Sari
Entri berunsur sejarah...sila baca dalam hati..*apa kaitannya?heheh*

Hari Jumaat lepas Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengumumkan yang Lembah Lenggong telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia...tahniah semua...mesti orang2 Perak semua bangga kan :)

Penemuan bersejarah 'Perak Man' dan 'Perak Woman' pada 2001 dan 2004 sebagai artifak telah meyakinkan dunia bahawa kependudukan tamadun manusia telah bermula di Malaysia kira2 11,000 tahun dulu...tau x pasal 'Perak Man' ni? meh kita kongsi sesama n jangan boring2 k..mari belajar sejarah :p

Rangka 'Perak Man'



sumber dari pelanconganlenggong.com


Orang yang bertanggungjawab dalam penemuan terpenting rangka manusia ni ialah Prof. Emiritius Dato' Zuraina Majid dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM...ditemui di Gua Gunung Runtuh berdekatan Kg. Geluk, Lenggong...

'Perak Man' adalah rangka manusia yang paling lengkap di Asia Tenggara untuk zaman Paleolitik...dilahirkan dengan kecacatan genetik dan dikebumikan dalam satu upacara amal dalam keadaan berlipat...kedua-dua kakinya dilipat ke bahagian badan dan tangannya diletakkan di atas dada dan bahu...merupakan seorang lelaki berumur 40-45 tahun, tinggi 154cm, sihat semasa hidup walaupun dilahirkan cacat, makan makanan berserat serta kerap mencangkung...owhhhh, cenggitu sinopsisnya...

Nak tau lebih detail? kena ler datang ke Muzium Arkeologi, Lenggong sana tu...baru ler pueh hati..heheh...boleh nengok 'live' rangka 'Perak Man'..sambil melancong sambil makan doroyan sambil belajo.. pakej lengkap gitu ..


Selamat Datang Ke Negeri Perak.....panduan ringkas semata...

Lokasi Muzium - Kampung Kota Tampan, Lenggong...8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalanraya Kuala Kangsar - Grik

Hari & Masa Lawatan - Isnin hingga Ahad : 9 pagi - 5 ptg...Jumaat : 9 pagi - 12 thari, 3 ptg - 5 ptg

Bayaran Masuk - Percuma

Kemudahan Penginapan - Rumah Rehat Lenggong : Tel : 05-7678702 : kadar sewa - RM60, RM70 & RM90 

Lepas ni, kena masuk kan lokasi ni dalam menu percutian...boleh?






Labels: | edit post
2 Responses
  1. Bila nak balik Kelantan, mungkin boleh singgah bermlm kat Lenggong kot. Sy minat tentang sejarah. Suami pun jenis suka pergi muzium.


  2. Sari Says:

    Nur - elok sgt la tu...on the way je kan ;-)


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung