Sari
Sumber dari KOSMO


Ni lanjutan bajet 2012 aritu..diberitakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal keluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai bulan depan (Disember)..

Sesapa yang nak ambil borang tu boleh pergi ke mana2 cawangan LHDN seluruh negara ataupun ke 17 pusat khidmat hasil di semua daerah ataupun muat turun daripada dalam talian je (online)...

Definisi isi rumah yang layak memohon masih dalam penelitian Kementerian Kewangan yang dijangka siap 2 minggu lagi..so please check it out sebelum memohon...

Dijangka bayaran akan dilakukan bermula Januari 2012 secara berperingkat-peringkat..tempoh memproses pulak dijangka dalam tempoh 14 hari bekerja...permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank2 yang akan dilantik..kome rasa bank apa yer? yg pasti BSN dalam senarai...

LHDN menjangka seramai 3 juta..diulangi 3 juta isi rumah yang bakal terlibat dengan insentif ni...maklumat mengenai isi rumah akan diperolehi menerusi kerjasama sistem pengkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Harapnya insentif ni dapat mencapai golongan sasaran...pada yang terlebih mampu tu, xyah le sesaja nak memohon...bagi la pada yang lebih memerlukan...moga sikit sebanyak dapat mengurangkan beban...
Okeh, sharing is caring.  : ))
Labels: | edit post
3 Responses
  1. betul tu. pd yg tak layak tu, tak yahla nak memohon. ramai lg yg memerlukan.



  2. Anonymous Says:

    kata bolih ambil borang secara online


Post a Comment

pecah kaca pecah cermin,dah baca boleh la komen, cakpung cakpung