Sari
Dah 24 Ramadhan hari ni. Cepatnya masa.

Dah mula buat biskut ke? Cuti hujung minggu semerbak bau biskut dari rumah jiran. Menggoda betui. Tak zabar pulak nak mengukis. Setakat ni teman baru mengukis sejenis je...cornflakes coklat yang super senang tu. Hujung minggu ni inshaAllah boleh le marathon mewangikan dapor dengan sebekut.

Minggu ni kat opis hari-hari nampak orang bawak balang kuih time balik keje. Minggu membayor duit biskut gitu. Minggu depan dah ramai yang mula cuti. Seminggu straight away. Teman pun macam tu jugak. Amik je direct. Maleh nak melubang-lubang kan cuti. Amik 3 hari dapat 7 hari. Kalau nasib baik dapat cuti peristiwa Jumaat raya ketiga tu, jimat le cuti sehari kannnn...aaminnn

Time cenggini memang hadap mood raya je. Memasing badan je kat opis tapi kepala udah terobang mana-mana. Tambah kat opis ni tengah sibuk nak mendeko-deko, nak membubur lambuk...memang koje tu pandang sipi-sipi je. Ishhh macam tak biasa :p

Cumanya berpada-pada le dengan persiapan raya. Ingat pada Ramadhan yang dah nak pegi. Sedih. Masjid/surau makin susut saf. Tempat nyoping makin sesak. Pandai-pandai le seimbangkan. 

Moga ibadah kita diterima.
Moga Ramadhan ini penuh makna.
Moga Aidilfitri dirai bersama.

#salamramadhan
#salamlebaran





Sari
Topih hangat tiap kali Ramadhan.

"Masak apa berbuka hari ni?" 

"Beli ke masak?"

"I hari-hari masak, kat bazar tu tak sedap, mahei plak tu"

"I berbuka berdua je dengan hasben, beli lagi jimat kot"

Haha, itu le antara yang di ulang tiap kali bulan pose. Ater apa ke masalahnya kalau nak masak ke nak beli kat bazar ke. Lain orang lain sebabnya. Jangan sebab kita hari-hari masak dok kutuk orang yang hari-hari beli.  Semua benda ada pro & cont ye dak.

Mungkin yang masak tu masak untuk bulan puasa je. Sebulan dapur berasap. Bulan lain ikut rajin. Mungkin yang hari-hari beli tu sebab nak rehatkan dapur sebulan sebab dah 11 bulan berasap. So jangan  terus buat kesimpulan, orang beli tu malas masak. Membazir je. Ater kalau yang takat 2 orang je nak berbuka rasanya lagi elok beli. Satu untuk kau satu untuk aku gitu. Senang & jimat.

Yang penting ikut keperluan masing-masing. Opkos masak lagi bersih, lagi sedap, lagi banyak & lagi puas.  Tapi beli pun boleh jugak cari yang sedap, yang bersih, yang banyak, yang berbaloi. Beli kat gerai yang kita dah tau performancenya. Yang memang ada restoran, yang memang jual kuih, jual ayor. Tak kira masa Ramadhan ke idak. Bukan beli kat gerai yang meniaga sebulan bazar je. Tu yang kadang viral makanan basi, karipap oksigen, ayor masam & rege cekik tulang..heheh

Jadinya ikut suka kome le ye nak masak ke beli. Sukati le nak post menu buka ke menu sahur ke. Cuma caption tu jangan le ada unsur yang boleh buat orang rasa eeeeeeee...... Bulan mulia ni post pun kena murni-murni kannn...peace :D

Ok semua, selamat berbuka.

#ramadhan1437
#syukurselalu
#sayasukabazar
#sayasukamasak




Sari
Sedor tak sedor dah lama rupanya blog teman ni. Dah masuk darjah 1 dah. Bertahan la jugak walaupun update ikut rajin atau lebih tepat ikut mood.

Masa mula-mula buat blog main ikut orang je. 2009. Masa tu takde whatsapp takde instagram. Kiranya macam gah la bila ada blog sendiri. Gigih cari tutorial macam mana nak buat blog.

Bila dah ada blog, sibuk pulak nak cari followers. Cara paling senang buat contest. Syarat utama nak join contest kena follow blog kita. Memang tetiba followers jadi ramai. Habis contest followers jadi statik. Yang unfollow pun ada. Sedih kejap :(

Lepas tu kengkonon nak tambah followers lagi. Rajinkan diri berblogwalking. Tinggalkan jejak kat shoutbox & komen kat blog orang lain dengan harapan tuan tanah akan singgah kat blog kita & follow blog kita pulak. Dapat la tambah sikit. Tak tau kenapa masa tu nak sangat ramai followers. Tengok blogger lain dah cecah ribu-riban followers buat rasa down. Terus takde mood nak update, nak blogwalking. Buat dek kat blog. Sepi.

Lama-lama pikir balik. Kenapa buat blog. Baru sedar yang buat blog sebab suka menulis. Suka sangat buat karangan masa sekolah. Suka sangat bila sajak, cerpen masuk majalah sekolah. Sampai pernah ada cita-cita nak buat novel. Serius semua buku tulis sekolah habis dengan luahan hati. Wakaka

Sekarang dah tak rasa nak kejor apa-apa bila berblog. Tengok blogger buat income dengan blog memang rasa teruja tapi cepat-cepat sedor kemampuan diri. Tambah blog ni bukan spesifik topiknya. Caca marba dan ikut sukahati. 

Dari berazam nak update 3-4 post sehari, jadi seminggu sekali. Jadi sebulan sekali. Jadi banyak bulan sekali dan sekarang ikut suka berapa kali nak update, hahaha. 

Harapnya akan terus berblog. Walaupun followers tak sampai 500, post 1000 lebih, pageview 500,000 lebih je tapi syukur masih ada yang setia. Pernah merasa buat contest. Pernah jadi ala-ala sponsor contest. Pernah merasa menang contest.  Paling grand dapat hadiah percutian ke Bangkok. Paling biasa dapat hadiah coklat bar. Paling tak lupa dapat hadiah dari blogger femes Denaihati. :D

Apapun, teruskan buat apa yang kita suka. Biar sikit tapi berterusan. Istiqomah gitu. Asalkan memberi manafaat, tak ada yang salah semua & tak ada yang betul semua.

Salam 3 Ramadhan 1437H.
#7yearsblogger




Sari
Sekejap je dah nak puasa...seronoknya kan :D

Macam mana persiapan kome? Dah ready ke kurma, telur dengan sardin? haha menu sahur paling best tu sardin dengan telur dadar...ngapngapngap je walaupun mata terpejam..heheh

Apapun moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di sepanjang ramadhan ini..aaminnn

Salam Ramadhan semua dan Maaf Zahir Batin