Sari
Rasanya semua dah tau logo halal terbaru yang dikeluarkan
JAKIM kan...yang hitam putih kat atas tu...apapun meh kita baca skit panduan nak tau logo halal Malaysia yang diiktiraf
JAKIM
* Bintang berbucu lapan ditengah-tengah bulatan
* Perkataan Arab "Halal" ditengah bintang
* Diikuti tulisan rumi HALAL
* Bulatan logo tertulis perkataan MALAYSIA dalam tulisan Rumi dan perkataan MALAYSIA dalam perkataan Arab dan
* Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab
Logo2 halal negara lain yang diiktiraf
JAKIM boleh jugak disemak pada gambor kat atas atau untuk lebih detail klik je
SINI
Sama-sama kita sebarkan...moga mendapat manafaat bersama...aminnnnn!!!!!
Sari
Ader diwar2kan dalam radio Hot FM pagi tadi pasal pembukaan pasaraya besar Mydin kat Ipoh esok, 18 Mei 2012...
Teman pun dah cari2 skit info n jumpa kat
SINI (kredit to blogger.perak.com)
Upacara perasmian dijangka akan dihadiri oleh media elektronik, media cetak dan juga bloger2...Program bermula lebih kurang pukul 8.15 pagi untuk sesi pendaftaran...macam2 program ader so kalo sesapa yang ader masa tu, boleh le terjah sana...lokasinya kat Bandar Meru Raya...
Pada kengkawan blogger yang berminat nak join majlis perasmian tu esok, sila ler emailkan butiran kome ke nizatabdaziz@ymail.com....bagi nama penuh dengan url blog...
Ader cenderahati berupa voucher membeli belah Mydin pada yang hadir di upacara perasmian...
*xder harapan ler nak pegi...keje weh*
Sari
FREE SEATS
|
|
| Booking Period | : |
| 14 May 2012 - 20 May 2012 | |
|
| Travel Period | : | 4 January 2013 - 22 May 2013 |
| Travel Notes | | |
- Advanced booking required. - Fares are not available during embargo period.
|
|
Promo ni dah stat Isnin aritu tapi teman yang lupa nak tempek kat sini...anyway sempat lagi kalo nak booking...nak tau lebih detail klik
AIR ASIA
Selamat terobang...
Sari
Pagi tadi anak2 teman seronok bebeno nak pegi sekolah...seronok sebab xbelajor la tu..xpayah bawak beg...bawak hadiah je untuk cikgu...hehe
Dari minggu lepas deme dah bising2 sruh beli hadiah untuk cikgu...ater kalo sorang je cikgunya xpe ler...ni cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah agama, cikgu tadika & cikgu tuesyen...meriah kan...kali ni dok melayan yg tadika dengan sekolah rendah...yang menengah xdapat balik so selamat skit...*statement mak yang kedekut :p*
So, sebagai ibu mithali *mithali ke?* teman pun bawak le dema mencari hadiah untuk cikgu-cikgi hari Sabtu aritu...suka sesangat ler dema sebab teman suruh dema pilih sendiri hadiah yang dema suka...kecoh jugak le kedai tu kejap...macam2 nak beli pehtu pening nak pilih yang mana...nak senang, teman pilih je hadiah yang sama untuk semua cikgu2 tu....dahh..xyah nak compare2 orang ni bagi tu orang tu bagi ni...settle..
Ingat plak zaman purba teman dulu...mana nak merasa bagi cikgu hadiah...nak bagi pun kena bagi sorang dua je..cikgu kelas dengan cikgu feveret...tu pun jenuh nak kumpui duit...xsampai hati nak mintak sponsor...lagipun kalo susah2, buat je hadiah sendiri...kad sekeping pun dah cukup...xpun gi je kat cikgu & ucap terimakasih atas jasa2 cikgu selama ni walaupun muka dah merah n mulut ketor...hihi
Kalo nak citer pasal cikgu memang banyak kenangan manis...zaman sekolah memang indah...susah macam mana pun, tetap happy & enjoy...cikgu garang dengan cikgu hensem yang paling diingat...paling seronok cikgu x datang n xder cikgu ganti...paling malas nak assembly...paling takut spot-check...hmmmm, kenangan sepanjang hayat tu....
Timakasih kat semua cikgu2 teman...dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampai le ITM...xlupa juga kat cikgu mengaji, cikgu hoki, cikgu masak dan semua yang penah mengajor teman walaupun sebaris ayat...ilmu kalian akan teman manafaat dan panjangkan selagi termampu...teringin sangat nak jumpa cikgu2 semua...doa untuk kalian akan tetap teman sisipkan...
Untuk semua guru...
WHEN IT COMES TO TEACHERS, YOU ARE ALWAYS THE TOPPER!!!
Sari
Muka depan paper SINAR hari ni...PRU 13, 8 JULAI...
Walaupun sebelum ni banyak spekulasi kata Parlimen mungkin dibubarkan minggu ni tapi bila tersiarnya berita muka depan harini, ramai yang agak terkejut...maklum le..ramai yang jangka PRU 13 akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan depan (Jun) atau dikhabarkan 9 Jun...
Tapi nampaknya PM kita telah berlepas ke United Kingdom (UK) malam kelmarin dan hanya akan pulang pada 25 Mei ..Lepas tu PM akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan....
Ada juga teka teki yang meramalkan Parlimen boleh dibubarkan selepas Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong pada awal Jun ( 2 Jun )..
Dalam pada tu, dijangka PM akan menghadap Yang Di Pertuan Agong pada 17 Jun selepas perhimpunan BN di Bukit Jalil....ini disebabkan ramai yang berpendapat PRU akan diadakan sebelum Ramadhan atau lebih tepat lagi dikatakan pada 8 Julai...
Nampaknya, tarikh PRU masih misteri...masih teka-teki yang sorang je ader jawapannya...seronok jugak baca macam2 andaian dari orangramai dan penganalisis politik ni...memang menarik...
Apapun, kita tunggu...jeng jeng jeng
Sari
Walaupun diwar2kan hari ni 13 Mei atau setiap Ahad minggu kedua bulan Mei adalah Hari Ibu tapi untuk tahun 2012 ni nampak ader angin perubahan positif tentang sambutan Hari Ibu...
Teman xnak komen lanjut pasal ni sebab rasanya kome dah baca banyak penjelasan Hari Ibu yang spesifik kat Blog, Facebook & Twitter...ader yg xsetuju, ader yg xpuashati..
Walaupun ramai yg kata semuanya bergantung kepada niat tapi harus diingat matlamat tidak menghalalkan cara...
Kali ni teman pun xterima ucapan Selamat Hari Ibu dari anak2...sikit pun teman xrasa yang anak2 xsayangkan teman sebab teman tau yg sayang bukan sekadar ucapan, hadiah & makan2...
Yang penting, teman boleh rasa setiap getaran, renungan & sentuhan anak2 teman setiap hari tatkala mereka melangkah masuk & keluar dari rumah..
Pada ibu2 & anak2, mari kita sentiasa suburkan ingatan antara kita tanpa mengira waktu & keadaan...Sesungguhnya kasih sayang kita tiada nilai & harga...
Hanya doa dari anak yg soleh & solehah sebagai bukti cinta tulus ikhlas yang dapat menemani walau jasad telah dimamah bumi...insyaAllah
Posted via Blogaway
Sari
Teman xtau le kome dah tengok ke belum video ni...tapi video ni la paling banyak muncul kat FB semalam...mula2 tu teman maleh nak tengok tapi bila dah banyak sangat orang upload, teman klik le jugak...*sori teman xreti nak download video kat sini..xkhatam lagi*
Teman memang speechless bila nengok rakaman ni semalam...serius sangat sedih dan sebak...4 minit bagi seorang bayi yag xhenti dipukul, dicubit, ditendang adalah sangat lama okeh...walaupun ibunya dah dipenjarakan 18 bulan tapi kesan trauma yang dihadapai oleh bayi ni pastinya kekal...
Menjelang Hari Ibu, bila disogokkan dengan aksi begini, masihkah ada istilah Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu? entahlah...kita xpaham apa masalah disebalik tindakan ibu itu...di sebalik komen yang mengutuk, mencaci dan mencerca ibu tersebut, ader juga pengomen yang memaklumkan bahawa ibu itu adalah mangsa rogol dan bayi yang didera itu adalah anaknya dengan perogol terbabit...betul atau x, tiada kepastian...yang pasti bayi yang x bersalah menjadi mangsa....
Ramai juga yang menyalahkan perakam video yang xcuba meredakan keadaan...dikhabarkan perakam dah cuba halang tapi dia pun turut dipukul si ibu...jadinya dia terpaksa rakam juga sebagai bukti kepada pihak berkuasa supaya ibu ini diambil tindakan sewajarnya...
Memang terasa sangat sensitif dan beremosi bila ader kejadian2 yang melibatkan bayi...sebagai ibu, kita pun x lepas dari nak marah, nak pukul dan yang sewaktunya bila anak2 buat perangai tapi biarlah berpada-pada...pukul2 sayang n niat nak mengajar memang dibenarkan dalam agama...takut jugak kalau dibiarkan jadi macam oh Anakku Sazali....huhu
Sampai sekarang, teman terbayang esak tangis dan sedu sedan bayi tu...sangat toching bila bayi tu nak mencapai maknya tapi ditolak dengan kasar...diherdik lagi dengan perkataan BODOH *ayat yang teman dengor "diam la bodoh"*....oh Tuhan....
Moga apa yang kita lihat dan dengar menjadi cerminan serta teladan buat diri kita sendiri...
*rinduku pada sentuhan tulus ibu hanya tinggal rindu..Allahuakbar*