Trip zap zap zap. Booking 3 bulan sebelum berlepas. Teruja weh sebab nak pegi pulau-pulau kat Sabah yang katanya view super osem.
Fisrt time jejak Sabah dan memang dah set bukan trip shopping tapi aktiviti lasak. Pegi pun tak ramai. 4 orang. Senang nak manage sebab ada hari yang jadi bacpackers. Pengalaman yang tak harus ditolak.
Dari Terminal Aman Jaya Ipoh ke KLIA dalam 3 jam. KLIA ke Tawau dalam 3 jam. Dari Tawau ke Semporna dalam sejam. Jauh perjalanan weh tapi layan je. Bila lagi nak tengok tempat orang kan.
Check in Semporna. Lunch pastu gerak ke Pulau Bohey Dulang. Dalam 40 minit naik bot.
Gambar atas tu jeti Semporna. Gambar bawah jeti kat Pulau Bohey Dulang
Aje merecik jugak nak sampai puncak walaupun 600 meter.
Tu dia view dari atas puncak. Berbaloi-baloi naik. So jangan give-up. Perasaan dia, perghhhh :D
Lepas hiking, balik Semporna. Rest untuk trip esok ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Jom melawan ombak. Yeahhhh.
Gambar bawah ni kat Pulau Mabul. Nampak tak jernihnya ayor laut tu. Macam dalam gambor walaupun sebenornya kat depan mata je. Serius speechless.
Bot landing betul-betul depan resort. Kat sini bekalan elektrik terhad. Ada dari pukul 6 petang sampai 6 pagi je. So siang-siang pegi la jalan-jalan amik angin laut.
Kat pulau layan seafood fresh. Semua hidup-hidup lagi. Murah plak tu. Ketam 20 hengget. Kerang yang 2 kali ganda beso dari Semenanjung tu 10 hengget sebesen. Boleh makan sampai lebam.
Cuma bila kena masak, regenya mencanak naik. Upah masak gitu. Tapi apa ade hal. Layankan je sebab rasa dia mabeles bak hang. Pueh hati.
Ok, masa untuk snokeling. Ni la 2 orang heroin pulau. My bestie.
Ni puteri duyung. Walaupun tak pandai berenang tapi tetap terapung sebab ade life jacket dengan kaki itik. Hahaha. Best giler bagi ikan makan. 2 hari 2 pulau. Jeles pulak tengok divers. Next time try menyelam pulak. Wekkk #macamberani.
Ok dah penat. Jom menjiwang dengan sunset. Santek sangat. Dalam hati penuh lagu cinta..ewahhhh
Anyway, pengalaman manis yang pasti sukar dilupakan. Moga dapat berkunjung lagi. Mencabar diri, mengenal hati. Borneo, i will miss you :D