Topih hangat tiap kali Ramadhan.
"Masak apa berbuka hari ni?"
"Beli ke masak?"
"I hari-hari masak, kat bazar tu tak sedap, mahei plak tu"
"I berbuka berdua je dengan hasben, beli lagi jimat kot"
Haha, itu le antara yang di ulang tiap kali bulan pose. Ater apa ke masalahnya kalau nak masak ke nak beli kat bazar ke. Lain orang lain sebabnya. Jangan sebab kita hari-hari masak dok kutuk orang yang hari-hari beli. Semua benda ada pro & cont ye dak.
Mungkin yang masak tu masak untuk bulan puasa je. Sebulan dapur berasap. Bulan lain ikut rajin. Mungkin yang hari-hari beli tu sebab nak rehatkan dapur sebulan sebab dah 11 bulan berasap. So jangan terus buat kesimpulan, orang beli tu malas masak. Membazir je. Ater kalau yang takat 2 orang je nak berbuka rasanya lagi elok beli. Satu untuk kau satu untuk aku gitu. Senang & jimat.
Yang penting ikut keperluan masing-masing. Opkos masak lagi bersih, lagi sedap, lagi banyak & lagi puas. Tapi beli pun boleh jugak cari yang sedap, yang bersih, yang banyak, yang berbaloi. Beli kat gerai yang kita dah tau performancenya. Yang memang ada restoran, yang memang jual kuih, jual ayor. Tak kira masa Ramadhan ke idak. Bukan beli kat gerai yang meniaga sebulan bazar je. Tu yang kadang viral makanan basi, karipap oksigen, ayor masam & rege cekik tulang..heheh
Jadinya ikut suka kome le ye nak masak ke beli. Sukati le nak post menu buka ke menu sahur ke. Cuma caption tu jangan le ada unsur yang boleh buat orang rasa eeeeeeee...... Bulan mulia ni post pun kena murni-murni kannn...peace :D
Ok semua, selamat berbuka.
#ramadhan1437
#syukurselalu
#sayasukabazar
#sayasukamasak
Tweet Follow @sarisaffari
Post a Comment
pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung