Sari
Salam Maal Hijrah 1436...lambat sudah nak ucap tapi nak ucap jugak...moga kita dapat berhijrah ke arah hidup yang lebih baik & bermakna...aminnn :-D

Arini punya tajuk muka depan Metro...Sindrom Nyanyuk Muda...menakutkan pulak info ni...maunya tak...biasanya warga emas yang 60 ke atas yang kena penyakit ni tapi sekarang nampknya bukan lagi hak eksklusif dema...sekarang ni yang muda-muda pun boleh kena...paling muda umor 29 uolllsss...
Dikatakan antara punca kes nyanyuk adalah disebabkan oleh Alzheimer, kecederaan otak, keturunan dan penyakit lain...

Setakat ni tiada penawar untuk sembuhkan nyanyuk tapi ianya boleh dilambatkan dengan pengambilan beberapa jenis ubat yang disyorkan oleh mereka yang bertauliah....

Di Hospital KL ada klinik khusus untuk rawat pesakit nyanyuk yang boleh dirujuk terutama bagi mereka yang mendapati berlaku perubahan dalam diri yang boleh dikaitkan dengan masalah ni....

Kesian kan dengan pesakit nyanyuk ni...adik opah teman yang kami panggil nenek salah sorang pesakit...memang kena pantau selalu...ader sekali masa raya nenek hilang dlm perjalanan...masa tu anaknya berhenti rehat kat R&R...bila balik kat kete maknya dah tak ader...jenuh mencari sampai sudah tak jumpa...last2 ader orang jumpa tepi highway...terus bawak ke balai polis lepas nenek tunjuk umah sapa-sapa ntah...baru polis paham yang nenek nyanyuk...memang panjang & agak lawak kisah nenek teman tu...kecoh abis keluarga besor kami ngesahkan nenek di hari raya...hahaha

Nampaknya kita pun kena berjaga-jaga dengan penyakit ni...macam biasa, nasihat pakar : kena amalkan makanan seimbang, bersenam,hentikan merokok dan uruskan masa & jadual kerja dengan baik...

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit bahaya...aminnnn

#jommakankismisbebanyak

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung