakon tv popular....dah lama sangat teman nak tengok dia ni menang sebab minat dengan lakonannya yang class...


Masih terkesan lagi dengan watak Aidil dia...sebab tu jugak teman layan panggung nengok Nur Kasih The Movie...episod memang xmiss..siap download lagi...hahah...

Ok, xnak citer banyak2, just tahniah semua...especially Aaron...ehem ehem...
Sari
Minat mengarang/menulis? ha, ni ader peraduan baik punya...

Peraduan ni anjuran Resorts World Genting dengan kerjasama KOSMO...ader 6 tema yang boleh dipilih dan statnya hari ni...

Sebelum tengok hadiah2 yang menawan tu, meh terjah info seterusnya....

Tema 6 April - Pengalaman dengan ibu yang telah mengubah hidupku

Tema 9 April - Mengembara bersama ibu

Tema 13 April - Ibuku, wiraku

Tema 16 April - Ibu, kaulah yang terbaik

Tema 20 April - Ibu, saya sayang Ibu

Tema 23 April - Sebab-sebab ibu insan yang terbaik

Syarat2 penyertaan

- Klik Like pada akaun facebook Awana Hotels & Resorts n facebook Kosmo Online

- Karangan tidak melebihi 200 patah perkataan

- Bahasa bebas

- Emelkan karangan ke publicrelation@rwgenting.com

- Peserta perlu menulis nama, no. my kad, alamat kediaman, no. telefon dan kata pengenalan facebook  masing2

Tarikh tutup - 7 Mei 2012

10 peserta terbaik akan dipaparkan di facebook dimana 3 pucuk surat yang mendapat undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang utama...

Hadiahnya

10 pakej percutian termasuk 3 hari 2 malam beserta baucer spa untuk 2 orang (pemenang & ibu masing2) di Awana Porto Malai, Langkawi

Untuk maklumat lanjut, klik www.awana.com.my...www.kosmo.com.my...facebok Awana Hotels & Resorts & Kosmo Online...

Emmmm, mesti kome ader kenangan yang best dengan ibu kome kan...apalagi..curahkanlah dengan sepenuh hati kome demi ibu tersayang...

*Alangkah indahnya jika aku ader kenangan2 itu. :( *

Labels: 12 comments | | edit post
Sari
kredit pic to arenakereta.com

Hamboi2 kome, asik citer pasal kete baru je semenjak dua menjak ni...tau le gaji nak naik dah...

Tu ha Proton dah kuor model terbaru...dulu xder nama lagi...guna kod je..P3-21A...tapi skang dah ader nama sebenornya...Proton PREVE...

Nama PREVE ni diambik dari nama omputih proof (bukti) yang membawa mesej kereta ni adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan...

Kereta ni berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa...disasarkan untuk yang dah berkahwin (dah2) & berumur antara 20 tahun ke lewat 40 tahun (ader can ni) serta untuk mereka yang nak kereta tambahan (erkkk, cancel terus)

Kereta ni berenjin 1.6 liter dan berteknologi RESS (kejuruteraan & sistem keselamatan yang dipercayai) yang direka untuk mencapai standard kualiti seperti Jepun...di datangkan dengan 3 varian dan 6 warna...Harga? meh tgok kat bawah ni...

kredit to billyinfo



Meh kita usha2 skit PREVE ni




Cun x? 







Sari


Memula terbaca kat FB...pehtu terbaca plak kat beberapa blog...

Ramai bebeno yg nanya pasal status halal haram Tutti Frutti ni...teman pun masa Tutti Fruti ni bukak kat Ipoh teringin bebeno nak makannya...eskrem yogurt memang feveret teman weh...tulih ni pun dah byk kali telan ayor lior dah...tapi sampai sekarang ni xdpt lagi le jejak kat Tutti Frutti tu...kengkononnya kalo dapat gaji baru nanti nak le malaram & melahap eskrem yogurt yg sedap tapi mahei (mahal) tu....

Kabornya Tutti Frutti ni belum dapat pengesahan sijil halal JAKIM...yg dapat cuma sijil dari Islamic Services of America (ISA)...ISA ni ader dalam list badan yang diiktiraf oleh JAKIM...tapi dalam laman web Tutti Frutti baik yang Malaysia ataupun yang International punya xder pun diletakkan logo sijil ISA tu...ermmm, konpius sudaaa....

Teman pun xberani nak comfirmkan status terkini yogurt eskrem ni...kalo kome ader masa, pegi la jenjalan kat laman web JAKIM kat http://www.halaljakim.gov.my/index.php

Ni teman tempek soklan pasal Tutti Frutti ni haram ke halal yg teman jumpa kat FB...




So nampak gayanya, terpaksa ler teman tahan dulu napsu nak jenguk2 kedai ni...*sabor sabor*



http://www.halaljakim.gov.my/index.php
Sari

Teman tgok ni kat blog baby ibu..apalagi, terus je share kat sini..nyam nyam nyam...

Katanya boleh print & redeem...rege biasa RM26.40, guna voucher ni jadi RM19.90 je..makan utk 2 orang...

Tarikh redeem sampai 30 June 2012...

Apalagi kome..moh kita menjilat jari...
Labels: 4 comments | | edit post
Sari
Mesti kome dah xsabor nak dapat gaji baru kan..InsyaAllah bulan 4 ni dapat le gaji baru...siap dengan tunggakan lagi...OKB kejap la kita yer...*nak kembang idung jap*

Kalo kome nak tau lebih detail pasal gaji2 ni semua meh klik link kat bawah tu...


Kalo nak kira kenaikan 13% gaji pokok kome plak, tekan link bawah ni...


Hamboi2..udah melekat kalkulator kat jari nampak...seronok2 jugak tapi riso jugak kot2 barang2 naik merepek-repek...xder maknanya gaji naik kalo rege barang pun naik..pi mai pi mai tang tu jugak...haishhh...

Okeh, selamat bermatematik yer...teman nak berangan kipas2 duit jap...*cehhh mimpi ngeri*