Sari
Lamanya tak hapdet..dekat 2 bulan kot. Last citer yang gi Sabah tu (kat SINI) 
Teringat lagi kome syoknya pegi Sabah. Macam nak repeat la.
Doakan ada rezeki lagi nak ke sana ye...aaminnn

Ok, puasa dah settle. Ni dah musim raya pulak. Kejap je dah 23 Syawal. Sebab katanya raya sebulan so citer mesti pasal jamuan raya. Puasa pun kena skip-skip sebab nak join makan-makan ni. Hahaha, mana boleh tolak kan :D

Ni nak share jamuan raya ofis teman. Jumaat lepas 20 Syawal. Tema Klasik. Haaa, digalakkan ikut tema. Memang sporting habis dema ni. Ucapan pun very the klasik gitu. Bonda, kekanda, adinda. Dah macam zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang. Tapi semua enjoy. Makanan sedap superb. Tak sempat nak rasa semua menu. Perut sendat giler walaupun mata dan mulut macam nak makan lagi dan lagi. Hoih napsu stemroll ke apa. 

Layan je la gegambor semua ni. Seronok weh suasana cenggini. Tambah seronok sebab teman dapat cabutan bertuah. Selama ni memang tak pernah bertuah pun. Bertambah senyum lebor le. Rasa macam periksa no 1 dalam kelas. Hahahaha.

Selamat hari raya semua. Mohon maaf zahir batin andai ada salah silap sepanjang bersiaran kat sini. 

Moga kita bersua di Ramadhan akan datang. Aaminnn.