Sari
Teman xtau le kome dah tengok ke belum video ni...tapi video ni la paling banyak muncul kat FB semalam...mula2 tu teman maleh nak tengok tapi bila dah banyak sangat orang upload, teman klik le jugak...*sori teman xreti nak download video kat sini..xkhatam lagi*

Teman memang speechless bila nengok rakaman ni semalam...serius sangat sedih dan sebak...4 minit bagi seorang bayi yag xhenti dipukul, dicubit, ditendang adalah sangat lama okeh...walaupun ibunya dah dipenjarakan 18 bulan tapi kesan trauma yang dihadapai oleh bayi ni pastinya kekal...

Menjelang Hari Ibu, bila disogokkan dengan aksi begini, masihkah ada istilah Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu? entahlah...kita xpaham apa masalah disebalik tindakan ibu itu...di sebalik komen yang mengutuk, mencaci dan mencerca ibu tersebut, ader juga pengomen yang memaklumkan bahawa ibu itu adalah mangsa rogol dan bayi yang didera itu adalah anaknya dengan perogol terbabit...betul atau x, tiada kepastian...yang pasti bayi yang x bersalah menjadi mangsa....

Ramai juga yang menyalahkan perakam video yang xcuba meredakan keadaan...dikhabarkan perakam dah cuba halang tapi dia pun turut dipukul si ibu...jadinya dia terpaksa rakam juga sebagai bukti kepada pihak berkuasa supaya ibu ini diambil tindakan sewajarnya...

Memang terasa sangat sensitif dan beremosi bila ader kejadian2 yang melibatkan bayi...sebagai ibu, kita pun x lepas dari nak marah, nak pukul dan yang sewaktunya bila anak2 buat perangai tapi biarlah berpada-pada...pukul2 sayang n niat nak mengajar memang dibenarkan dalam agama...takut jugak kalau dibiarkan jadi macam oh Anakku Sazali....huhu

Sampai sekarang, teman terbayang esak tangis dan sedu sedan bayi tu...sangat toching bila bayi tu nak mencapai maknya tapi ditolak dengan kasar...diherdik lagi dengan perkataan BODOH *ayat yang teman dengor "diam la bodoh"*....oh Tuhan....

Moga apa yang kita lihat dan dengar menjadi cerminan serta teladan buat diri kita sendiri...
*rinduku pada sentuhan tulus ibu hanya tinggal rindu..Allahuakbar*
Labels: | edit post
2 Responses
  1. sue Says:

    huhh vid lame ea ..bagus la kalau mak dia da di penjarakan ..tapi kesian kat bb tu


  2. Sari Says:

    zero - a'ah..tahun lepas punya video..kat mana la baby tu sekarang ekk?


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung