Sari
Lamanya tak hapdet..dekat 2 bulan kot. Last citer yang gi Sabah tu (kat SINI) 
Teringat lagi kome syoknya pegi Sabah. Macam nak repeat la.
Doakan ada rezeki lagi nak ke sana ye...aaminnn

Ok, puasa dah settle. Ni dah musim raya pulak. Kejap je dah 23 Syawal. Sebab katanya raya sebulan so citer mesti pasal jamuan raya. Puasa pun kena skip-skip sebab nak join makan-makan ni. Hahaha, mana boleh tolak kan :D

Ni nak share jamuan raya ofis teman. Jumaat lepas 20 Syawal. Tema Klasik. Haaa, digalakkan ikut tema. Memang sporting habis dema ni. Ucapan pun very the klasik gitu. Bonda, kekanda, adinda. Dah macam zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang. Tapi semua enjoy. Makanan sedap superb. Tak sempat nak rasa semua menu. Perut sendat giler walaupun mata dan mulut macam nak makan lagi dan lagi. Hoih napsu stemroll ke apa. 

Layan je la gegambor semua ni. Seronok weh suasana cenggini. Tambah seronok sebab teman dapat cabutan bertuah. Selama ni memang tak pernah bertuah pun. Bertambah senyum lebor le. Rasa macam periksa no 1 dalam kelas. Hahahaha.

Selamat hari raya semua. Mohon maaf zahir batin andai ada salah silap sepanjang bersiaran kat sini. 

Moga kita bersua di Ramadhan akan datang. Aaminnn.


 
Sari
Trip zap zap zap. Booking 3 bulan sebelum berlepas. Teruja weh sebab nak pegi pulau-pulau kat Sabah yang katanya view super osem.

Fisrt time jejak Sabah dan memang dah set bukan trip shopping tapi aktiviti lasak. Pegi pun tak ramai. 4 orang. Senang nak manage sebab ada hari yang jadi bacpackers. Pengalaman yang tak harus ditolak.

Dari Terminal Aman Jaya Ipoh ke KLIA dalam 3 jam. KLIA ke Tawau dalam 3 jam. Dari Tawau ke Semporna dalam sejam. Jauh perjalanan weh tapi layan je. Bila lagi nak tengok tempat orang kan.

Check in Semporna. Lunch pastu gerak ke Pulau Bohey Dulang. Dalam 40 minit naik bot.

Gambar atas tu jeti Semporna. Gambar bawah jeti kat Pulau Bohey Dulang


Aje merecik jugak nak sampai puncak walaupun 600 meter.
Image may contain: 5 people, people standing, outdoor, water and nature

Tu dia view dari atas puncak. Berbaloi-baloi naik. So jangan give-up. Perasaan dia, perghhhh :D
Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature

Lepas hiking, balik Semporna. Rest untuk trip esok ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Jom melawan ombak. Yeahhhh.

Gambar bawah ni kat Pulau Mabul. Nampak tak jernihnya ayor laut tu. Macam dalam gambor walaupun sebenornya kat depan mata je. Serius speechless.

Bot landing betul-betul depan resort. Kat sini bekalan elektrik terhad. Ada dari pukul 6 petang sampai 6 pagi je. So siang-siang pegi la jalan-jalan amik angin laut.
Kat pulau layan seafood fresh. Semua hidup-hidup lagi. Murah plak tu. Ketam 20 hengget. Kerang yang 2 kali ganda beso dari Semenanjung tu 10 hengget sebesen. Boleh makan sampai lebam.

Cuma bila kena masak, regenya mencanak naik. Upah masak gitu. Tapi apa ade hal. Layankan je sebab rasa dia mabeles bak hang. Pueh hati. 

 

Ok, masa untuk snokeling. Ni la 2 orang heroin pulau. My bestie.

Ni puteri duyung. Walaupun tak pandai berenang tapi tetap terapung sebab ade life jacket dengan kaki itik. Hahaha. Best giler bagi ikan makan. 2 hari 2 pulau. Jeles pulak tengok divers. Next time try menyelam pulak. Wekkk  #macamberani. 


Ok dah penat. Jom menjiwang dengan sunset. Santek sangat. Dalam hati penuh lagu cinta..ewahhhh
  

Anyway, pengalaman manis yang pasti sukar dilupakan. Moga dapat berkunjung lagi. Mencabar diri, mengenal hati. Borneo, i will miss you :D
 
Sari
Akhirnya jejak jugak kat puncak walaupun dah berapa kali cuba tak sampai-sampai...pancit weh even jalan tar.

