Sari
Apa ke heynya tetiba teman hapdet resepi ni? hahah..macam le terer masakkan...no no no..xpande pun tapi suka jugak cecuba resepi macam-macam...ader le share gegambor kat instagram dengan twitter sebab segan nak tunjuk/update kat facebook...motif? hahah, biarlah rahsia :P

So resepi yang teman share ni menu yang teman buat masa bahagian teman buat potluck aritu...Red Velvet Marble Cheese Brownies..ader entri potluck kat SINI

Ada le adik-adik n kengkawan yang mintak kongsi resepi ni...ishhh, boleh sesangat...bukan resepi teman pun...amik dari blogger-blogger masakan jugak...idak le jadi sebijik macam dema...tak caya cer tengok teman punya hasil...boleh plak ader kehangusan kecil-kecilan di situ...hahah...belasah je uollss...makcik tak kisah...

Untuk info, tekstur brownies tak sama dengan kek...kek lebih lembut tapi brownies ni padat n mampat...bahan pun ader beza sikit...sikit je pun...boleh godek-godek google untulk lebih detail...

Ok, meh jelin-jelin gambor dengan cecara pembikinan dessert ni...

Ni kejadian rv brownies yang dah masak

   

Dah pukul bahan cheese, tuang kat atas brownies tu...jadi cenggini


Nak dapatkan corak, boleh le lorek-lorek ikut suka atas cheese...dah lorek, masukkan balik dalam oven


Ni le rupa kehangusan yang telah berlaku akibat kelalaian mengawal suhu oven *salahkan whatsapp sebab buat teman ralit nyembang...hehe*

  
Walaupun buruk rupa brownies ni, teman gagahkan juga letak kat sini :D


Ok, ni resepinya...boleh melawat blog kak Nor@Secubit Garam untuk dapatkan memacam resepi yang mabeles...

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.



Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.


Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu 

Selamat Mencuba dengan gigih :D

 
Labels: | edit post
2 Responses
  1. mama tisya Says:

    sedapnya..tk pernh buat lg


  2. Sari Says:

    amy, pd akak mmg sedap..apalagi,boleh le try :-D


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung