Sari

Teman nengok kome berkerut-kerut je dahi bila baca tajuk kat atas tu? bukan ek? xper-xper...kalo xtau pun xper, kalo tau lagi la xper..senyum...

Teman pun sebelum ni xpenah nengok pokok gaharu ni..dengor2 tu ader le...nak jadi citer semalam teman ader buat kerja luar...kena pegi 2-3 tapak @ site...and salah satunya kena tengok tapak yg buat industri agro-pelancongan berasaskan pokok gaharu...

Sebelum tu meh, kenal2 dulu dengan pokok ni...maklumat dari www.majalah.com

Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya


Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli)


Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.

Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.


* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya

*Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.


Dasat kan kayu gaharu ni...tempat yang teman pegi ni kat area Gopeng...memang luas kawasannya...rezeki kitaorang dapat penerangan yang jelas oleh salah sorang staf kat situ...tenkiu uncle sebab sangat2 sporting kongsi ilmu pasal pokok gaharu ni....*lupa plak nak snap gambo uncle tu*

Ni rupa pokok gaharu masa kecik...regenya RM38 sepokok 





Kilang/opis yang beroperasi kat sini..kat belakang yang bukit2 tu la pokok gaharu ni ditanam..saujana mata memandang...





Ni kaunter untuk urusan pertanyaan @ bayaran





Kayu putih tu sample gaharu yg diambil kulit dalamnya...yang dalam cermin tu minyak2 yang dihasilkan & tempat pembakar kayu gaharu tu...ader banyak bekas lain lagi..xteramik gambonya...





Ni uncang teh daripada ekstrak daun & kayu gaharu...regenya RM280 untuk 200 uncang...nak beli?





Selain teh ni ader jugak produk lain macam cookies, pop corn, mi segera, lotion, rempah sup dan macam2 lagi le...semuanya dibuat dari campuran daun, pokok, batang dll pokok gaharu...memang serbaguna kan...tapi yang paling teman berkenan ialah item kat bawah ni....





Eskrim Gaharu..2 hengget jewww..nyaman gilerrrr





Kalo kome datang Ipoh, jemput le datang sini...boleh beli barang & melawat kawasan tanaman gaharu...sorang RM10...naik van & naik bukit bukau yg cantik...


Sayangnya eskrim tu xjual dalam tupperware...kalo x, gerenti teman borong punya...makan ngan roti...yum yum...yum...




Posted via Blogaway
Labels: | edit post
3 Responses
  1. eima Says:

    aku ade kenai pakcik mmg seludup org kemboja masuk mesia utk cari pokok gaharu kat hutan mesia ni ...melampau kan


  2. Sari Says:

    Eima - kena report tu...


  3. Anonymous Says:

    Saya setuju dengan pendapat Sari...penyeludup ni kena report..nanti kita juga yang rugi


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung