Sari
Kome ader dengor berita malam tadi x? teman dengor pun dah hujung2...ala..yang pasal pengeluaran KWSP untuk buat haji tu...

Ni tempat share sikit infonya....sumber : SINAR HARIAN

Mulai 1 Januari 2013, ahli KWSP boleh keluarkan simpanan hingga RM3,000 daripada Akaun 2 untuk menunaikan haji...permohonan ni x payah isi borang bagai...yang penting dapat surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji...umur kurang 55 tahun pun boleh...

Apapun, pengeluaran ni boleh buat sekali seumur sahaja dan hanya layak bagi yang simpanannya di Tabung Haji tidak mencukupi...jadinya mana2 ahli KWSP yang layak boleh datang ke mana2 cawangan KWSP...bawak surat tawaran haji, kad pengenalan dan buku simpanan Tabung Haji yang telah dikemaskini...permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji....

Lega la sikit kan kalo boleh kuar cenggini....walaupun teman rasa amaun yang boleh keluar tu macam sikit je tapi ok le daripada xder kan...orang kata boleh le buat tambah2 mana yang patut...tahniah le pada yang masih mencarum kat KWSP dan menabung kat Tabung Haji....insha Allah, kalo dah rezeki, akan dipermudahkan....aminnnn!!!

*en. hasben, mana penyata KWSP tu? heheh*



Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung