Sari






Sumber : KOSMO


Nampaknya makin canggih perompak sekarang...memang selalu update modus operandinya...bayangkan le dalam beberapa hari je dah RM2.75 juta duit dicuri dari mesin ATM...14 ATM dari 3 bank (Affin, Al-Rajhi & Bank Islam)


Pihak polis dah tubuhkan pasukan khas OPS Godam ATM untuk menyiasat kes ni yang katanya didalangi sekumpulan lelaki warga Amerika Latin...

Modus operandi godam ATM :

1. Suspek akan umpil panel skrin mesin ATM dan memasukkan sekeping cakera padat ke dalam unit pemprosesan pusat (CPU) bagi menggodam sistem komputer ATM tersebut.

2. Selepas itu, sejenis virus dikenali sebagai Ulssm.exe akan disebarkan bagi mengawal sistem mesin ATM tu.

3. Suspek akan menggunakan papan kekunci untuk mengeluarkan kesemua wang dari mesin tersebut secara berperingkat.

4. Dikatakan mereka juga mengguna sim kad telefon untuk menggodam.

Setakat ni bank-bank yang terlibat terletak di negeri Johor, Melaka dan Selangor.

Bagi pelanggan Bank Al-Rajhi, semua perkhidmatan ATM seluruh negara digantung mulai semalam. Sebarang urusan transaksi perlu melalui kaunter bank.

Macam tu le bila kepakaran teknologi disalahgunakan. Nampaknya pihak berkuasa kena selangkah ke depan sebab penjenayah bukan calang-calang otaknya...heheh...sekian dari bilik berita maya :D

#naksimpanduitkatmanalepasni 

0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung