Sari






Sumber : KOSMO


Nampaknya makin canggih perompak sekarang...memang selalu update modus operandinya...bayangkan le dalam beberapa hari je dah RM2.75 juta duit dicuri dari mesin ATM...14 ATM dari 3 bank (Affin, Al-Rajhi & Bank Islam)


Pihak polis dah tubuhkan pasukan khas OPS Godam ATM untuk menyiasat kes ni yang katanya didalangi sekumpulan lelaki warga Amerika Latin...

Modus operandi godam ATM :

1. Suspek akan umpil panel skrin mesin ATM dan memasukkan sekeping cakera padat ke dalam unit pemprosesan pusat (CPU) bagi menggodam sistem komputer ATM tersebut.

2. Selepas itu, sejenis virus dikenali sebagai Ulssm.exe akan disebarkan bagi mengawal sistem mesin ATM tu.

3. Suspek akan menggunakan papan kekunci untuk mengeluarkan kesemua wang dari mesin tersebut secara berperingkat.

4. Dikatakan mereka juga mengguna sim kad telefon untuk menggodam.

Setakat ni bank-bank yang terlibat terletak di negeri Johor, Melaka dan Selangor.

Bagi pelanggan Bank Al-Rajhi, semua perkhidmatan ATM seluruh negara digantung mulai semalam. Sebarang urusan transaksi perlu melalui kaunter bank.

Macam tu le bila kepakaran teknologi disalahgunakan. Nampaknya pihak berkuasa kena selangkah ke depan sebab penjenayah bukan calang-calang otaknya...heheh...sekian dari bilik berita maya :D

#naksimpanduitkatmanalepasni 

Sari
Sarapan apa pagi ni kome?..dah penin kan nak buat menu apa..pusing-pusing asik menu sama je...

Anyway teman ader ikut grup masak-masak/resepi kat FB...memang memacam resepi ader..banyak juga yang dah ditry...setakat ni menjadi weh..kalo nak derhaka sikit-sikit tu biasa le kan..ikut selera memasing..

Ni ader resepi baru dari grup yang menunya simple, sedap & kenyang...ramai dah cuba sampai tak sure sapa pemilik asal resepi ni...harap dihalalkan le ye kami share & panjang2kan menu ni..moga bertambah rezeki yang berkongsi...aminnnn

Cumanya tak pasti kenapa nama roti ni power rangers...tengok komen2 kat grup katanya nama tu dibagi oleh anak pemunya resepi...ada gak yang kata saja si ibu bagi nama macam ni sebab nak bagi anak suka makan...heheh good idea kan...iolsss suka :-D

Ok, ni bahan asal..nak tambah atau kurang ikut suka..yang penting gerenti jadi punya..teman dah buat...i loike, hasben pun loike, anak2 lagi loike...

Bahan2

3 biji telur
Setengah paket ayam/daging kisar
1 biji bawang besar-didadu
Daun bawang/daun sup-dipotong
Garam secukup rasa
Lada hitam-jika perlu
Semua bahan di atas digaul bersama hingga sebati...

3-4 keping roti-potong ikut suka, tak potong pun boleh

Minyak untuk menggoreng

Cecaranya :

Celup roti dalam bahan2 tadi pastu goreng dalam minyak panas...kalau guna daging kisar masak lama sikit daripada ayam...
Goreng hingga garing..siap
Boleh cicah dengan sos atau makan camtu je...nyam8x

Selamat mencuba ye...

Go go power rangers..Ultraman jangan marah arrr..hahah
#kamisukaroti

Sari


Lepas Perodua Axia, semalam Proton Iriz plak dah muncui di pasaran...menarik jugak designnya...
Meh le nengok-nengok dua -dua model ni...tepuk poket memasing ye :D
 Sumber : Google, paultan.org









Sari
Kebetulan nyinggah Perodua...merasa la jadi penumpang test drive Axia...chumell jewww :-D

Sari
Nak share skit info yang teman dapat melalui whatsapp...kebetulan petang semalam kawan en. hasben telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung...al-fatihah

Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya.

Anda benar2 penat, gelisah dan kecewa.

Tiba2 anda rasa sakit yg menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka.

Anda hanya 5 batu daripads hospital yg terdekat. Malangnya anda tak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut.

Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tetapi tak diajar cara utk melakukn CPR ke atas diri sendiri...

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini akan merasa jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

W/bgaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru2.

Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang @ sehingga jantung berdegup normal semula.

Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru2 & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.

Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya utk ke hospital sendiri.

Bantu orang lain dengan menyebarkan mesej ini kepada seramai yang mungkin. Ia boleh.menyelamatkan nyawa seseorang.

Wallhualam...

#pesanankhidmatmasyarakat #kongsiinfo #copypastewhatsapp
 
Sari
 

Sumber : KOSMO

Hari ni sampai lagi 3 jenazah mangsa tragedi #MH17...dekat 2 bulan dah nahas berlaku tapi masih tiada yang tahu siapa dalang sebenar...

Disebabkan itu dikhabarkan sebuah firma penyiasatan persendirian di Jerman (WIFKA) akan bagi ganjaran AS$30 juta atau RM96.8 juta (wowwwww banyaknya) pada sesiapa yang dapat beri maklumat dalang sebenar yang menembak jatuh pesawat malang tersebut.

Ganjaran lumayan tu adalah sumbangan beberapa individu jutawan yang identitinya dirahsiakan...jeng jeng jeng...duit tersebut ada disimpan di Zurich, Switzelend...jumlah ini telah mengatasi ganjaran kerajaan Amerika untuk mendapatkan maklumat tentang Osama bin Laden, Ketua Al-Qaeda yang berjumlah AS$25 juta (RM80.7juta)

Antara maklumat yang ingin diketahui ialah siapa yang memberi arahan menembak, pihak yang menutup insiden, apa yang berlaku pada senjata digunakan dan siapa yang terlibat dalam jenayah tersebut....

Dikatakan keupayaan penyumbang adalah tidak diragui sebab telah ada seorang penyiasat persendirian (PI) mendapat bayaran awal 40,000 euro (RM212,180)..

Diharap ganjaran yang ditawarkan ni dapat memberikan maklumat dan petunjuk tepat seterusnya mempercepatkan siasatan terhadap nahas tragis yang melanda negara kita....

Sama-samalah kita berdoa semoga mereka yang bertanggungjawab di atas kehilangan ratusan nyawa ini mendapat hukuman yang setimpal...

#alfatihah #prayformh17


Sari



Tak tau nak kata apa...walaupun tak de anak yang terlibat tapi memang kesian & geram...harap dapat le siasat dengan telus....

Masa dapat wasap pasei citer ni, was2 jugak betui ke tak? takut nak forward atau copy paste...takut salah info...tapi bila kuar berita utama citer tu dah kira memang sahih & sah...kiranya media sosial ni ada masa boleh dipercayai sumbernya...



Yang terbaru dengornya kertas Matematik 1, Bahasa Inggeris 1 dan 2 pun bocorrrrr...haishhhh



Apapun, jangan patah semangat...sabar ye makayah, cikgu2, adik2 & anak2 semua...



Sari
Nak suasana nostalgia, rare, unik, oldies dan yg sewaktu dengannya meh le jenjalan kat pekan Ipoh...pasti menjentik kenangan :-D 

Share skit #fleamarket #oridesigncafe
Sari
Stat harini sampai lusa adik2 n anak2 yang darjah 6 sedang dan akan menghadapi UPSR...camana mak ayah semua? lena ke tido malam tadi? heheh...biasa le tu...smua ibubapa akan rasa camtu bila anak nak exam so part kita doakan yang terbaik je ye :D

Moga semua calon tenang dan jaga diri...


Ingar pesan cikgu2 tau


Selamat berjaya :D




#3anaktemandahlepas #adamasaibubapaamalkanpuasasepanjangexam


Sari
Aritu teman ader post pasei rempah dari kelate kan...rempah kuzi,kerutub n kari...kat SINI

Jadinya udah le teman try dua rempah tu..kuzi n kerutub sebab nak tau camana kekdah masak n rasanya...yang kari tu rasanya lebih kurang dgn kari negeri lain jugak kot..tu yg slow skit nak try..heheh

Untuk kerutup teman guna ayam kampung sebab nak masak lama katanya...nak guna daging pun boleh...kat resepi google pun bagitau yg orang kelate selalu guna daging itik untuk buat menu ni sebab dagingnya yg liat2 skit..kalo guna ayam memang guna ayam kampung atau ayam pencen so dari situ dah boleh agak durasi masak yg agak lama...ala2 rendang gitu...bahan2nya n cara masak pun tak susah sangat :-) ok, done

Haa..bila kerutub dah guna ayam so untuk kuzi teman guna daging plak walaupun kebanyakan resepi guna ayam sokmo...takpe kan :-P

Bila tengok bahan untuk kuzi ni memang renyah weh...safron, badam, kismis, bawang goreng...agak mencabor le untuk orang yg kurang rajin macam teman ni tapi apa ader hal...kita yg buatnya kan...teman pun cari le resepi versi yang simple pehtu derhaka le sikit2...yg penting rempahnya...hihi...yg teman xdapat ngadakan untuk kuzi teman ni safron dgn badam...yg lain tu kira sapsapsoi je...ikut firasat teman kira jadi le menu ni..hahah

Jadinya nak nunjuk le hasil cubaan teman tu...kerutub masak minggu lepas...kuzi masak semalam...harap betui le rupa n rasanya...yg pasti dua2nya sedap (teman yg masak opkoz le kena ngaku kan..haha) sila abaikan gambo tempe tu ye o_O

Raya haji nanti nampaknya takde le nak me-rendang kot...kita ubah selera dgn kerutub n kuzi...makan dgn nasi impit n lemang...nyamnyamnyam

Saper yg nak rempah2 ni yg ori nampaknya kena oder la dgn org kelantan...kat sini taktau ader jual ke tak...

#kuzidaging #kerutubayamkampung #tempepunada #menuraya #harapresepinibetui

Kuzi daging 

Kerutub ayam...maap ader tempe di situ

Sari
Asik dengor iklan kawin megi kat radio je sekarang ni..ishhh ingat apa ke yg kawinnya... 
Daripada kawinkan megi tu kan baik le kita kawinkan menda ni...cheese dengan biskut = cheesekut 

Lama dah kome resepi ni berkeliaran...google je resepinya, memang berduyun orang dah buat..hehe 

Resepi ni basicnya cream cheese dengan biskut...biskut pun boleh ikut suka..nak oreo ke, meri ke...tapi teman suka yg mini crackers tu..ader rasa masin-masin skit..pehtu yg layer tu pun boleh ikut suka..nak nestum ke, filing strawberi ke...cuma biasanya org tabur nestum je...biskut, cheese, nestum..ulang je step tu utk buat layer sampai penuh bekas... 

Memang mudah je resepinya...dah siap simpan dalam peti ais..makan sejuk-sejuk...perghhhhh :-D Ok, teman belanja gambo lagi :-P 

#kamisukacheese #dessert #resepikatgoogle
 
 
Sari
Udah blurr nak sarapan apa cuti-cuti aritu so yang selalu jadi mangsa adalah roti nak expired, heheh...

Belanja gambo je ye ;-)

#sedap #kenyang #kamisukacheese #rotilapisdagingcheese
Sari
Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Semalam dah tahun ke 57 kita sambut hari kebangsaan...teman sekeluarga macam biasa sepagian dah tercongok kat tepi jalan...nak tengok perarakan/perbarisan

Pagi semalam cuaca mendung sikit kat Ipoh so kira just nice le nak layan perbarisan...memang sonok weh tengok depan mata..tiap-tiap tahun tengok pun tak jemu-jemu...tak caya kome try le tahun depan..kalo tak rasa apa-apa tu mintak maap le ye...jiwa kita tak sama le tu ;-)

Apapun hargailah kebebasan yang ada...moga di situ akan lahirnya sebuah cinta...

#salamkemerdekaan #kamisukatengoklive #bangunanipohmemangcantik
#acaratakpernahmisstiaptahun