Sari
Dah 24 Ramadhan hari ni. Cepatnya masa.

Dah mula buat biskut ke? Cuti hujung minggu semerbak bau biskut dari rumah jiran. Menggoda betui. Tak zabar pulak nak mengukis. Setakat ni teman baru mengukis sejenis je...cornflakes coklat yang super senang tu. Hujung minggu ni inshaAllah boleh le marathon mewangikan dapor dengan sebekut.

Minggu ni kat opis hari-hari nampak orang bawak balang kuih time balik keje. Minggu membayor duit biskut gitu. Minggu depan dah ramai yang mula cuti. Seminggu straight away. Teman pun macam tu jugak. Amik je direct. Maleh nak melubang-lubang kan cuti. Amik 3 hari dapat 7 hari. Kalau nasib baik dapat cuti peristiwa Jumaat raya ketiga tu, jimat le cuti sehari kannnn...aaminnn

Time cenggini memang hadap mood raya je. Memasing badan je kat opis tapi kepala udah terobang mana-mana. Tambah kat opis ni tengah sibuk nak mendeko-deko, nak membubur lambuk...memang koje tu pandang sipi-sipi je. Ishhh macam tak biasa :p

Cumanya berpada-pada le dengan persiapan raya. Ingat pada Ramadhan yang dah nak pegi. Sedih. Masjid/surau makin susut saf. Tempat nyoping makin sesak. Pandai-pandai le seimbangkan. 

Moga ibadah kita diterima.
Moga Ramadhan ini penuh makna.
Moga Aidilfitri dirai bersama.

#salamramadhan
#salamlebaran





Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung