Petang ni mesti merata tempat tv dengan radio di on kan...yang xsuka dengor pun mesti ader part2 yang xsabo nak tau...tambah2 kakitangan awam...sampai orang yang keje swasta pun ader yang macam xpueh hati je...teman xnak komen lebey2...kalo ader gud news untuk orang gomen, alhamdulillah...kalo xder, diam2 suda...heheh
Khas untuk kakitangan awam, ni teman sharekan secara ringkas 6 tuntutan Cuepacs sempena bajet 2013...saper setuju angkat tangan!!!
- Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga RM60,000 dan RM150,000.
- Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
- Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
- Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
- Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
- Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Apapun, sama2 kita tunggu...esok boleh sembang2 kat kedai kopi....
Tweet Follow @sarisaffari