Memang kena set kat kepala nak sampai ke puncak. Tambah makin ke atas makin takde orang. Ramai patah balik. Tergugat emosi dibuatnya...hoho

2 jam perjalanan naik je. Masa tu nak bercakap pun dah hilang kata. Takde hati nak minum pun sebab pikir kat mana nak membuang kalau tetiba 'nature  call'. Layan perasaan je. Masa tu dok bayangkan camana la spirit orang yang naik Kinabalu, Everest tu kan. Respek dowh.

Tapikan bila jejak menara tu rasa dia macam ohhhh,  betui ke ni...serius speechless utk amatur macam iolsss. Rasa nak jerit "mana kete cable nak turun ni?" Haha

Dalam 10 minit je rehat kat atas...nyamuk banyak plak...dah kenapa nyamuk-nyamuk ni terobang tinggi bebebo...

Time turun biasa la rasa laju je. Tapi jaga-jaga lutut. Takyah nak rushing sebab kompom akan lagi cepat dari masa nak naik. hehehe... Cepat-cepat pun dalam sejam setengah jugak la baru sampai bawah. 7.30 start naik pukul 11 sampai bawah. Penat jangan citer...tambah dengan lapo tahap dinasor. Tak teringat langsung nak bawak pisang ke, coklat bar ke...mujor ader 100 plus.

Jarak keseluruhan dari bawah ke atas lebih kurang 7.3 km sehala. Naik turun jadi 14 km gituh. Tinggi bukit 800 meter. Kalau rasa tak larat nak sampai puncak boleh je berenti kat mana-mana check point pastu patah balik. Ikut kemampuan. Ader iolss  kongsi check point-check point yang ader masa naik tahun 2011 kat SINI

Ni puncak tertinggi Bukit Kledang..biasa orang panggil menara RTM 

Tu dia bukti iolsss dah sampai puncak

Gunung-ganang 

Liku-liku nak naik..jauh lagi ni

Panorama dari atas tapi bukan puncak, tak silap ni 4-2/4-5

Harapnya lepas ni ader semangat nak naik lagi...try off track plak. Tengok camana punya semput walaupun katanya short-cut skit dari jalan tar. 

Yang penting uji diri, uji minda. Bukan mudah nak berjaya. Apa-apa kejayaan pun perlukan pengorbanan. Bila dah berjaya kepuasan memang bukan dengan perkataan. Hanya yang mengalami memahami. Salam puncak menara gitew...hahahaha

#ILHiking
#trustyourself
#sihatbukankurus
#istiqomah

Sari

Dalam hidup bukan sahaja perlu kekuatan untuk menggenggam tetapi juga kekuatan untuk melepaskan...kerana kerapkali melepaskan itu lebih menenangkan!

Let go..let God.
Hasbunallah wa nikmal wakil.

#ustazpahrol
#istiqomah

Sari
010117.
Sekejap je dah selesai setahun. Cepatnya masa kan.
2017 ni tak tau nak azam apa. Tiap tahun bukannya ada azam yang spesifik pun. Just follow the flow gitu. Aje tak ada misi visi..hahaha, belasah je.
Apapun semua orang kena la ada target ye tak. Mesti nak move on. Mesti nak naik ke tahap lain. Nak lupa yang pahit. Nak yang baik-baik. Angan-angan mat jenin pun boleh. Apa ada hal. Tak capai tahun lepas tahun ni kan ada. Tak dapat tahun ni sambung pulak tahun depan...hehehe
2016 dah lepas. Banyak jugak pancarobanya. Asbab keje, asbab orang, asbab hati..oppsss..tak pasal termenangis tanpa diduga, terperasan tanpa sengaja, tersakit tanpa dipinta, tergelak tanpa periksa..semua ada..ish ish ish ntah apa-apa.
Ada yang pahit untuk dikenang, ada yang manis untuk dilepaskan. Terimakasih pada  yang sudi singgah di sisi. Anda semua adalah pengalaman berharga yang tak pernah dikesalkan. Maaf andai diri tak sempurna.
Moga 2017 lebih memberi makna. Makna yang terbaik dan terindah.