Sari

Hari ni n esok (28 -29 April 2012) ader Jom Heboh kat Stadium Indera Mulia Ipoh...

Pagi tadi teman nyinggah le kejap kat situ...punya la jem jalan...parking pun sesak...ntah dari mana punya banyak orang datang....teman pun xlama...buat satu pusingan je...ada la beli menda2 yang biasa diaorang offer...satu beg RM10 macam biskut, kerepek, kek n air...xder apa yang menarik pun...

Kalo rajin kome pegi le..kalo x, elok le dok umah jer, xyah nak berpanas n berpusu-pusu : P

Sari
Rasanya minggu ni minggu yang ditunggu oleh penjawat awam... dah la minggu gaji kan..tambah2 plak dengan perkhabaran tunggakan akan dibayar dalam minggu ni jugak...heheh...*sepat ronggeng nampak*

Hamboi2 kome, dah melekat kalkulator kat tangan yer...meh2 teman tolong kabo menda2 yang nak dikira...

Gaji pokok naik 13% -
contoh : gaji pokok RM1,000 x 13% = RM1130 (gaji pokok baru) so kenaikan adalah RM130
Gaji baru ni kuatkuasa Januari 2012, jadinya ader tunggakan 4 bulan (hingga April) so RM130 x 4 = RM520

Cola naik RM50 - ni xder tunggakan so dapat tambahan RM50 je...

Pada yang kenaikan gaji tahunan bulan Januari & April, dapat jugak kenaikan gaji bulan ni ikut gred masing2 (RM80 - RM240)...pada yang naik bulan Julai & Disember kena tunggu le ye..

Ha...dah dapat totalnya? wah wah wah...meriah poket nampak...apapun, syukur banyak2 tau...

*dengornya ader yang nak shopping utk raya tu...hihi*










Sari
Tersenyum simpul teman bila nak balik semalam nampak ader kotak atas meja...memula ingatkan kotak macaroon...kebetulan semalam ader customer @ kawan oder macaroon dari teman so memang tengah tunggu stok sampai...

Bila baca alamat pengirim, terus teringat satu contest yang teman masuk tahun lepas...yesss, contest gadget impian dari blogger tersohor Denaihati (Best of the best blog of the year)


Memang mencabar contest tu sebab yg masuknya dasat2...tambah2 hadiahnya kita boleh pilih sendiri so dah tentu tugasannya pun sungguh trill untuk blogger ciput macam teman...anyway seronok join sebab dapat banyak tips dari blogger lain...rasa kecik sungguh bila ingat balik n3 teman untuk contest tu *kat SINI*

Atas rasa penghargaan kepada semua peserta yang join contest tu, makanya Denaihati dengan murah hatinya  bagi hadiah saguhati ni....buku bertajuk Khalifah Ganti Superman oleh Muhammad Ali Hashim



Mesti banyak tips dalam buku ni kan...tengok le penulisnya...orang yang berjaya mengambilalih QSR Brands Berhad & KFC Holdings Malaysia Berhad....

Terimakasih daun keladi untuk Denaihati....nanti ader contest teman join lagi...hihi :D
Sari
Baru petang semalam balik dari bengkel ikan arowana kat Bukit Merah, Taiping (n3 pendek kat SINI)...hari ni masuk plak bengkel perluasan pembangunan data centre repository (DCR)...mujur buat kat opis je...lega banyak weh...

Anyway bengkel ni 2 hari jugak...arini n esok, pagi sampai petang...rasa macam xcukup rehat plak...tapi xper...rezeki nak dapat ilmu, xbaik disia2kan...peluang datang, terima je la...no rungut2 okeh...:p

Nampaknya dapat jeling2 manja je kat blog...gambor banyak lagi x upload..citer pun ada banyak yg dikongsi...sabor je ler...

Orait, permisi dulu....see u'ols soon...
Sari

Stat semlm dah berkampung kat Bukit Merah Laketown Resort...macam yg teman kabo aritukan...ader Bengkel GP Ikan Arowana...so xdpt le nk berjimba menghapdet ini blog...wifi pun ader kat cafe jer..huhu

Bengkel smpai esok...ptg ni nk pegi lawatan ke kolam..boleh ler teman berangan nak bela ikan...daaa



Posted via Blogaway
Sari

InsyaAllah esok teman n kengkawan opis akan ader aktiviti adventure (aktiviti Kelab Jabatan)...2 tahun lepas kitaorang buat xpdc ke Gua Tempurung...ader teman buat entri Gua Tempurung tu kat SINI

Kali ni kami akan ke Gua Kandu plak...lokasinya masih di Gopeng...

Harap2 kali ni pun enjoy macam Gua Tempurung...bila nengok gambor2 Gua Kandu memang rasa teruja...nanti kalo teman dapat snap gambor di hari kejadian, teman update kat entri lain okeh...dijangka aktiviti  penerokaan gua di sebelah pagi je...sebelah petang ader aktiviti lain...ikut cuaca...mungkin akan ader samada Water Spa, Water Tubing ataupun Flying Fox...wahhhh..excited dah ni...

Itu citer ari esok...ari Ahad teman akan ke Bukit Merah plak...

Bukan pegi makan angin & berjimba-jima yer...pegi as a urusetia Bengkel Arowana Negeri Perak...bengkel dari Ahad sampai Selasa so xtau akan ader masa untuk hapdet ini blog atau tidak...harap2 ader le tenet/wi fi...boleh le menayang & menyembang apa yang patut...patut ke???

Anyway, harap semua yang dirancang akan berjalan lancar...harap jugak stamina maintain...kalo x, tumpo le teman...ngeh ngeh ngeh...




Sari
 


Hari ni orang2 kat Perak cuti sempena hari keputeraan DYMM Sultan Perak...memang seronok bermalas-malasan...tengok le teman ni, dah ke petang baru nak menghapdet blog...sangat malas okeh...

Ada gak macam teringin  nak bermandi-mandian di taman tema...maklum le..kan ader diskaun 50% kat Lost World Of Tambun...kenapa ader diskaun? meh klik SINI 
Tapi mengenangkan cuaca yang xmenentu & semestinya orang berduyung-duyung kat situ, makanya adalah sesuai untuk mandi-manda di bilik ayor sendiri ajer...heheh

Ader berita memaklumkan yang majlis penganugerahan pingat ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sebagai penghormatan kepada kembalinya ke rahmatullah anakanda Sultan Perak pada 30 Mac 2012 yang lalu...boleh tengok SINI (entri teman yg paling banyak viewers) untuk berita kemangkatan anakanda baginda...

Walaupun rasa macam xpueh je cuti sehari tapi jadi la daripada xder kan...tambah2 minggu ni teman memang super bizi dengan kerja2 urusetia...agak tension memikiokan suasana sebelum, semasa & selepas meeting...rasa mcm nak meluahkan tapi asik2 tertelan ayor lior je...moga Tuhan memberi kesabaran...aminnn

Apapun, selamat berehat sekejap pada orang2 yang bekerja kat Perak...xsmestinya Perakian kan...asal keje kat Perak je dapat le kome cuti hari ni...esok jangan lupa hari Jumaat ye, bukan Isnin...daaaaa :)







Sari
Tengok gambar ni terus je kesian...tapi bila ingatkan kekuasaan Allah yang x terbatas, rasa sangat2 bersyukur dikurniakan jasad yang sempurna....


Nama baby ni Umar Farooq, berumur 7 hari dan dilahirkan di Pakistan...Umar mempunyai genetik luar biasa di mana beliau mempunyai enam kaki (2 pasang kaki tambahan) yang merupakan kembar parasitnya yang tidak sempat membesar dengan lengkap...

Kes ini merupakan kes satu dalam sejuta so kalo nak buat pembedahan, bantuan pakar dari luar yang berpengalaman amat diperlukan....

Moga adik Umar Farooq dapat dipisahkan dengan kembar parasitnya & menjalani hidup yang normal macam anak2 kita...InsyaAllah...
Sari

Ader teringin nak mamam pizza minggu ni? Elok sangat le tu sbb Pizza Hut ader buat promosi  untuk 3 hari...ye 3 hari je..16, 17 & 18 April 2012...

Nama pizzanya Triple Chicken Sensation Pan Pizza...kena print kupon (hitam putih diterima) pastu gi je kat memana pizza hut untuk redeem...dengan rege RM55 boleh dapat 3 pizza tu...jimat RM15.50

Kat mana nak kupon tu? ha, klik sini je http://bit.ly/IZhUHL

Satu kupon untuk sorang (boleh kongsi makan ramai2)....yummy!!!


Sari

Nampaknya berlumba-lumba offer dari pengusaha makanan segera yer...biasa la..saingan dlm bisnes..

Kali ni offer KFC Dinner Treat...so kalo rasa nak makan KFC as a dinner, boleh ler try promosi ni...belian pertama Snack Plate ni dengan rege biasa, belian kedua baru separuh rege...jangan silap tau...baca betui2...

Tawaran sampai 9 May 2012...pukul 6 ptg hingga 9 mlm...

Sooogood...
Sari
Wahai orang2 Perak sekalian, ni ader pengumuman baik punya....

Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 84 pada 19 April 2012 (Khamis) ni makanya, taman tema Lost World Of Tambun ader buat offer...diskaun 50% untuk tiket masuk....promosi mula dari 16 April hingga 20 April 2012....apa lagi orang Perak semua...jom main ayor sampai lebam...lalalalala


Sari

Dah tengahari baru nak letak gambor sarapan yer...dok nengok iklan dalam tv & paper je..peginya idak lagi...hihi

Boleh ler singgah mana2 Mc D kalo nak ubah selera omputih...cuma rege RM2.50 ni untuk beger je, xmasuk ayor kopi/teh...kalo campur ayor jadi lebih kurang RM4.50....

Tempoh sah sampai 22 April atau sehingga stok abis...jommmm




Sari
Bukak je FB & Twitter kejap tadi penuh dgn berita gempa bumi...terkejut jugak bila gegaran gempa tu terasa sampai ke Ipoh...



Cari2 jugak maklumat & jumpa ni...

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia


Difahamkan kesan gegaran boleh jugak dirasai di negara2  seperti Thailand, Myanmar, Sri Lanka, India, Australia, Bangladesh, Pakistan, Singapura dan beberapa negara lagi...
#Di Malaysia kemungkinan tsunami boleh berlaku di George Town (Penang), Port Dikson (N.Sembilan) dan kawasan2 berhampiran pantai yang lain....

Nampaknya Allah telah memberi amaran & peringatan lagi kepada kita...marilah sama2 kita berdoa moga kita semua dilindungi dari malapetaka yang dahsyat...

Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka

“Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. (Q.S. ad-Dukhan [44]:12)”
Sari

Teman nengok kome berkerut-kerut je dahi bila baca tajuk kat atas tu? bukan ek? xper-xper...kalo xtau pun xper, kalo tau lagi la xper..senyum...

Teman pun sebelum ni xpenah nengok pokok gaharu ni..dengor2 tu ader le...nak jadi citer semalam teman ader buat kerja luar...kena pegi 2-3 tapak @ site...and salah satunya kena tengok tapak yg buat industri agro-pelancongan berasaskan pokok gaharu...

Sebelum tu meh, kenal2 dulu dengan pokok ni...maklumat dari www.majalah.com

Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya


Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli)


Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.

Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.


* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya

*Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.


Dasat kan kayu gaharu ni...tempat yang teman pegi ni kat area Gopeng...memang luas kawasannya...rezeki kitaorang dapat penerangan yang jelas oleh salah sorang staf kat situ...tenkiu uncle sebab sangat2 sporting kongsi ilmu pasal pokok gaharu ni....*lupa plak nak snap gambo uncle tu*

Ni rupa pokok gaharu masa kecik...regenya RM38 sepokok 





Kilang/opis yang beroperasi kat sini..kat belakang yang bukit2 tu la pokok gaharu ni ditanam..saujana mata memandang...





Ni kaunter untuk urusan pertanyaan @ bayaran





Kayu putih tu sample gaharu yg diambil kulit dalamnya...yang dalam cermin tu minyak2 yang dihasilkan & tempat pembakar kayu gaharu tu...ader banyak bekas lain lagi..xteramik gambonya...





Ni uncang teh daripada ekstrak daun & kayu gaharu...regenya RM280 untuk 200 uncang...nak beli?





Selain teh ni ader jugak produk lain macam cookies, pop corn, mi segera, lotion, rempah sup dan macam2 lagi le...semuanya dibuat dari campuran daun, pokok, batang dll pokok gaharu...memang serbaguna kan...tapi yang paling teman berkenan ialah item kat bawah ni....





Eskrim Gaharu..2 hengget jewww..nyaman gilerrrr





Kalo kome datang Ipoh, jemput le datang sini...boleh beli barang & melawat kawasan tanaman gaharu...sorang RM10...naik van & naik bukit bukau yg cantik...


Sayangnya eskrim tu xjual dalam tupperware...kalo x, gerenti teman borong punya...makan ngan roti...yum yum...yum...




Posted via Blogaway
Sari
Ngantuk ke kome arini? merah2 je mata tu...ni gara2 ABPBH le ye...

Semua pun dah tau resultnya kan...dari stat majlis sampai abis, bederet status update psl pemenang2...

Biasa le ader yg pueh hati, ader yg idak...teman xder kisah sesangat...apapun yang paling teman suka ialah kemenangan kategori pelakon tv popular....dah lama sangat teman nak tengok dia ni menang sebab minat dengan lakonannya yang class...


Masih terkesan lagi dengan watak Aidil dia...sebab tu jugak teman layan panggung nengok Nur Kasih The Movie...episod memang xmiss..siap download lagi...hahah...

Ok, xnak citer banyak2, just tahniah semua...especially Aaron...ehem ehem...
Sari
Minat mengarang/menulis? ha, ni ader peraduan baik punya...

Peraduan ni anjuran Resorts World Genting dengan kerjasama KOSMO...ader 6 tema yang boleh dipilih dan statnya hari ni...

Sebelum tengok hadiah2 yang menawan tu, meh terjah info seterusnya....

Tema 6 April - Pengalaman dengan ibu yang telah mengubah hidupku

Tema 9 April - Mengembara bersama ibu

Tema 13 April - Ibuku, wiraku

Tema 16 April - Ibu, kaulah yang terbaik

Tema 20 April - Ibu, saya sayang Ibu

Tema 23 April - Sebab-sebab ibu insan yang terbaik

Syarat2 penyertaan

- Klik Like pada akaun facebook Awana Hotels & Resorts n facebook Kosmo Online

- Karangan tidak melebihi 200 patah perkataan

- Bahasa bebas

- Emelkan karangan ke publicrelation@rwgenting.com

- Peserta perlu menulis nama, no. my kad, alamat kediaman, no. telefon dan kata pengenalan facebook  masing2

Tarikh tutup - 7 Mei 2012

10 peserta terbaik akan dipaparkan di facebook dimana 3 pucuk surat yang mendapat undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang utama...

Hadiahnya

10 pakej percutian termasuk 3 hari 2 malam beserta baucer spa untuk 2 orang (pemenang & ibu masing2) di Awana Porto Malai, Langkawi

Untuk maklumat lanjut, klik www.awana.com.my...www.kosmo.com.my...facebok Awana Hotels & Resorts & Kosmo Online...

Emmmm, mesti kome ader kenangan yang best dengan ibu kome kan...apalagi..curahkanlah dengan sepenuh hati kome demi ibu tersayang...

*Alangkah indahnya jika aku ader kenangan2 itu. :( *

Sari
kredit pic to arenakereta.com

Hamboi2 kome, asik citer pasal kete baru je semenjak dua menjak ni...tau le gaji nak naik dah...

Tu ha Proton dah kuor model terbaru...dulu xder nama lagi...guna kod je..P3-21A...tapi skang dah ader nama sebenornya...Proton PREVE...

Nama PREVE ni diambik dari nama omputih proof (bukti) yang membawa mesej kereta ni adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan...

Kereta ni berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa...disasarkan untuk yang dah berkahwin (dah2) & berumur antara 20 tahun ke lewat 40 tahun (ader can ni) serta untuk mereka yang nak kereta tambahan (erkkk, cancel terus)

Kereta ni berenjin 1.6 liter dan berteknologi RESS (kejuruteraan & sistem keselamatan yang dipercayai) yang direka untuk mencapai standard kualiti seperti Jepun...di datangkan dengan 3 varian dan 6 warna...Harga? meh tgok kat bawah ni...

kredit to billyinfo



Meh kita usha2 skit PREVE ni




Cun x? 







Sari


Memula terbaca kat FB...pehtu terbaca plak kat beberapa blog...

Ramai bebeno yg nanya pasal status halal haram Tutti Frutti ni...teman pun masa Tutti Fruti ni bukak kat Ipoh teringin bebeno nak makannya...eskrem yogurt memang feveret teman weh...tulih ni pun dah byk kali telan ayor lior dah...tapi sampai sekarang ni xdpt lagi le jejak kat Tutti Frutti tu...kengkononnya kalo dapat gaji baru nanti nak le malaram & melahap eskrem yogurt yg sedap tapi mahei (mahal) tu....

Kabornya Tutti Frutti ni belum dapat pengesahan sijil halal JAKIM...yg dapat cuma sijil dari Islamic Services of America (ISA)...ISA ni ader dalam list badan yang diiktiraf oleh JAKIM...tapi dalam laman web Tutti Frutti baik yang Malaysia ataupun yang International punya xder pun diletakkan logo sijil ISA tu...ermmm, konpius sudaaa....

Teman pun xberani nak comfirmkan status terkini yogurt eskrem ni...kalo kome ader masa, pegi la jenjalan kat laman web JAKIM kat http://www.halaljakim.gov.my/index.php

Ni teman tempek soklan pasal Tutti Frutti ni haram ke halal yg teman jumpa kat FB...




So nampak gayanya, terpaksa ler teman tahan dulu napsu nak jenguk2 kedai ni...*sabor sabor*



http://www.halaljakim.gov.my/index.php
Sari

Teman tgok ni kat blog baby ibu..apalagi, terus je share kat sini..nyam nyam nyam...

Katanya boleh print & redeem...rege biasa RM26.40, guna voucher ni jadi RM19.90 je..makan utk 2 orang...

Tarikh redeem sampai 30 June 2012...

Apalagi kome..moh kita menjilat jari...
Sari
Mesti kome dah xsabor nak dapat gaji baru kan..InsyaAllah bulan 4 ni dapat le gaji baru...siap dengan tunggakan lagi...OKB kejap la kita yer...*nak kembang idung jap*

Kalo kome nak tau lebih detail pasal gaji2 ni semua meh klik link kat bawah tu...


Kalo nak kira kenaikan 13% gaji pokok kome plak, tekan link bawah ni...


Hamboi2..udah melekat kalkulator kat jari nampak...seronok2 jugak tapi riso jugak kot2 barang2 naik merepek-repek...xder maknanya gaji naik kalo rege barang pun naik..pi mai pi mai tang tu jugak...haishhh...

Okeh, selamat bermatematik yer...teman nak berangan kipas2 duit jap...*cehhh mimpi ngeri*